6 Kecederaan Pemain Yang Paling Terkesan Kepada Kelab Masing-Masing

Sukar untuk meramalkan bagaimana Liverpool akan beraksi tanpa pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk sehingga ke akhir musim ini. Tanpa pemain pertahanan tengah dari Belanda itu, ia mampu mengubah prospek mereka dalam saingan pada musim ini.

Buat masa ini semuanya tampak tidak kena. Liverpool telah tersingkir dari saingan Piala FA oleh Manchester United dan telah tercicir banyak mata di saingan liga.

Kecederaan panjang sebegini sehingga menjejaskan saingan pasukan di Premier League bukan pertama kali berlaku.

Berikut adalah contoh bagaimana kecederaan seseorang pemain mampu menjejaskan cabaran pasukan masing-masing.

Eduardo (2007/08)

Kedudukan sebelum kecederaan: Pertama, kelebihan 5 mata di kemuncak liga.
Kedudukan akhir musim: Ketiga, dibezakan 4 mata dari kedudukan teratas.

“Kami juga terkesan seperti Arsenal dan tidak diragui lagi ia [insiden] telah menjadi faktor untuk kedua-dua kelan,” kata Alex McLeish pada Jun 2008 selepas Birmingham tersingkir dari Premier League.

McLeish bolah sahaja berpura-pura mengenai kesan terjahan keras Martin Taylor sehingga mematahkan kaki Eduardi sembilan tahun lalu. Hakikatnya, ia hanya menjejaskan Arsenal.

Menuju perlawanan di St. Andrew itu, Arsenal berada di kedudukan teratas liga dengan kelebihan lima mata dan kelihatan mampu menamtkan kemarau kejuaraan selama 4 tahun. Mereka hanya tewas sekali dari 26 perlawanan sebelum hari malang pada Februari itu.

Tanpa Eduardo, Arsenal seri tiga perlawnaan berturut-turut sebelum tewas kepada Chelsea di Stamford Bridge. Ia diikuti dengan kekalahan kepada Manchester United, dan disingkirkan oleh Liverpool di suku akhir Champions League, sekali gus menjadikan musim yang bermula sangat baik dengan prospek kejayaan bertukar menjadi mimpi ngeri.

Kevin De Bruyne (2015/16)

Kedudukan sebelum kecederaan: Kedua, 3 mata di belakang pendahulu.
Kedudukan akhir musim: Keempat, dibezakan 15 mata dari kedudukan teratas.

Impak ketiadaan De Bruyne pada musim pertamanya di England jarang diperkatakan. Pemain antarabangsa Belgium ini terpaksa berehat selama 10 minggu seleas mengalami kecederaan ligamen di lutut  dalam perlawanan separuh akhir Piala EFL menentang Everton pada Januari 2016.

City berjaya muncul juara Piala EFL, tetapi akhirnya gagal untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar tanpa De Bruyne. Ia juga musim terakhir Manuel Pellegrini sebagai pengurus di Etihad. City jatuh dari kedudukan kedua ke kedudukan keempat setelah tewas empat dari tujuh perlawanan EPL, termasuk kekalahan kepada pencabar Leicester dan Tottenhamm.

Tanpa bintang utama mereka itu, City turut disingkirkan dari pertandingan Piala FA sebelum De Bruyne kembali dan menjaringkan gol pada perlawanan pertama menentang Bournemouth setelah pulih daripada kecederaan. De Bruyne kemudiannya turut menjadi inspirasi untuk City menewaskan Paris Saint-Germain di suku akhir Champions League.

Harry Kane (2016/17)

Kedudukan sebelum kecederaan: Ketiga, 4 mata di belakang pendahulu.
Kedudukan akhir musim: Kelima, dibezakan 5 mata dari kedudukan teratas.

Walaupun mata yang membezakan Spurs dengan Chelsea yang muncul juara pada ketika itu bertambah hanya satu mata selepas ketiadaan Kane akibat kecederaan lutut, sukar untuk tidak menilai kecederaan pemain penyerang itu adalah sebab utama kegagalan Spurs muncul juara tiga tahun lalu. Tanpa penyerang utama mereka itu, Spurs hanya menjaringkan hanya enam gol dari lima perlawanan yang dilalui.

Empat keputusan seri dari pertengahan Oktober sehingga awal November bermakna Tottenham telah melepaskan peluang untuk memanfaatkan keadaan apabila lawan turut hilang mata sekurang-kurangnya sekali. Dan apabila Kane kembali dari kecederaan, Spurs sudah pun dipintas oleh Chelsea, Arsenal, dan juga Liverpool.

Kegagalan Spurs di hadapan gawang menentang Bournemouth (1-1), West Brom (0-0) dan Leicester (1-1) nyata memberi kesan dalam pertandingan yang sengit dan membenarkan Chelsea membina momentum. Menjelang February ia sudah terlambat untuk Spurs mengejar Chelsea, namun keadaannya mungkin berbeza jika mereka memiliki Kane.

Santi Cazorla (2015/16 & 2016/17)

Kedudukan sebelum kecederaan (2015/16): Keempat, 2 mata di belakang pendahulu.
Kedudukan akhir musim: ketiga, dibezakan 12 mata dari kedudukan teratas.

Kedudukan sebelum kecederaan (2016/17): Kedua, sama mata dengan pendahulu.
Kedudukan akhir musim: kelima, dibezakan 18 mata dari kedudukan teratas.

Bukan semusim, tetapi dua musim ketiadaan Santi Cazorla akibat kecederaan dirasai oleh Arsenal. Untuk dua musim berturut-turut Cazorla mengalami pelbagai kecederaan sebelum musim sejuk bermula.

Pemain dari Sepanyol ini mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan menentang Norwich pada Disember 2015 dan tidak pernah tampil dalam perlawanan kompetitif untuk Arsenal selepas terpaksa dikeluarkan dalam kemenangan 6-0 ke atas Ludogorets pada Oktober 2016.

Dalam dua situasi tersebut, Arsenal dilihat sebagai pencabar kejuaraan. Pada ketika Cazorla kembali untuk perlawanan terakhir musim 2015/16, The Gunners sudah tercicir 10 mata berbanding pendahulu liga. Tanpa perancang mereka itu pada musim 2016/17, Arsenal pada mulanya berkongsi mata dengan Manchester City selepas lapan perlawanan jatuh ke kedudukan kelima, 18 mata dibelakang juara Chelsea.

Cazorla tidak beraksi dalam semua 9 perlawanan di mana Arsenal kalah pada musim tersebut.

Fernando Torres & Steven Gerrard (2008/09)

Ia berbeza sedikit di Liverpool, kerana membabitkan gandingan dua pemain. “Selama dua tahun beraksi bersama Fernando Torres, saya merasakan diri invicible,” tulis Steven Gerrard pada 2015 dalam autografnya. “Saya sentiasa tahu dimana kedudukan Fernando, dan di mana gerakan seterusnya yang akan dilakukannya.

“Saya bukan No.10 sejati. Tetapi untuk beberapa tahun, Fernando membantu saya untuk menjadi salah satu No.10 terbaik dunia,” kata legenda Liverpool itu.

“Saya melalui musim terbaik saya sebagai No.10, dan ia adalah kerana kehadiran Fernando pada musim 2007/08.”

Pada musim 2008/09 selepas itu secara teori Liverpool sepatutnya lebih produktif. Ia adalah musim kedua Torres beraksi di Premier League, setelah menjadikan dirinya salah seorang penyerang paling berbahaya di Eropah pada musim pertamanya bersama Liverpool.

Pada musim tersebut, Torres menjaringka  33 gol dan melakukan 5 assist dari 46 perlawanan musim 2007/08, manakala Gerrard pula menjaringkan 21 gol dan menghasilkan 18 assist dari 52 penampilan pada musim yang sama.

Musim 2008/09 diingati sebagai musim Liverpool sangat hampir menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris, namun dua pemain terbaik mereka ini jarang beraksi bersama sepanjang musim. Torres dan Gerrard hanya beraksi bersama dalam 14 perlawanan, di mana mereka merekodkan 11 kemenangan, dan seri tiga kali.

Roy Keane (1997/98)

Kedudukan sebelum kecederaan: Kedua, 1 mata di belakang pendahulu.
Kedudukan akhir musim: Kedua, 1 mata dari kedudukan teratas.

Manchester United berada di kedudukan kedua apabila berkunjung ke Leeds pada lewat September dan mengakhiri musim juga di tempat kedua pada akhir musim tatkala kapten pasukan, Roy Keane terpaksa disisihkan sepanjang 75% perlawanan yang dilalui.

Keadaannya mungkin berbeza buat skuad The Red Devils pada musim tersebut sekiranya Roy Keane yang berada di kemuncak prestasi tidak mengalami kecederaan yang memaksa beliau disisihkan hampir keseluruhan musim.

Sebenarnya walau pun tanpa Keane, Manchester United masih boleh dianggap beraksi dan bersaing dengan baik. Malah skuad kendalian Sir Alex Ferguson menduduki kedudukan teratas liga sehingga pertengahan April, dimana United hilang kelebihan 11 mata kepada Arsenal selepas menang hanya 5 dari 13 perlawanan selepas Tahun Baru.

Sukar membayangkan kemampuan United dengan adanya Keane tanpa mengambil kira betapa hebat Arsenal cuba mengejar pada ketika itu.

Rumusan

Bekas pemain dan legenda Liverpool, Jamie Carragher dalam ulasannya bersama Sky Sports, percaya ketiadaan Van Dijk yang terpaksa berehat panjang pada musim ini akan menyebabkan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini menjadi terbuka.

Carragher juga berkata Liverpool perlu mendapatkan seorang pengganti di pasaran pemain pada Januari hadapan.

Joel Matip dan Joe Gomez adalah dua pemain yang sentiasa digandingkan dengan Van Dijk sebelum ini.

Namun Carragher berkata isu kecederaan dan konsistensi yang turut sering menyelubungi kedua-dua pemain itu bermakna Liverpool tidak mempunyai squad depth yang cukup di bahagian tengah pertahanan.

Sejauh manakah ketiadaan Virgil van Dijk akan menjejaskan Liverpool dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu?

Segagah manakah Liverpool tanpa Van Dijk di saingan Champions League pada musim ini?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN