Liverpool berjaya menjulang gelaran EFL Cup selepas menewaskan Chelsea dengan keputusan 11-10 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang 120 minit permainan, sebelum pemenang ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.
Boleh dikatakan semua pemain dari setiap posisi memainkan peranan cukup baik sepanjang perlawanan yang dilangsungkan di Wembley itu.
This is why Jurgen Klopp is so loved and respected around the football world. Even in the most euphoric of moments he finds the right words. Brilliant. pic.twitter.com/yFQtgr243U
— Ben Kelly (@bkelly776) February 27, 2022
Penjaga gol kedua-dua pasukan, Caoimhin Kelleher dan Edouard Mendy tidak dinafikan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang perlawanan.
Kedua-dua mereka berjaya menyelamatkan percubaan-percubaan bahaya dari pasukan lawan dengan aksi penyelamatan berkelas dunia.
Tidak boleh diragukan lagi yang perlawanan ini dilanjutkan sehingga ke aksi penentuan sepakan penalti kerana kecemerlangan kedua-dua penjaga gol dalam perlawanan tersebut.
Pertahanan kedua-dua pasukan juga bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini dengan mereka cemerlang menyerap serta mematahkan serangan lawan.
Di posisi midfield juga tidak keterlaluan untuk mengatakan pemain tengah kedua-dua pasukan membuat kerja dengan baik terutama di bahagian defensive.
Jentera serangan kedua-dua pasukan walau tumpul dan sering mensia-siakan kesempatan untuk menjaringkan gol, namun harus diakui mereka kerap mencipta gerakan-gerakan bahaya ke kubu lawan.
Klopp fist pumps…but with his fifth trophy as Reds boss in his hand 🥰 pic.twitter.com/hjqfy9WUsI
— Liverpool FC (@LFC) February 27, 2022
Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan ini berjaya mengubah aura aksi perlawanan akhir Carabao Cup, menjadi sehangat aksi perlawanan akhir Champions League.
Sebagai Juara, sudah tentu hari ini media akan bercerita tentang Liverpool dan kebanyakan cerita yang dikongsi, jelas sekali menunjukkan Jurgen Klopp selain membentuk skuad yang hebat, beliau juga berjaya menjadikan anak-anak buahnya seorang manusia berguna.
Berikut merupakan lima sikap terpuji yang ditunjukkan oleh para pemain Liverpool, selepas muncul Juara saingan Carabao Cup musim ini.
1) Jordan Henderson dan James Milner tunjukkan ciri kepimpinan dan semangat kesukanan yang tinggi
Duo Liverpool, Jordan Henderson dan James Milner telah menunjukkan sikap terpuji dengan menunggu para pemain Chelsea selesai mengambil pingat di bawah pentas.
Kedua-dua ketua pasukan The Reds itu menunggu pemain-pemain Chelsea turun dari pentas mengambil pingat, sambil kedua-dua mereka mengucap selamat kepada semua pemain The blues.
Sikap terpuji dan profesional yang ditunjukkan oleh kedua-dua mereka mendapat perhatian peminat seluruh dunia, dengan ramai yang memuji mereka sebagai pemimpin sebenar.
James Milner and Jordan Henderson classy gesture to losing Chelsea players spotted after Liverpool win#LFC https://t.co/4vVrcM7NWS
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 27, 2022
Sebelum para pemain Liverpool menjulang Piala tersebut, kedua-dua ketua dan timbalan ketua, Henderson dan Milner telah menunjukkan sikap terpuji yang mendapat pujian ramai.
Tular rakaman yang memperlihatkan mereka berdua berada di bawah tangga menunggu pemain Chelsea, dan mereka kemudiannya memberi semangat kepada semua pemain The Blues yang berjalan melepasi mereka.
Tindakan terpuji mereka itu mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata peminat mengagumi kepimpinan kedua-dua veteran Liverpool itu.
Pure class from Jordan Henderson and James Milner 🤝
Two @LFC legends. #EFL | #CarabaoCupFinal pic.twitter.com/lbyk6eE6Bs
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) February 27, 2022
2) Alisson Becker penuhi impian peminat cilik Liverpool
Salah seorang penyokong Cilik Liverpool telah diberi kesempatan emas dan terindah dalam hidupnya selepas beliau diajak meraikan kejayaan The Reds menjulang Piala Carabao Cup hari ini.
Kemuliaan hati Alisson Becker yang mengajak peminat cilik tersebut untuk menjulang Piala Carabao bersama para pemain Liverpool selayaknya dipuji dan dikagumi.
Ketika para pemain Liverpool naik ke tangga Wembley untuk mengambil pingat kemenangan, salah seorang peminat cilik berjaya ikut sama para pemain untuk naik ke pentas.
Ayah kepada peminat cilik itu meminta izin kepada Alisson Becker supaya membawa anaknya naik ke pentas bersama kerana itu adalah impian anaknya.
Jurgen Klopp explains special guest Alisson invited to lift trophy with Liverpool squad 🏆 #lfc https://t.co/pL9QOHALse
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 27, 2022
Penjaga gol kebangsaan Brazil itu terus bersetuju dan mendukung peminat cilik itu dari tempat duduk penonton dan membawanya naik ke pentas bersama.
Keindahan sebenar dalam dunia bola sepak dengan semua pemain Liverpool kemudiannya meraikan kemenangan bersama peminat cilik tersebut.
Para pemain Liverpool bahkan turut memberi peluang kepada peminat cilik itu untuk menjulang Piala tersebut di atas pentas bersama mereka.
A young boy joined the Liverpool squad for their Carabao Cup trophy lift 🏆
A moment that the little lad will remember forever ❤️ pic.twitter.com/7Hkep0TQp0
— Sky Sports Football (@SkyFootball) February 27, 2022
3) Minamino hormati permintaan Sadio Mane
Ketika pemain Liverpool mahu bergambar selepas selesai majlis penyampaian hadiah, Takumi Minamino dilihat sedang memegang botol Champaign dan sudah tentu beliau mahu menyemburkan air alkohol tersebut.
Ketika beliau sedar Sadio Mane berada di belakangnya, Minamino bertanya semula kepada bintang Senegal itu adakah beliau boleh menyemburkan Champagne tersebut.
Mane kemudiannya menunjukkan isyarat ‘jangan’ dan kemudian berbisik kepada Minamino bahawa beliau tidak boleh menyentuh minuman tersebut atas tuntutan agama.
Totally the best reason to love Sadio Mane pic.twitter.com/2k244oGndY
— Portgas D. Im (@naimazminudin) February 27, 2022
Minamino dengan segera terus menyimpan semula botol Champagne tersebut kerana beliau mahu menghormati perintah agama Sadio Mane.
Mane kemudiannya dilaporkan memberitahu Minamino bahawa bintang Jepun itu boleh meraikan bersama Champagne tersebut selepas tamat sesi bergambar.
Ketika pemain Liverpool lain menyemburkan Champagne itu, Mane jelas sekali sudah terselamat kerana Minamino sudah menyimpan botol Champagne tersebut.
Peminat kemudiannya teruja dan kagum melihat reaksi Naby Keita, Mohamed Salah dan Ibrahima Konate yang segera bersembunyi di belakang pemain lain, ketika botol champagne tersebut dibuka.
Kesemua mereka kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut dan membenarkan rakan sepasukan mereka untuk meraikan kemenangan tersebut dengan Champagne.
Liverpool celebrate their first cup final win at Wembley under Jurgen Klopp 🏆 👏 pic.twitter.com/sMBt20QHGQ
— Football Daily (@footballdaily) February 27, 2022
Kesemua mereka juga tidak terlibat dengan keraian di bilik persalinan kerana tidak mahu rakan sepasukan yang lain rasa bersalah bermain air alkohol tersebut.
4) Henderson, Van Dijk dan Fabinho beri sokongan kepada Minamino
Para pemain Liverpool terutama Jordan Henderson, Virgil Van Dijk dan Fabinho telah menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi dengan meminta para penyokong memberi tepukan yang gemuruh kepada Takumi Minamino.
Ia jelas sekali satu sikap yang sangat terpuji dengan para pemain The Reds memberi dorongan kepada bintang Jepun yang dianggap pemalu itu untuk menjulang Piala di hadapan para penyokong.
Seperti rakaman yang tular di media sosial pada ketika ini, Minamino diraikan oleh rakan sepasukannya dengan meminta beliau menjulang Piala tersebut di hadapan para peminat.
Beliau dalam rakaman tersebut dilihat mengambil Piala dari rakan sepasukannya, Kostas Tsimikas sebelum membawa Piala tersebut ke arah para penyokong.
Takumi Minamino getting to be appreciated 💫🌹 https://t.co/PagwVDTESv
— Fåb (@redfxb) February 27, 2022
Ketika beliau berjalan ke arah penonton, Jordan Henderson, Virgil Van Dijk dan Fabinho dilihat meminta para penyokong supaya memberi tepukan kepada bintang Jepun itu.
Para penyokong kemudiannya memberikan tepukan gemuruh kepada pemain berusia 27 tahun itu dan ia jelas menunjukkan betapa kuatnya ikatan perhubungan mereka sesama pemain.
https://twitter.com/areejx17/status/1498024100920500232?t=K4yB1KiZj1Rv_GiKphcgIg&s=19
5) Keharmonian bilik persalinan Liverpool tidak perlu dipertikaikan
Melihat kepada semua insiden yang berlaku pada hari ini, sudah sangat jelas yang keharmonian bilik persalinan Liverpool tidak boleh dipertikaikan.
Para pemain memiliki ikatan yang benar-benar kuat antara satu sama lain dengan mereka turut menghormati satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang.
Pemain bukan muslim menghargai pemain muslim, begitu juga dengan sebaliknya dan ia sangat indah untuk disaksikan.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1498041172119285760?t=hcO-1qYRp7cYo1w_wDOPgA&s=19
Jurgen Klopp benar-benar berjaya membentuk skuad yang sangat hebat baik di atas mahupun di luar padang.
Budaya di Liverpool sekarang sebenarnya sukar untuk dilihat ada pada pasukan lain, dan ikatan para pemain sebenarnya sudah seperti sebuah keluarga dan bukan hanya sekadar rakan sepasukan.