Chelsea Kecewa Dengan Pendedahan Mesej Antara Conte Dan Diego Costa

Sejak malam tadi, mesej di antara Antonio Conte kepadaDiego Costa  yang menyatakan pengurus Chelsea itu sudah tidak memerlukan khidmat pemain terbabit disiarkan oleh kebanyakkan tabloid di Eropah.

Mesej daripada Antonio Conte berbunyi begini:

“Hi Diego, saya harapkan semuanya baik. Terima kasih untuk satu musim yang kita luangkan bersama. Semoga berjaya pada musim hadapan tetapi anda tidak berada dalam perancangan saya.”

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Mesej di atas didedahkan sendiri oleh Diego Costa ketika bersama pasukan negaranya untuk tugasan antarabangsa.

Diego Costa juga menjawab mesej yang dihantar kepadanya oleh Conte itu.

Jawapannya ringkas: “Ok”.

Chelsea jelas tidak gembira dengan tindakan Diego Costa mendedahkan mesej yang menyatakan beliau tidak diperlukan oleh Conte.

Tindakan Costa dipercayai akan menyukarkan usaha mendapatkan pemain baru bagi kelab yang berpengkalan di Stamford Bridge itu jika tindakan dan cara layanan Conte diambil kira.

Satu perkara yang pasti, kes ini akan melemahkan posisi Chelsea untuk menjual Costa kepada mana-mana kelab yang berminat.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Unjurannya mudah. Selepas apa yang berlaku, sukar untuk melihat Conte dan Costa untuk bekerja bersama. Ini bermakna Chelsea berada di posisi terdesak untuk menjual penyerang antarabangsa Sepanyol itu.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi di laman sesawang Transmarkt, Costa dianggarkan bernilai sekitar £50 juta.

Selepas pendedahan dan mesej tersebut tersebar, amat sukar untuk membayangkan mana-mana kelab yang ingin mendapatkan khidmat Costa untuk tunduk kepada harga yang dipinta oleh Chelsea.

Sudah tentu alasan Costa tiada dalam perancangan Conte akan diguna pakai oleh kelab yang ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah dari nilai pasaran.

Tanda harga £50 juta mungkin masih boleh digunapakai jika tiada pendedahan yang dibuat kepada umum oleh Costa.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Pihak pengurusan di Stamford Bridge turut kecewa dengan keputusan meletakkan Diego Costa dalam senarai perpindahan dan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan perkhabaran tersebut.

Costa adalah penjaring terbanyak Chelsea dengan jumlah 20 gol untuk membantu Chelsea menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada Mei lalu.

Pada Januari lalu, Conte mengasingkan Costa daripada latihan skuad utama akibat satu insiden perselisihan antara dua individu terbabit.

(Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)
Restrictions

Hubungan kedua-dua pemain dan pengurus itu yang mulai bergolak sejak Januari lalu dipercayai antara sebab tercetusnya insiden melalui mesej pada kali ini.

Bagaimanapun sukar untuk kita menerangkan tahap permainan Costa yang menjaringkan 22 gol dalam 42 perlawanan di semua pertandingan.

Ketidakperluan Costa oleh Conte bagaimanapun adalah berita baik untuk hierarki di Atletico Madrid.

Costa tidak pernah berselindung menyatakan keinginannya untuk kembali ke bekas kelabnya itu di Sepanyol. Kem Atletico di Madrid pasti tersenyum mendengar perkhabaran terkini ini.

Ini bermakna Atletico Madrid boleh mendapatkan Diego Costa dengan harga yang lebih rendah dari nilai pasaran.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN