6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

Secara keseluruhan 49 buah kelab pernah beraksi di saingan Premier League sejak ianya dijenamakan semula pada 1992, hanya enam dari mereka tidak pernah tersingkir ke liga bawahan dan kekal bersaing di divisyen teratas liga yang dianggap paling mencabar di dunia.

Ayuh kita lihat perkembangan setiap kelab menjelang kembalinya saingan English Premier League pada hujung minggu ini.

1. Arsenal

Kelab berpengkalan di utara London ini pernag muncul juara Premier League pada tahun 1997, 2002, dan 2004. Semua gelaran tersebut diraih pada era Arsene Wenger bergelar pengurus.

Ketika meraih kejuaraan pada 2004, Arsenal meraih gelaran invisible kerana rekod tak terkalah sepanjang musim. Arsenal kekal sebagai satu-satunya pasukan yang pernah berbuat demikian pada hari ini.

Mikel Arteta yang pernah menjadi tunjang di jentera tengah The Gunners pada era Wenger kini adalah pengurus kelab London ini dan membawa pelbagai pembaharuan baharu untuk saingan musim akan datang.

Namun demikian prestasi tidak menentu kebelakangan ini menyebabkan Arsenal menduduki tangga ke-13 liga dengan 20 mata.

2. Chelsea

 

Ketibaan Roman Abramovich sebagai pemilik kelab London ini pantas menjadikan kelab ini bergelar juara dengan pelaburannya. Kejuaraan pertama diraih pada musim 2004/05.

Setelah turut berjaya mempertahankan kejuaran tersebut pada musim berikutnya, The Blues turut meraih gelaran juara Premier League pada 2010, 2015 dan 2017.

Musim ini, Chelsea terus mempertaruhkan Frank Lampard sebagai pengendali dan aktiviti di pasaran pemain sepanjang musim panas ini menjadikan Chelsea kelab tumpuan ramai.

Merupakan kelab yang berbelanja paling besar pada musim panas lalu, prestasi suam-suam kuku Lampard bersama Chelsea mulai dikritik peminat. Jika keadaan berterusan, tidak mustahil Lampard hanya akan menjadi sejarah di Stamford Bridge.

3. Everton

Everton adalah salah satu kelab yang tidak pernah tersingkir daripada Premier League, namun turut tidak pernah bergelar juara pertandingan ini.

Everton sering kali dilabel sebagai kelab pertengahan liga dan beberapa kali mengejutkan ramai apabila berada di kedudukan lima pasukan teratas.

Pada musim panas lalu, Carlo Ancelotti telah mendatangkan beberapa nama besar dan berpengalaman seperti Allan dari Napoli dan James Rodriguez dari Real Madrid.

Buat masa ini Ancelotti berjaya membawa Everton menduduki tangga keempat liga. Tetapi mampukah mereka mencabar kejuaraan pada penghujung musim nanti?

4. Liverpool

Abaikan kata-kata dusta bahawa Premier League bermula pada musim 2016. Liverpool akhirnya berjaya meraih kejuaraan Premier League pertama mereka pada musim lalu selepas kemarau kejuaraan Liga Inggeris selama 30 tahun lamanya.

Sejak ketibaan Jurgen Klopp, pengendali dari Jerman itu telah membawa masuk beberapa pemain seperti Virgil van Dijk, Allison Becker, Mohammed Salah, Sadio Mane, Fabinho, Andy Robertson, Naby Keita, dan ramai lagi.

Kumpulan pemain ini menjadi tunjang kepada kebangkitan Liverpool sejak dua tahun lalu. Dengan kecederaan deretan pemain, skuad kendalian Klopp tetap gagah mencatat kemenangan demi kemenangan untuk terus berada di kemuncak liga.

Namun beberapa keputusan seri sebelum ini pasti akan menyebabkan suasana di Anfield sedikit panas – apatah lagi yang mengikuti rapat di belakang adalah seteru utama Manchester United.

5. Manchester United

Dengan 13 trofi Premier League, Red Devils adalah kelab paling berjaya di era Premier League. Namun kejuaraan terakhir hanya tiba pada musim terakhir pengurus legenda, Sir Alex Ferguson pada 2013.

Sering bertukar jurulatih dan berbelanja besar untuk mendapatkan pemain ternama nyata formula yang gagal bagi kelab Manchester ini.

Kemarau 7 tahun, skuad Ole Gunnar Solksjaer dilihat sering kali dibayangi oleh kejayaan silam. Namun perubahan positif pada babak kedua musim memberi indikasi Solksjaer mempunyai ramuan untuk memacu United ke hadapan.

Dan pada awal musim pasti tiada siapa yang berani mempertaruhkan Man United akan bangkit sebagai pencabar liga. Berada di kedudukan kedua di belakang Liverpool sekarang, penyokong semestinya menagih konsistensi dan keazaman setiap pemain untuk berjuang ke akhir musim.

6. Tottenham Hotspur

Seperti Everton, Tottenham Hotspur juga tidak pernah muncul juara Premier League. Pencapaian terbaik mereka adalah muncul naib juara pada musim 2016/17.

Namun itu adalah pada era Mauricio Pochettino yang telah mengubah struktur bola sepak di kelab London itu. Sebelum itu Spurs juga sering menamatkan saingan di pertengahan liga.

Setelah mengejutkan ramai memecat Pochettino, pengerusi kelab, Daniel Levy beralih kepada jurulatih kontroversi dari Portugal, Jose Mourinho.

Mourinho pasti terdesak untuk membuktikan pemecatan beliau oleh Chelsea dan Manchester United sebelum itu sebagai kesilapan.

Penutup

Besar kemungkinan enam kelab ini akan terus mengekalkan tradisi untuk kekal di saingan Premier League pada musim akan datang.

Namun siapakah yang mampu mencabar kejuaraan. Mampukah Maurinho atau Ancelotti membawa Everton atau Tottenham bergelar juara buat kali pertama.

Atau adakah Arsenal, Chelsea dan Manchester United akan merampas kejuaraan dari Liverpool pada musim ini? Satu perkara yang pasti, saingan Premier League pada musim ini menjadi lebih sengit, dan hanya yang terbaik akan terus kekal untuk begelar juara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN