Manchester City meneruskan prestasi super produktif mereka dalam EPL musim ini. Berikut adalah 5 statistik yang menarik untuk dikongsikan.
1. Crystal Palace ahli tunggal kelab sifar gol
Crystal Palace menjadi satu-satunya pasukan dalam 5 liga utama eropah yang gagal menjaringkan sebarang gol setakat ini.
Mereka juga menjadi satu-satunya pasukan dalam sejarah EPL yang kalah 6 perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.
Pengurus mereka sebelum ini, Frank De Boer menjadi satu-satunya pengurus EPL yang dipecat tanpa menyaksikan sebarang gol daripada pasukan beliau.
2. Rekod terbaik Manchester City
Ini adalah permulaan terbaik Manchester City di dalam sejarah EPL. Mereka berjaya menang kesemua 6 perlawanan pertama. Di hadapan gol mereka telah menjaringkan 21 gol daripada 6 perlawanan pertama.
Pemain seperti Gabriel Jesus, Sergio Aguero, Leroy Sane dan Raheem Sterling ternyata berada dalam prestasi terbaik di hadapan gol.
3. City menyamaai rekod Blackburn 59 tahun yang lalu
Manchester City kini menyamai rekod gol yang dilakukan oleh Blackburn Rovers pada EPL musim 1958/59.
Mereka mencatakan 16 gol dalam 3 perlawanan terakhir menjadikan purata lebih daripada 5 gol daripada 3 perlawanan terakhir.
Mereka menang 5-0 ke atas Liverpool, diikuti menang 6-0 ke atas Watford dan kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace.
4. Silva ‘connection’
David Silva telah terlibat di dalam 7 gol dalam 6 peerlawanan EPL terakhir beliau. Beliau menjaringkan 4 gol dan melakukan 3 bantuan gol. Pemain ini masih lagi antara perancang terbaik di England dan Eropah!
5. Sane tajam
Leroy Sane memiliki statistik unik beliau yang tersendiri. Ini apabila pemain muda Jerman ini menjaringkan 5 gol hanya daripada 7 percubaan tepat dalam semua pertandingan untuk Manchester City setakat ini, musim ini.
Secara matematiknya, ratio gol Sane dengan percubaan tepat adalah 0.71 gol per percubaan tepat.