Cubaan gol dalam futsal adalah aspek yang paling penting dan pada masa yang sama sukar untuk dilakukan. Ini kerana pemain futsal perlu lebih cepat bertindak dan melakukan cubaan ke arah saiz gol yang lebih kecil.
Berikut adalah 5 Tips yang anda perlu kuasai dalam aspek cubaan gol dalam futsal.
1. Kekuatan
Cubaan gol dalam sukan futsal seboleh-bolehnya dilakukan dengan kuat. Salah satu daripada sebabnya adalah untuk menghasilkan kesukaran yang lebih tinggi kepada penjaga gol.
Ia juga untuk memastikan bola tersebut sukar untuk digapai penjaga gol.
Selain itu, ia boleh membantu mengelakkan pasukan anda diserang balas dengan segera. Secara logiknya, jika cubaan kuat dilakukan ia lebih banyak mendesak penjaga gol untuk menepis dan menghalang menggunakan badan.
Jadi, bola akan terkeluar untuk sepakan penjuru ataupun potensi bola kedua.
2. Teknik
Sudah pastilah teknik cubaan gol yang baik akan menghasilkan output yang baik. Penyerang futsal perlu ada varian dalam teknik sepakan dan juga tangkas serta cepat dalam membuat keputusan.
Teknik yang baik termasuk kemampuan melakukan cubaan terus (first timer) ataupun reaksi yang cepat untuk melakukan flick shot.
Dalam erti kata lain semakin tinggi teknik dan trik, semakin efektif anda dalam cubaan gol. Untuk lebih sensasi, mungkin anda boleh menggunakan teknik seperti cubaan akrobatik. Pastikan ia tidak mencederakan orang lain.
3. Visi
Perkara yang penting dalam melakukan cubaan gol adalah visi. Kemana bola itu akan dihalakan. Seterusnya adalah pastikan visi anda sentiasa melihat penjaga gol.
Lagenda Brazil, Falcao pernah memberikan pandangan beliau tentang isu ini. Ramai pemain futsal suka menetapkan sasaran mereka tanpa mengambil kira poisisi dan kesiapsiagaan penjaga gol lawan.
Misalnya, anda suka melakukan cubaan ke top angle atas di kiri dan kanan. Futsal bukannya bola sepak padang. Dalam bola sepak padang, penjaga gol mungkin sukar untuk menjangkau sudut atas gol.
Tapi untuk futsal, ia bukan masalah terlalu besar untuk penjaga gol. Tujukan ke bahagian yang lebih terbuka walaupun ia ruang ia agak kecil. Dalam keadaan 1 vs 1 mungkin anda boleh melakukan cubaan leret celah kangkang!
Jadi, ketika latihan futsal, method latihan yang bersendirian tanpa penjaga gol yang aktif bukan pilihan terbaik.
Seterusnya, latihan cubaan gol seboleh-bolehnya dilakukan dalam situasi open play kecuali untuk latihan kekuatan sepakan.
4. Visual/ Motion
Perkara yang penting dalam futsal adalah gerakan. Bukan sahaja ketika melakukan gelecekan malah ketika melakukan cubaan gol pun ia penting.
Maksudnya di sini, jangan terlalu direct dan mudah dijangka oleh pihak lawan mahupun penjaga gol. Lakukan sedikit aksi mengacah seperti body feint dan cuba melakukan cubaan dalam keadaan tak diduga.
Maksudnya, melakukan cubaan dalam ruang sempit yang ditutup pihak lawan. Ataupun melakukan sepakan yang padu dalam keadaan berdiri bukan sahaja on the run shots.
5. Kekuatan Kaki
Ia adalah kondisi penting untuk dijaga dan diperkuatkan oleh pemain futsal setiap hari. Kaki yang kuat akan menghasilkan kualiti sepakan yang baik.
Bola futsal agak berat dan pegerakan dalam padang futsal sangat cepat. Bahagian seperti buku lali juga harus dalam keadaan terbaik.
Jadi, aspek latihan fizikal sangat penting dalam memastikan ‘senjata’ anda dalam keadaan yang tip top.
Itulah sedikit perkongsian daripda kami. Perkara penting adalah latihan berterusan dan memastikan keadaan fizikal dalam kondisi terbaik.
Baca juga : Mengenang Lagenda Gheorge Hagi, ‘Maradona’ Dari Carpathians