6 Kelab Liga Malaysia Terpaksa Cari Stadium Lain

Sekurang-kurangnya enam buah kelab Liga Malaysia terpaksa mencari stadium lain untuk kegunaan beraksi di tempat sendiri sebelum saingan Liga Malaysia disambung kembali pada 24 Julai hadapan.

Lapan kelab tersebut ialah pasukan Liga Super dan Liga Premier yang terlibat dengan PKPD adalah  Selangor FC 2 (Stadium Majlis Perbandaran Selayang), Selangor FC dan PJ City FC (Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya), UiTM FC dan Skuad Projek FAM-MSN (Stadium UiTM, Shah Alam) serta Negeri Sembilan FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi).

Perkara ini berlaku kerana stadium yang sedang digunakan oleh pasukan-pasukan tersebut berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebarang perlawanan Liga M termasuk perlawanan latihan tidak dibenarkan berlangsung di kawasan PKPD.

“Pihak MFL meminta agar pasukan terbabit bersedia dengan perancangan awal mencari stadium baharu bukan di kawasan PKPD di mana mereka boleh memohon untuk menggunakan stadium yang tidak digunakan oleh mana-mana pasukan seperti Stadium Manjung dan Stadium Batu Kawan.

“Selain itu, mereka juga boleh memohon untuk menggunakan stadium yang hanya digunakan oleh satu pasukan sahaja dan MFL akan membantu pasukan dalam mengenalpasti stadium yang boleh digunakan.

“Dengan situasi cukup mencabar disebabkan COVID-19 ketika ini, saya berharap agar semua pasukan terus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kelangsungan Liga Malaysia 2021 yang mana saya cukup yakin dan percaya kita boleh mengharunginya bersama,” katanya.

Stadium UiTM Shah Alam

Dalam perkembangan lain, MFL turut meminda jadual Liga Malaysia susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di seluruh negara susulan peningkatan kes COVID-19.

Pindaan itu membabitkan saingan Liga Premier yang sebelum ini dijadual kembali bermula pada 3 Julai 2021.

Manakala perlawanan tertunda iaitu Perak FC II menentang Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh sementara Selangor FC 2 menentang Sarawak United FC di venue yang akan ditetapkan kemudian akan berlangsung pada 17 Julai 2021 berbanding tarikh asal pada 29 dan 30 Jun 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pindaan jadual turut melibatkan perlawanan ke-14 Liga Super sehingga perlawanan 22 serta perlawanan ke-13 sehingga 22 Liga Premier bagi memastikan jarak bagi setiap perlawanan tidak terlampau padat.

 

Baca artikel lain mengenai Liga Malaysia:

Penjaga Gol Perak II, G. Yuganes Jelmaan R. Arumugam?

Kenapa Benjamin Mora Masih Pertaruh Formasi Taktikal Yang Sama?

Nilai Kesetiaan Fakhrul Zaman Bersama Kelantan United Ternyata Berbaloi

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN