5 Tempat Tengok Bola Terbaik Sempena Kejohanan Piala Eropah 2016

Bagi peminat bola sepak, tiada apa yang lebih menyeronokkan daripada menonton perlawanan Piala Eropah 2016 bersama rakan-rakan.

Tambah menyeronokkan apabila tempat yang dipilih untuk menonton perlawanan tersebut mempunyai makanan dan minuman yang terbaik, servis yang cekap, lokasi yang strategik dan mempunyai suasana yang meriah!

Jadi sempena Piala Eropah 2016 kali ini, kami menyenaraikan 5 tempat tengok bola terbaik di sekitar Kuala Lumpur yang WAJIB anda kunjungi.

Semua tempat perlu mematuhi 5 syarat berikut:

  1. Mempunyai servis yang cekap dan pantas
  2. Mempunyai kawasan parkir dan restoran yang luas
  3. Mempunyai suasana yang meriah
  4. Menyediakan makanan dan minuman yang lazat
  5. Kemudahan tandas dan surau yang selesa

5. Rasta TTDI

Sumber: The Star MY
Sumber: The Star MY

Antara tempat paling popular untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, Rasta TTDI juga terkenal dengan reputasinya sebagai kubu peminat Manchester United.

Sempena Puala Eropah 2016 kali ini, kami menjangkakan tempat ini bakal menjadi kubu peminat England yang diketuai kapten Manchester United, Wayne Rooney.

Alamat: Rasta TTDI (Jalan Datuk Sulaiman), 60000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

4. Merrah PJ

Sumber: digest.offpeak.my
Sumber: digest.offpeak.my

Bagi penyokong Arsenal di sekitar Kuala Lumpur, Restoran Merrah merupakan salah satu ‘halaman’ mereka setiap kali perlawanan melibatkan Arsenal berlangsung.

Terkenal dengan kesedapan pastanya, Merrah dijangka akan bertukar menjadi kubu Perancis pula semasa Piala Eropah 2016. Masakan tidak, 2 tonggak utama Arsenal, Olivier Giroud dan Laurent Koscielny merupakan pemain kesebelasan utama Les Blues!

Alamat: 22A-1, Jalan PJU 8/3A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

3. Bucida Mutiara Damansara

12108929_615391455269315_781048137096204013_n

Agak kurang dikenali berbanding 2 lokasi di atas, Bucida merupakan tempat yang anda perlu kunjungi jika anda merupakan penyokong neutral dan sukakan servis layanan pelanggan yang baik.

Alamat: Mutiara Damansara (Sebelah porche), 60000 Petaling Jaya, Selangor, Kuala Lumpur, Malaysia

2. Restoran Hakim, Shah Alam

restoran-hakim-euro-2012

Terkenal dengan gelaran ‘Hakimbury’ yang berasal dari nama stadium lama Arsenal, Higbury, Restoran Hakim merupakan restoran mamak yang sangat popular bagi peminat Arsenal sekitar Shah Alam dan pelajar dari kolej dan universiti berdekatan.

Alamat: Jalan Kristal J7/J (Seksyen 7), Shah Alam, Selangor 40000

1. Restoran A&W, Petaling Jaya

Sebelum ini terkenal sebagai restoran keluarga, cawangan A&W di Petaling Jaya agak berlainan. Setiap hari Jumaat dan Sabtu, A&W Petaling Jaya membuka restoran mereka 24 jam.

Ini adalah untuk memberi peluang kepada peminat bola sepak untuk menonton perlawanan bola sepak yang berlangsung setiap Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad sambil menikmati signature dish mereka – Coney dan Root Beer.

Malah ketika bulan Ramadan, A&W juga menyediakan ‘Ramadan Platter’ – sajian chicken chop bersama nasi atau fries – untuk dinikmati pengunjung ketika bersahur sambil menonton Piala Eropah 2016.

A&W Petaling Jaya boleh menampung lebih 450 pelanggan pada satu-satu masa, lengkap dengan ruang parkir yang besar, tandas yang bersih dan ruang solat yang selesa!

photo_2016-06-15_15-00-57

photo_2016-06-15_15-01-16

photo_2016-06-15_15-01-20

Jika anda tidak mempunyai sebarang plan dan mahu menonton perlawanan Sepanyol vs Turki bersama warga kerja semuanyabola.com, apa kata anda singgah ke A&W Petaling Jaya pada 18 Jun 2016?

anw-fb-promo3 (1)

Jika anda mahu makan besar bersama rakan-rakan anda pada malam itu, kami juga sediakan 100 kupon bernilai RM10 setiap satu untuk anda menangi. Anda hanya perlu jawab kuiz harian kami di Twitter, Instagram dan Facebook untuk mendapatkannya.

Malah Root Beer yang biasanya berharga RM4 akan berharga RM1 pada malam tersebut!

anw-fb-promo4 (2)

Alamat: 9, Lorong Sultan, 46000 Petaling Jaya, Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN