Sunderland tewas lagi! Kali ini mereka tunduk 1-0 di tangan Middlesbrough. Sunderland yang baru sahaja memecat pengurus mereka Simon Grayson pada Selasa lalu masih gagal mencari inspirasi.
Mereka hanya menang 1 daripada 16 perlawanan setakat ini. Ia juga meneruskan rekod tanpa kemenangan Sunderland kepada 14 perlawanan.
Sunderland menduduki tangga tercorot dalam Liga Championship selepas Bolton berjaya menewaskan Norwich. Ia juga merupakan rekod terburuk The Black Cats dalam liga kedua England itu.
Mereka hanya mendapat 10 mata daripada 48 mata yang ditawarkan setakat ini. Pengerusi kelab mereka, Ellis Short mengakui yang kelab mereka sedang dalam krisis.
Kini Sunderland dalam usaha mencari pengurus berpengalaman ke dalam pasukan mereka untuk menggantikan interim Billy McKinlay dan Robbie Stockdale.
Robbie Stockdale sebelum ini mengakui, ianya tugasan yang berat dan beliau berharap pengalaman bekerja dengan Sam Allardyce akan dapat membantu.
Ellis berharap mereka akan mendapat pengurus tetap sebelum perlawanan menentang Millwall pada 18 November ini. Pengurus Middlesbrough, Gary Monk berpuas hati dengan kemenangan ke atas Sunderland.
“Derbi bukanlah perlawanan yang selalu cantik. Tetapi paling penting adalah apabila anda menang. Kualiti terbaik dalam perlawanan kami tadi adalah gol kami, cara kami membina serangan dan menyudahkannya.”
Sunderland pastinya tidka rela untuk tersingkir ke League 1 pada akhir musim ini. Sebelum ini, pengarah kelab sudah berjanji kepada penyokong untuk mereka kembali semula ke EPL secepat mungkin.