5 Senarai Semak Tan Cheng Hoe Untuk Skuad Kebangsaan

Seperti yang kita semua sedia maklum, Tan Cheng Hoe adalah pengendali baru skuad kebangsaan Malaysia. Kami menyenaraikan 5 senarai semak berdasarkan kaca mata kami.

1. Pembentukan pasukan dengan model jelas

Setiap jurulatih perlu ada model yang jelas untuk dijadikan rujukan oleh pemain. Sesuatu yang kita lemah selama ini, pemain hanya bermain cemerlang untuk mewakili skuad kebangsaan.

Namun mereka tidak tahu apa aspek yang mereka perlu kuatkan ketika di pusat latihan dalam pasukan masing-masing.

Kita bercerita soal DNA permainan bola sepak, namun belum ada jurulatih yang benar-benar serius dalam membentuk pasukan dengan identiti permainan yang tertentu (recognized).

Beberapa minggu lalu Presiden FAM sudah pun menggariskan isu DNA bola sepak. Baginda menyerahkan tugasan itu kepada Peter De Roo. Sebagai jurulatih utama sekuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe juga harus terlibat dalam usaha memmbantuk DNA ini.

DNA ini akan menjadi rujukan kepada jurulatih lain selepas ini. Seterusnya adalah pendekatan berani untuk memulakan projek pasukan kebangsaan yang lebih muda dari sekarang.

Pemain seperti Safiq Rahim sudah tiba masanya harus digantikan segera dengan bakat muda yang berpotensi. Kita terlalu memerah pemain seperti ini selagi yang kita mampu.

Ini tidak bermaksud kami tidak sukakan Safiq Rahim, kami memberikan contoh bahawa pemain seperti beliau, sudah tiba masanya mereka memberikan perhatian kepada bolasepak di peringkat kelab menjelang fasa akhir karier beliau. Mereka sudah banyak berjasa sebelum ini kepada bola sepak Malaysia.

Safiq Rahim – Foto: Asiana.my

Tan Cheng Hoe harus membentuk pasukan beliau sendiri. Beliau sudah lakukan kerja yang hebat ketika membentuk pasukan Kedah sebelum ini. Jadi, beliau harus lebih tegas dalam membentuk pasukan di bawah acuan beliau.

Jadi, pentingnya juga kerjasama dengan jurulatih di peringkat belia dan remaja terutama sekali Datuk Ong Kim Swee dan Bojan Hodak.

Ini untuk memastikan beliau mendapat pemain ‘core’ kepada pasukan kebangsaan yang beliau kendalikan dan memahami kehendak taktikal serta falsafah bola sepak.

Jadi tiada lagi isu, pemain remaja bermain hantaran rendah, manakala pasukan kebangsaan bermain bola lambung. Keseragaman ini harus diwujudkan untuk memudahkan transisi dan promosi pemain di dalam pasukan sama ada ketika pemain utama ‘off-form’ ataupun sudah menurun prestasi mereka.

2. Karisma

Sudah pastinya kami mahukan seorang jurulatih yang tegas dan berkarisma. Seorang yang boleh bersuara di hadapan media dan juga kepada semua pihak dalam perkara yang berkaita bola sepak.

Misalnya meminta jurulatih di dalam liga Malaysia untuk terlibat dalam projek pasukan kebangsaan dengan membantu menghasilkan penyerang yang berkualiti.

Mampu membuatkan pemain lebih menghormati beliau sebagai jurulatih dan tiada isu pemain manja dan besar kepala di dalam skuad kebangsaan. Tan Cheng Hoe perlu menunjukkan siapa ‘bos’ di dalam pusat latihan dan bilik persalinan Harimau Malaya.

3. Kemenangan pertama

Setiap jurulatih baru memerlukan kemenangan pertama. Jadi, kami merasakan Tan Cheng Hoe boleh mengambil langkah lebih realistik. Sebagai langkah awal, buat perlawanan persahabatan dengan pasukan yang boleh menang.

Pasukan di ranking ke-150 ke bawah adalah lebih realisitik, misalnya Kemboja yang kini berada di ranking lebih baik antara pasukan yang boleh difikirkan untuk dibawa bertemu dalam perlawanan persahabatan.

Pasukan yang ada sekarang berada dalam tahap motivasi yang sangat teruk begitu juga peminat bola sepak tempatan yang sudah lebih setahun tidak merasai kemenangan.

(Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP/Getty Images)

Selepas itu barulah memikirkan mencari lawan yang lebih kompetitif dalam perlawanan persahabatan. Kualiti lawan dalam perlawanan persahabatan sangat penting kerana ia akan memberikan hala tuju kepada pembentukan pasukan yang baik.

4. Sasaran realistik

Buat masa ini, Tan Cheng Hoe harus meletakkan sasaran realistik. Tugasan untuk kelayakan Piala Asia 2019 sudah pun berakhir dan beliau boleh gunakan baki perlawanan untuk memberikan peluang kepada pemain muda merasai perlawanan kompetitif.

Jangan meletakkan sasaran bulan bintang seperti layak ke Piala Asia 2023. Cukuplah misi cuba untuk memperbaiki pencapaian dalam kelayakan Piala Asia 2023 berbanding dengan beberapa percubaan sebelum ini. Jangan pula selepas ini terus memikirkan layak ke Piala Dunia.

Optimistik itu tidak salah tetapi perlu kena pada tempatnya. Tan Cheng Hoe perlu menjadikan diri beliau sebagai asas kepada model pasukan kebangsaan yang lebih baik daripada apa yang kita miliki sebelum ini.

Pastikan beliau lebih baik daripada Vingada. Itu adalah perkara asas yang harus berada dalam KPI seorang jurulatih baru yang menggantikan jurulatih yang sebelum ini dipecat ataupun melepaskan jawatan atas kapasiti bertaggungjawab di atas prestasi pasukan.

5. Naturalisasi

Buat masa ini, kita harus memikirkan isu ini dengan lebih terbuka. Dengan ‘jawatan’ seperti penyerang di dalam pasukan dalam Liga Malaysia ‘dijawat’ oleh pemain asing, kenapa kita tak berikan sahaja tugasan itu kepada mereka untuk bermain atas nama Malaysia.

Sebelum ini, negara seperti Jepun yang xenophobic atauapun taksub dengan negara bangsa mereka pun terbuka menerima naturalisasi dalam pasukan ketika mereka mula dengan projek bola sepak mereka yang berjaya menjadikan mereka kuasa bola sepak Asia yang konsisten.

Hari ini lihatlah di mana mereka? Mereka boleh berdiri dengan bakat mereka sepenuhnya kerana kualiti bola sepak mereka. Tinjauan kami di semuanyaBOLA, ramai peminat bola sepak Malaysia terbuka dalam isu ini.

Setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukan, dan kami lebih melihat naturalisasi buat masa ini lebih kepada langkah untuk membantu skuad Malaysia yang ada pada hari ini.

Semoga berjaya Tan Cheng Hoe

Kepada Coach Ah-Hoe, kami ucapkan selamat maju jaya. Sebagai penyokong bola sepak Malaysia, kami sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anda dan pasukan kebangsaan. Semoga kita mampu memiliki pasukan kebangsaan yang lebih baik selepas ini.

Apa pula kata anda peminat bola sepak di semuanyaBOLA, anda mahu kemukakan hujah anda sendiri? Kami mahu mendengar daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN