5 Sebab Yang Boleh Mengagalkan Usaha Gonzalo Higuain Untuk Tampil Cemerlang Bersama Chelsea

Higuain

Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain berjaya meledak dua gol dengan membantu Chelsea membelasah Huddersfield Town 5-0 di Stamford Bridge.

Jaringan tersebut telah mengembalikan semula keyakinan para penyokong Chelsea yang sebelum ini meletakkan harapan yang tinggi dengan kehadiran penyerang baru mereka itu.

Bagaimanapun, SemuanyaBola ingin menyenaraikan kepada pembaca, 5 sebab yang akan menyebabkan Higuain boleh mengalami kesulitan beraksi di Chelsea.

1. Badi nombor ‘9’

Keputusan memilih nombor 9 sebagai angka pada jersi Higuain adalah satu tindakan berani yang dilakukannya.

Jersi nombor 9 merupakan nombor paling ‘berhantu’ di Chelsea. Hampir keseluruhan penyerang yang memakai nombor 9 telah gagal bersama Chelsea.

Higuain berdepan tekanan yang besar selain perlu memikul tugas sebagai penyerang utama, beliau turut diharapkan dapat mengakhiri episod ‘badi nombor 9’ ini di Stamford Bridge.

2. Bergantung harap 

Pergerakan dan perancangan di bahagian tengah atau sayap pasukan akan memberi kesan pada penampilan Higuain dalam sesebuah perlawanan.

Ianya boleh dibuktikan pada perlawanan menentang Hudderfield Town. Penampilan cemerlang ditunjukkan Hazard, Willian dan Barkley telah berjaya membantu Higuain mengemudi bahagian atas pasukan dengan baik.

Andai kata mereka tidak bersinar dalam perlawanan, ianya akan mengagalkan usaha bagi mencipta hantaran dan bantuan terbaik untuk Higuain mencetak gol.

3. Kurang kepantasan

Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih bersifat fizikal yang memerlukan kepantasan dalam permainan.

Dengan usia 31 tahun, agak sukar bagi Higuain untuk beliau bersaing dengan pemain-pemain muda yang cergas dan memiliki kepantasan dalam larian.

Berbeza seperti beraksi di La Liga mahupun di Serie A, di EPL hampir 70% pemain pertahanan memiliki kepantasan diantara 35.40 km/h sehingga 34.80 km/h.

4. Tidak agresif

Higuain merupakan penyerang yang tidak terlalu agresif. Beliau lebih gemar berada di belakang atau sisi pertahanan lawan dan jarang membantu pasukan dalam membentuk permainan.

Sementara itu, Maurizio Sarri gemar menerapkan taktikal 4-3-3 di Chelsea. Sarri amat memerlukan pemain yang boleh membantu serangan, bermula dari bahagian bawah hingga ke depan.

Dengan gaya permainan Chelsea tersebut, Higuain diramal bakal mengalami kesulitan untuk mengembangkan penampilannya.

Namun, beliau masih mampu untuk menjaringkan gol jika lebih rajin bergerak mencari ruang atau turun membantu mencipta serangan.

5. Hilang dalam perlawanan besar

Walaupun mempunyai kebolehan luar biasa dalam mengemudi barisan hadapan, Higuain mempunyai kecenderungan untuk hilang dalam perlawanan besar.

Banyak contoh yang terjadi sebelum ini dengan menyaksikan Higuain gagal hadir akibat kecederaan dimana ketika itu pasukan amat memerlukan khidmatnya untuk berdepan perlawanan penting.

Ini dibuktikan ketika beliau mewakili Real Madrid pada tahun 2010 dimana khidmatnya terpaksa disisihkan selama 2 bulan akibat kecederaan dibahagian belakang.

Ini juga terjadi ketika bersama AC Milan, apabila kecederaan dihadapinya telah mengangu perancangan Gennaro Gattuso untuk berdepan perlawanan penting pasukan.

Chelsea adalah salah satu kelab besar di dunia. Mereka bersaing untuk memenangi setiap perlawanan yang dihadapi. Oleh itu, setiap pemain yang datang ke Chelsea diberikan harapan yang cukup besar agar mereka sentiasa kekal cergas dalam setiap perlawanan.

Penutup

Higuain sekali lagi akan menjadi tumpuan pada perlawanan ke-26 menentang Manchester City di Etihad.

Perlawanan tersebut juga menjadikan perlawanan ke-4 buat Higuain bersama Chelsea.

Cityzens pasti menjadi ujian terbesar buat Higuain. Beliau harus membuktikan dirinya mampu meneruskan rentak cemerlang bersama The Blues.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN