5 Tonggak Harimau Malaya Terlepas Aksi Berdepan Thailand

Skuad Harimau Malaya tampaknya terus tempang untuk aksi seterusnya menentang Thailand, apabila ada laporan menyatakan empat daripada pemain kebangsaan kembali dipanggil pulang bersama kelab.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom di media sosial X, empat pemain tersebut kembali pulang bersama kelab diwakili mereka iaitu Sabah setelah menamatkan aksi berdepan Timor Leste.

Empat pemain tersebut ialah kapten Harimau Malaya iaitu Dominic Tan, Darren Lok, Daniel Ting, serta tonggak posisi tengah serangan, Stuart Wilkin.

Selain itu, Selangor bertindak untuk mengekalkan pemain-pemain mereka di pentas antarabangsa apabila mereka tidak memanggil pulang Harith Haikal serta Kalamullah Al-Hafiz.

Pada masa sama, Syafiq Ahmad berkemungkinan besar terpaksa melupakan aksi berdepan Thailand kerana masih lagi dihimpit dengan isu kecederaan ketika beraksi menentang Timor Leste.

“UPDATE AMEC 2024 : Sabah tidak lepaskan 4 pemain kebangsaan, Darren Lok, Daminic Tan, Stuart Wilkin dan Daniel Ting ke Thailand

“Manakala 2 pemain Selangor, Harith Haikal & Kalamullah Al Hafiz di beri pelepasan bersama skuad kebangsaan. Syafiq Ahmad akur dengan kecederaan,” ujar Fina di media sosial X.

Seperti diketahui, Malaysia kini sedang berhadapan dengan cabaran cukup getir sejak awal saingan Asean Championship berlangsung apabila kebanyakan kelab tidak dapat melepaskan pemain utama kerana saingan domestik masih berlangsung.

Tanpa kehadiran ramai pemain utama, Pau Marti terpaksa membuat beberapa rombakan yang menyaksikan Harimau Malaya sekadar terikat seri 2-2 sewaktu aksi pembukaan menentang Kemboja.

Malah, skuad kebangsaan juga terpaksa berhempas pulas pada aksi kedua untuk meraih kemenangan sulung setelah perlawanan bertemu Timor Leste yang berkesudahan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Untuk terus mengekalkan momentum kemenangan pada aksi ketiga, ianya dianggap cukup sukar kerana Malaysia sekali lagi diuji kehilangan lima pemain penting sebelum bertemu Thailand.

Seperti diketahui reputasi Thailand dalam aksi pembukaan Asean Championship cukup gah setelah kejayaan mereka menewaskan Timor Leste menerusi kemenangan 10-0 di gelanggang lawan.

Apatah lagi beberapa pemain utama mereka juga sudah pun turun menjalani sesi latihan bersama seperti Ekanit Panya dan dijangka bakal dibawa turun untuk melayan kunjungan Malaysia.

Pandangan anda?

Foto: Shah Amirul Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN