Luciano Spaletti Diumumkan Sebagai Jurulatih Baharu Inter Milan

Inter Milan mengesahkan perlantikkan Luciano Spaletti sebagai pengurus kelab berkenaan dengan tawaran kontrak selama 2 tahun.

Spaletti meninggalkan AS Roma pada bulan lepas selepas menamatkan saingan Serie A bersama kelab Roman itu. Beliau tidak perlu menunggu lama untuk mendapat satu lagi tawaran dari satu lagi kelab Serie A.

(Photo by Emilio Andreoli – Inter/Inter via Getty Images)

Sebelum bersetuju untuk menerima kontrak yang akan melihat beliau membimbing I Nerazzurri sehingga tamat musim 2019, Spaletti dipercayai telah menemui pemilik kelab berkenaan di China pada awal minggu ini.

Inter mengumumkan perlantikan Spaletti pada malam tadi dan dijangka akan memperkenalkan pengurus tersebut kepada media pada Rabu minggu hadapan.

Inter Milan turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi sempena pengumuman perlantikan Spaletti sebagai pengurus baru mereka.

“F.C Internazionale dengan sukacita megumumkan bahawa Luciano Spaletti telah dilantik sebagai ketua jurulatih/pengurus skuad utama kelab ini.”

“Beliau telah menandatangani kontrak selama 2 tahun dan akan diumumkan kepada media di Pusat Latihan Suning untuk memperingati Angelo Moratti Rabu hadapan pada 12:00 CEST”

“Spaletti akan memulakan sesi latihan bersama para pemain pada Isnin, 3 Julai.”

Kenyataan itu turut mengulas lebih lanjut mengenai kriteria yang diambil kira untuk pemilihan Spaletti sebagai pengurus yang baharu di kelab tersebut.

Antara faktor yang dinayatakan dalam kenyataan tersebut adalah berdasarkan fakta Luciano Spaletti telah terlibat dalam lebih banyak perlawanan daripada mana-mana jurulatih yang membimbing pasukan lain di Serie A Italy.

Untuk lebih tepat, Spaletti telah mengharungi 406 perlawanan dan angka ini akan berterusan bertambah bersama Inter Milan pada musim hadapan.

(Photo credit should read GIUSEPPE CACACE/AFP/Getty Images)

Luciano Spaletti turut memenangi anugerah berprestij, Panchina d’Oro pada musim 2004-2005. Anugerah ini dikhaskan untuk jurulatih terbaik dalam saingan Serie A Italy.

Selain daripada itu, Spaletti turut pernah menerima gelaran Jurulatih Tahunan daripada Italian Footballers’ Association sebanyak dua kali. Beliau meraih gelaran itu pada tahun 2006 dan sekali lagi pada tahun berikutnya.

Pada musim lalu, Spaletti membimbing pasukan A.S Roma. Walaupun sasaran asal adalah untuk menjuarai Scudetto pada musim lalu, kelab Roman berkenaan sekadar menamatkan musim di tangga ke-2 di belakang Juventus.

Spaletti turut pernah mengendalikan Udinese dan juga Zenit St. Petersburg di Rusia sebelum ini. Misi di Inter semestinya adalah untuk melayakkan kelab berkenaan untuk saingan di pentas Eropah pada musim hadapan.

(Photo by Emilio Andreoli – Inter/Inter via Getty Images)

Inter Milan terlepas slot ke Eropah pada musim ini dan menyaksikan pertukaran 3 jurulatih!

Frank de Boer, Stefano Vecchi dan Stefano Piolo mengambil alih peranan itu secara silih berganti sepanjang musim ini.

Perlantikkan Spaletti bukanlah perkara yang memeranjatkan, jika hubungan rapat beliau dengan Direktor di Inter, Walter Sabatini diambil kira.

Sabatini juga menyertai Inter Milan daripada Roma.

Spaletti turut memberitahu kepada agensi berita ANSA pada awal minggu bahawa Sabatini adalah individu yang hebat dan mampu melakukan kerjanya dengan cemerlang.

Segalanya tampak seperti sudah tersedia untuk Spaletti. Selamat maju jaya Luciano Spaletti!

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN