6 Statistik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Cristiano Ronaldo vs Gianluigi Buffon

The National Stadium of Wales, Cardiff bakal menjadi saksi pertembungan epik antara dua pasukan, Real Madrid dan Juventus pada malam ini (awal pagi esok waktu Malaysia).

Dalam sidang media semalam, pengurus Juventus, Max Allegri mengatakan kejuaraan Scudetto dan Coppa Italia yang mereka raih pada musim ini hanyalah ‘latihan untuk esok (perlawanan akhir UEFA Champions League)’.

Beliau turut menekankan aspek ketenangan dan keyakinan sebagai kunci utama untuk menang awal pagi esok.

“Kami perlu menganalisa permainan – bila nak serang, bila nak bertahan. Jika kami boleh melakukannya, kami akan menang,” kata Allegri yang sedang mencari trofi Champions League pertamanya.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane pula tampil dengan rasa optimistik yang tinggi dalam sidang media semalam.

“Saya menjangkakan perlawanan terbuka dan 50-50. Tapi kami dah biasa dengan situasi ini (perlawanan berskala besar). Kami akan melakukan perkara yang kami biasa lakukan. Kita tengoklah hasilnya nanti,” kata Zidane.

Mari kita lihat rekod antara 2 pasukan hebat ini dari segi statistik.

Berikut merupakan 6 fakta menarik tentang Real Madrid dan Juventus:

1. Real Madrid pernah berjumpa dengan Juventus di pentas sama semasa edisi 1997/1998 di Amsterdam Arena. Real Madrid muncul juara menewaskan Juventus 1-0 hasil jaringan Predrag Mijatović pada minit 66′.

(Photo by Popperfoto/Getty Images)

2. Jentera serangan Real Madrid paling ampuh dalam edisi kali ini dengan menjaringkan 32 gol dalam 12 perlawanan (purata 2.67 gol setiap perlawanan).

3. Juventus masih belum pernah kalah dalam Champions League edisi kali ini. Mereka mencatat 9 kemenangan dan 3 seri. Real Madrid pernah kalah sekali selepas tewas 1-2 kepada Atletico Madrid semasa pusingan ke-2 separuh akhir.

4. Penjaring terbanyak Juventus dalam Champions League edisi kali ini adalah bekas penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain.

Higuain telah menjaringkan 5 gol dalam 11 perlawanan dengan 2 daripadanya dijaringkan ketika pusingan kalah mati.

5. Kali terakhir Juventus menjuarai UEFA Champions League adalah pada tahun 1996. Selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar, Juventus menewaskan Ajax Amsterdam 4-2 dalam penentuan penalti.

6. Real Madrid pula sedang mencuba menjadi pasukan pertama yang mempertahankan trofi UEFA Champions League sejak penjenamaan semula kejohanan ini pada 1992.

Bercakap mengenai Real Madrid dan Juventus, kita pasti tak dapat mengelak untuk melihat pertembungan Cristiano Ronaldo – antara penyerang terbaik di dunia – menentang Gianluigi Buffon – antara penjaga gol tercekap di dunia.

Berikut merupakan 6 fakta menarik mengenai Ronaldo dan Buffon

1. Penjaring terbanyak Real Madrid dalam Champions League edisi kali ini adalah – siapa lagi kalau bukan – Cristiano Ronaldo.

Ronaldo telah menjaringkan 11 gol dalam 12 perlawanan dengan 8 daripadanya terhasil ketika pusingan kalah mati.

2. Jangan disangka Ronaldo pemalas. Beliau merupakan lariannya meliputi jarak paling jauh – lebih banyak daripada Toni Kroos, Miralem Pjanic dna Dani Alves.

Sumber: Goal.com

3. Gianluigi Buffon merupakan penjaga gol paling cekap dalam Champions League edisi kali ini. Beliau mencatat 8 clean sheets dalam 11 perlawanan. Buffon hanya bolos 3 gol setakat ini.

4. Gianluigi Buffon masih mencari trofi UEFA Champions League pertamanya. Cristiano Ronaldo pula sudah memenanginya 3 kali (2 kali bersama Real Madrid, sekali bersama Manchester United).

5. Dalam 4 pertemuan menentang Buffon, Ronaldo sentiasa menjaringkan gol. Beliau telah mengumpul 5 gol yang gagal diselamatkan Buffon.

6. Tetapi dalam 4 pertemuan menentang Ronaldo tersebut, Buffon menang 3 daripadanya.

(Photo by NurPhoto/NurPhoto via Getty Images)

Pasukan manakah yang akan menang awal pagi esok? Real Madrid atau Juventus? Mengapa? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN