Yuran perpindahan bukanlah perkara asing di dalam bola sepak, dengan kelab sanggup berbelanja ratusan juta untuk mendapatkan pemain yang mereka mahukan setiap kali jendela perpindahan dibuka.
Walaupun pembayaran yuran perpindahan adalah amalan biasa melibatkan perpindahan pemain, ia sebenarnya bukan perkara biasa apabila melibatkan jurulatih dan pengurus pasukan.
Kebiasaannya kelab akan melantik pengurus dan jurulatih yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan. Namun dewasa ini keadaan semakin berbeza apabila kelab sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan pengurus yang mereka idamkan.
Berikut adalah senarai lima pengurus yang penghijrahan mereka melibatkan yuran perpindahan terbesar setakat ini.
5.Jose Mourinho, Inter Milan ke Real Madrid, €8 juta
Selepas Jose Mourinho cemerlang bersama Inter Milan meraih gelaran treble pada musim 2009/10, pengurus Portugal itu pantas mendapat perhatian Real Madrid. Ia bukan perkara menghairankan setelah Mourinho turut cemerang membantu Inter menafikan kemaraan Barcelona di separuh akhir.
Untuk itu, Real Madrid dilaporkan terpaksa membayar Inter sebanyak €8 juta untuk khidmat Mourinho. Semuanya berjalan dengan lancar dan Mourinho berjaya membantu Los Blancos meraih satu kejuaraan La Liga, satu kejuaraan Copa del Rey dan satu Supercopa des Espana. Kita taahu apa berlaku selepas itu. Seperti kebiasaan, Mourinho secara tiba-tiba mempunyai masalah dengan semua pihak di Real Madrid.
4. Rúben Amorim, Braga ke Sporting, €10 juta
Ruben Amorim pre game press conference quotes below 👇🏻 pic.twitter.com/hlupmP3ItI
— All Things Alvalade (@ATAlvalade) April 21, 2021
Ruben Amorim adalah bekas pemain tengah skuad kebangsaan Portugal yang memiliki 14 caps dan bersara daripada bola sepak pada 2016 sebelum memilih kerjaya di dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan. Pada usia 38 tahun pada hari ini, Amorim dianggap sebagai salah seorang pengurus muda berbakat.
Kali terakhir Sporting Lisbon menjuarai Primera Liga ialah pada 2002. Terdesak untuk mengulangi kejayaan lalu, Sporting sanggup membawa masuk Amorim dari Braga dan membelanjakan €10 juta untuk berbuat demikian. Setakat ini langkah itu ternyata berkesan apabila Sporting berada di kedudukan teratas liga dengan kelebihan enam mata ke atas Porto di kedudukan kedua. Sporting juga tidak pernah tewas dalam semua 29 perlawanan yang dilalui mereka pada musim ini.
3. Brendan Rodgers, Celtic ke Leicester City, €10.5 juta
Brendan Rodgers memiliki reputasi menampilkan bola sepak cantik di Premier League ketika bersama Swansea. Beliau berjaya membawa Swansea memperolehi promosi ke Premier League pada musim 2011/12 melalui perlawanan play-off pada musim sebelumnya. Kejayaan tersebut menyebabkan Rodgers disambar oleh Liverpool pada musim 2012/13 namun mungkin kerana masih kurang pengalaman, kerjaya Rodgers di Liverpool serba tidak menjadi.
Beliau kemudiannya menyertai Celtic pada musim 2016/17 dan berjaya memperbaiki reputasi beliau sebagai salah seorang jurulatih moden di dalam bola sepak dengan membantu kelab Scotland itu meraih dua kejuaraan Scottih Premiership di antara 2016 sehingga 2018. Kejayaan tersebut menyebabkan Leicester City sanggup membayar Celtic €10.5 juta untuk menebus kontrak beliau. Selepas dua musim bersama Leicester, Brendan Rodgers berjaya mengubah Leicester sebagai salah sebuah kelab utama yang bersaing untuk aksi di Champions League seperti pada hari ini.
2. Andre Villas-Boas, Porto ke Chelsea, €15 juta
Andre Villas-Boas dilihat sebagai jelmaan Jose Mourinho apabila dibawa masuk ke Stamford Bridge selepas kejayaan bersama Porto. Kejayaan Villas-Boas membimbing Porto sehingga muncul juara Primera Liga, Taca de Portugal dan Europa League pada musim 2010/11 cukup untuk meyakinkan Chelsea membayar €15 juta untuk khidmatnya.
Villas-Boas bagaimanapun tidak berapa menjadi di Chelsea dan tidak bertahan selama semusim apabila dipecat dari jawatannya di Chelsea walaupun tidak sampai semusim mengemudi pasukan dari London itu.
1. Julian Nagelsmann, Red Bull Leipzig ke Bayern Munich, €25 juta
Nagelmann sebenarnya bukan lagi nama asing di dalam bola sepak eropah. Beliau adalah pengurus termuda melakukan penampilan di Bundesliga apabila mengemudi Hoffenheim pada 2015 pada usia 28 tahun.
Beliau berjaya menyelamatkan kelab tersebut ketika itu sebelum menempatka Hoffenheim di empat kedudukan teratas Bundesliga pada musim penuh pertamanya.
Bayern dan Leipzig dikatakan mulai berbincang mengenai yuran perpindahan sejak minggu lalu lagi untuk merealisasikan penghijrahan Nagelsmann menjadi kenyataan.
Tiada nilai tertentu telah diumumkan secara rasmi, namun sumber dari The Athletic mendedahkan Bayern harus membayar Leipzig €25
Baca artikel menarik mengenai pengurus eropah:
5 Calon Berpotensi Bergelar Pengurus Terbaik Premier League Musim 2020/21
Mereka ini Adalah Merupakan Pengurus Generasi Baru Di Liga Inggeris