Quantcast

LIGA MALAYSIA

KAFA Ambil Pendekatan Ubah Struktur Pengurusan Sebagai Strategi Hadapi Baki Saingan Liga Super

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengumumkan perubahan kepada struktur pegawai pasukan The Red Warriors untuk menghadapi baki saingan Liga Super pada musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Naib Presiden KAFA yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Datuk Rosmadi Ismail (gambar bawah) dalam satu entri di laman media sosial rasmi Facebook persatuan berkenaan.

Kredit Gambar: TRWFC, Facebook

Antara perubahan yang akan berlaku ialah perlantikan Pengarah Teknikal KAFA, Alfredo Gonzales yang akan dilantik sebagai pengurus pasukan yang baharu menggantikan Datuk Rosmadi sendiri.

Kehadiran Datuk Rosmadi sendiri dilaporkan akan bertindak sebagai ketua kontijen ketika hari perlawanan membabitkan pasukan Kelantan di saingan Liga Super 2017.

Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang juga merupakan Naib Presiden KAFA akan turut dikekalkan di dalam pasukan, namun akan menjawat jawatan sebagai penolong ketua kontinjen.

Kredit Gambar: TRWFC, Facebook

Di sebalik perubahan yang dilakukan ini, tidak ada perubahan pada kepada kedudukan dan tugas Zahasmi Ismail sebagai Ketua Jurulatih.

Barisan staff kejurulatian yang lain juga akan menjalankan tugas mereka seperti biasa dalam membantu Zahasmi Ismail menyediakan pasukan untuk perlawanan.

Kredit Gambar: TRWFC, Facebook

 

Datuk Rosmadi Ismail dipetik sebagai berkata:

“Bagi mengharungi baki perlawanan yg dirasakan semakin mencabar maka Kafa dan pengurusan pasukan perlu membuat perubahan dan penambahbaikan dengan mengambil pendekatan lebih profesional.”

“Setiap individu yang berada dalam pasukan perlu memberi komitmen 100 peratus,” katanya.

Perlantikkan Alfredo Gonzales sebagai Pengarah Teknikal KAFA turut bermakna pasukan itu akan berusaha untuk menerapkan teknik bola sepak Amerika Latin ke dalam corak permainan The Red Warriors.

Oleh kerana itu, perlantikan Alfredo Gonzales sebagai pengurus pasukan adalah perlu untuk melancarkan aspek pentadbiran pasukan.

Kredit Gambar: TRWFC, Facebook

“Pengurus pasukan merangkap pengarah teknikal berperanan dalam merancang, menyediakan dan mengadakan modul latihan.”

“Beliau diberi tanggungjawab penuh dan akan dibantu ketua jurulatih dalam menyediakan satu pasukan mantap yang mampu bersaing dalam baki Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini.”

“Malah, mereka akan bekerjasama dalam merencana dan mengimplementasikan setiap perkara melibatkan pasukan, bermula daripada sekarang,” jelas Datuk Rosmadi dalam kenyataan tersebut.

Tujuan utama rombakan yang dilakukan oleh KAFA ini adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama sepasukan di kalangan anggota The Red Warriors. Ini adalah sejajar dengan impian penyokong pasukan yang rindu melihat kejayaan pasukan Kelantan

Buat penyokong-penyokong, pasukan bola sepak Kelantan FA, ayuh sokong pasukan anda.

Sumber:

TRWFC, Facebook (2017): https://www.facebook.com/theredwarriorsofficial/posts/1587033031337732:0

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!