6 Masalah Chelsea Yang Perlu Diselesaikan Oleh Antonio Conte

Selepas Itali tersingkir di peringkat suku akhir Piala Eropah 2016 (kalah 6-5 kepada Jerman dalam penentuan penalti selepas terikat 1-1) Antonio Conte terus memulakan tugas rasmi beliau sebagai pengurus baru Chelsea pada minggu lepas.

Menjadi pengurus salah sebuah kelab besar dalam sebuah liga yang sangat kompetitif dan sukar, Conte sebenarnya menggalas tugas yang besar.

Maka tak hairanlah beliau perlu mempunyai senarai perkara-perkara yang perlu dilakukannya (to-do list) dalam musim pertamanya di Stamford Bridge.

Berikut adalah antara senarai perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Conte bermula pra-musim 2016/2017 bersama Chelsea.

1. Memperbaiki sistem pemain muda

lo

Chelsea antara kelab yang aktif melahirkan dan membangunkan pemain muda berbakat, namun tidak mengambil banyak inisiatif untuk mempromosi mereka ke pasukan senior.

Ramai pemain-pemain muda mereka dipinjamkan ke kelab-kelab luar (terutamanya kepada feeder club mereka seperti Vitesse Arnhem di Belanda) tetapi akhirnya tidak berjaya menempa nama sebagai anggota skuad senior secara tetap.

Sam Hutchinson dan Josh McEachran adalah antara nama dua bekas bintang muda Chelsea berbangsa Inggeris yang pernah dihantar ke Vitesse dan beberapa kelab lain. Tetapi mereka gagal masuk ke skuad senior Chelsea.

Pada musim lepas, 5 pemain skuad akademi Chelsea yang menjuarai FA Youth Cup 2015 – Dominic Solanke, Nathan, Lewis Baker, Izzy Brown dan Danilo Pantic – dihantar ke Vitesse atas tujuan sama seperti Hutchinson dan McEachran dihantar semasa mereka muda dahulu.

Sama ada 5 pemain muda ini akan senasib dengan Hutchinson dan McEachran atau tidak masih tak diketahui.

Apa yang pasti, Conte perlu melihat dinamik hubungan majikannya dengan Vitesse lebih luas daripada sekadar tempat melambakkan ‘pemain lebihan’ Chelsea.

Bercakap mengenai pemain muda yang bukannya produk akademi mereka sendiri seperti Gael Kakuta, Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne, Marco van Ginkel, Oriol Romeu dan ramai lagi.

Conte perlu mengubah Chelsea sebagai sebuah kelab yang boleh memberi peluang kepada pemain muda untuk memenuhi potensi mereka.

Kevin De Bruyne hanya dapat memenuhi potensi kelas dunianya selepas dilepaskan Chelsea. Begitu juga dengan Romelu Lukaku.

Conte perlu mengubah trend ini.

2. Isu pertahanan rapuh

Sebelum peminat Chelsea berspekulasi sama ada Antonio Conte akan menerapkan sistem 4 pertahanan atau 3 pertahanan, mereka perlu tahu secara teknikalnya mereka tidak memiliki pemain yang cukup di barisan pertahanan.

Terutamanya pertahanan tengah.

Chelsea pernah dikaitkan dengan Leonardo Bonucci pada beberapa minggu lalu, namun sumber berita tersebut agak lemah.

Buat masa ini, Chelsea cuma ada Gary Cahill yang terbukti masih berada di puncak kariernya. Kurt Zouma merupakan satu lagi calon yang berkualiti, tetapi konsistensi persembahannya masih lagi boleh dipertikai.

Dengan umurnya yang lanjut, John Terry pula sudah boleh dikira sebagai pemain pilihan ketiga.

Matt Miazga dan Tomas Kalas pula masih terlalu mentah untuk makan asam garam mencabar kejuaraan Premier League.

Embed from Getty Images

3. Konsistensi prestasi Eden Hazard perlu ditemui semula

Eden Hazard menunjukkan beliau masih ada kualiti sebagai antara perancang sayap terbaik dunia dalam berberapa perlawanan terakhir Belgium di Piala Eropah 2016.

Embed from Getty Images

 

Pada musim lepas, Hazard melalui musim yang sangat menegecewakan jika dibandingkan dengan musim penanda aras yang ditetapkannya semasa membantu Chelsea menjuarai Premier League musim 2014/2015.

Kegagalan Hazard untuk mengulangi walau 50% kecemerlangan musim sebelum itu antara sebab kenapa Chelsea gagal mempertahankan kejuaraan liga dan Jose Mourinho dipecat untuk kali ke-2 dalam sejarah karier Chelsea beliau.

4. Perbaiki bahagian tengah

Pada musim lepas, pemain-pemain tengah Chelsea gagal menjadi antara kuasa bahagian tengah sepertimana yang dilakukan Cesc Fabregas dan Nemanja Matic ketika menjuarai liga musim 2014/2015.

Jose Mourinho mencuba pelbagai gandingan. Selepas kemerosotan gandingan Fabregas-Matic, beliau mencuba gandingan Ramires-Matic, Mikel-Matic, Loftus-Cheek-Matic. Tetapi semuanya gagal.

Embed from Getty Images

Selepas gagal menarik minat Radja Nainggolan, Chelsea dikhabarkan mahu N’golo Kante pula. 

Kami berpendapat Chelsea memang memerlukan pemain seperti Kante di tengah. Jika Kante ke tidak ke Stamford Bridge, maka mereka harus mencari pemain tengah yang mempunyai kualiti yang hampir sama dengan pemain tengah Leicester City tersebut.

Embed from Getty Images

5. Peranan Diego Costa perlu diperbetulkan semula

Berbeza pada musim lepas di mana Diego Costa selesa tak disaingi oleh Loic Remy dan Falcao, pada musim ini lain pula ceritanya.

Pada musim ini, penyerang Sepanyol ini akan disaingi oleh penyerang muda Belgium yang bernilai £33 juta – Michy Batshuayi. Jadi amatlah penting bagi Costa untuk konsisten memberikan aksi terbaik.

Bagaimanapun jika diteliti sejarah formasi yang digunakan Conte sebelum ini, beliau sebenarnya menggemari sistem penyerang berkembar.

Jadi pada musim depan kita mungkin akan dapat menyaksikan Costa bergandingan dengan Batshuayi atau Loic Remy pula.

Embed from Getty Images

 

6. Falsafah bolasepak Chelsea

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sememangnya dikenali sangat meminati bola sepak menyerang.

Dengan perlantikan Antonio Conte, Chelsea sudah pun membuat keputusan tepat kerana berbeza dengan stereotaip jurulatih Itali, Conte bermentaliti menyerang.

Ketika mengurus pasukan kebangsaan Itali, Conte pernah menegur media Itali yang menggelar formasinya sebagai 3-5-2. Bercakap kepada La Gazzetta dello Sport, beliau dipetik berkata:

“Bagaimana saya boleh bermain 3-5-2 bila saya pakai attacking winger? Ia sepatutnya dipanggil 3-3-4.”

Berbeza dengan mitos peminat bola sepak yang memanggilnya jurulatih yang menggemari sistem 3 pertahanan, Conte sebenarnya sangat fleksibel.

Semasa mengurus FC Bari dan Siena, beliau menggunakan sistem 4 pertahanan. Apabila diberi peluang mengurus Juventus, beliau menggunakan sistem 3 pertahanan pula.

Jadi tak kiralah sama ada Conte akan menggunakan sistem mana di Chelsea nanti, adalah amat penting untuk pemain-pemainnya memahami falsafah bola sepak beliau.

Ia mungkin akan mengambil sedikit masa. Dan Conte juga perlu menyediakan pelan taktikal alternatif sementara pasukannya serasi.

Selamat maju jaya, Conte!

Sebuah salah seorang pengurus yang menekankan aspek persiapan taktikal untuk mencapai kemenangan, Antonio Conte adalah antara pengurus yang ditunggu-tunggu oleh peminat Chelsea dan juga penganalisis-penganalisis taktikal.

Beliau adalah pengurus yang sangat vokal dan penuh karakter di tepi padang.

Sama ada kebijaksanaan beliau mengatur taktikal dan karakter uniknya di tepi padang boleh mengembalikan Chelsea ke zaman kegemilanganya, kita perlu tunggu sehingga musim 2016/2017 bermula nanti.

Baca juga:

Antonio Conte Tegur Analisis Taktikal Media Itali: Kami Main 3-3-4, Bukannya 3-5-2

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN