6 Bulan Tidak Beraksi, Diego Costa Kini Sudah Boleh Bermain Untuk Atletico Madrid

Diego Costa mengaku beliau menunggu masa ‘cukup lama’ untuk menjadi pemain Atletico Madrid semula selepas diperkenalkan oleh kelab Madrid tersebut secara rasmi semalam.

Costa yang berhijrah dari Chelsea dengan yuran perpindahan £57 juta selepas diberitahu beliau ‘tidak diperlukan’ oleh Antonio Conte melalui mesej teks pada cuti musim panas lepas, bakal memakai jersi bernombor 18 dan akan digandingkan dengan Antoine Griezmann.

Penyerang Sepanyol kelahiran Brazil ini memulakan ucapan ketika majlis pengenalan beliau di hadappan 25,000 penyokong di Wanda Metropolitano dengan berterima kasih kepada kelab kerana masih mempercayainya.

“Saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kelab kerana berusaha membawa saya pulang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tahap kecergasannya selepas tidak bermain selama 6 bulan, Costa memberitahu beliau banyak melakukan latihan sendiri untuk memastikan beliau boleh terus bermain secepat mungkin.

MADRID, SPAIN – DECEMBER 31: Diego Costa attends the presentation as the new player of the Atletico Madrid at Wanda Metropolitano Stadium in Madrid, Spain on December 31, 2017. (Photo by Guillermo Martinez/Anadolu Agency/Getty Images)

“Tahap kecergasan saya? Anda boleh lihat saya lebih cergas sekarang. Saya dah letih buat latihan saja tanpa bermain. Saya sangat teruja untuk bermain dan membantu pasukan.”

Misi utama Diego Costa bermula Januari 2018 ini adalah memastikan Atletico Madrid kekal menghambat pendahulu La Liga, Barcelona dan melangkah ke peringkat sejauh mungkin dalam saingan UEFA Europa League 2017/2018.

Ketika ini, Atletico ketinggalan 9 mata di belakang Barcelona dalam La Liga dan bakal bertemu kelab Denmark, FC Kobenhavn dalam peringkat 32 pasukan terbaik UEFA Europa League nanti.

Mengapa Costa tidak dapat diturunkan oleh Atletico selama 6 bulan?

Diego Costa hanya boleh didaftarkan sebagai pemain Atletico Madrid pada Januari 2018 kerana pada ketika itulah baru penggantungan pendaftaran pemain baharu kelab Sepanyol itu tamat.

Atletico Madrid dihukum larangan mendaftar pemain baharu dalam dua jendela perpindahan bermula Julai 2016 oleh Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) kerana didapati bersalah melanggar beberapa peraturan FIFA ketika menandatangani pemain-pemain bawah umur mereka.

Selain itu, Atletico Madrid turut didenda sebanyak £439,873 oleh CAS.

Real Madrid turut dihukum oleh CAS atas kesalahan sama seperti Atletico, tetapi hukuman musuh tradisi mereka itu berjaya diringankan selepas CAS mendengar rayuan. Berbanding Atletico yang hanya boleh mendaftar pemain baru bermula 1 Januari 2018, Real Madrid sudah boleh berbuat demikian pada 1 Julai 2017.

Kedua-dua kelab Madrid ini disiasat oleh CAS selepas melanggar beberapa peraturan perpindahan pemain bawah umur yang digubal oleh FIFA. FIFA menyiasat kes Atletico bermula tahun 2007 hingga 2014. Manakala kes Real Madrid pula disiasat bermula tahun 2005 hingga 2014.

Peraturan FIFA mengenai perpindahan pemain bawah-18

FIFA melarang perpindahan pemain bawah-18 ke negara lain melainkan ia mengikut kriteria ketat yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk melindungi kanak-kanak daripada kes eksploitasi dan pemerdagangan manusia.

Menurut undang-undang FIFA, pemain bawah-18 hanya boleh berhijrah ke luar negara HANYA apabila:

1. Ibu bapa pemain berhijrah ke negara baru atas sebab selain daripada bola sepak

2. Kedua-dua kelab yang terlibat dalam urusan perpindahan berada di negara EU atau European Economic Area.

3. Pemain mesti berusia antara 16 hingga 18 tahun.

4. Kelab yang membeli perlu mematuhi peraturan minimum di bawah:

– Mereka mesti memberikan pendidikan secukupnya dan latihan yang setaraf dengan standard latihan kebangsaan
– Mereka mesti menyediakan pendidikan sekolah/vokasional selain latihan bola sepak
– Mereka mesti menyediakan tempat tinggal dan kelengkapan yang cukup dan optimum kepada pemain
– Apabila pemain ini didaftarkan, kelab yang membeli wajib menyertakan bukti mereka telah mematuhi 3 peraturan di atas

5. Pemain mesti tinggal dalam radius 100km daripada kelab

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN