Senegal sedang dalam usaha untuk menjulang kejuaraan AFCON pertama dalam sejarah negara mereka dengan skuad kendalian Aliou Cisse itu akan turun bertemu Mesir awal pagi nanti.
Kedua-dua gergasi Afrika yang juga merupakan pasukan kegemaran untuk menjuarai saingan AFCON 2021 itu akan turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir di Olembe Stadium, Yaounde, Cameroon.
Kedua-dua pasukan akan sekali lagi dipertemukan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022 nanti dengan hanya salah satu pasukan sahaja yang akan melayakan diri ke Qatar nanti.
So excited for this! 🤩
We're showing the #AFCON final live this evening on @BBCThree and @BBCiPlayer.
Join us at 19:00 (GMT).
— BBC Sport (@BBCSport) February 6, 2022
Senegal berdepan dengan sedikit kesukaran ketika aksi peringkat kumpulan, sebelum mereka tiba-tiba menjadi terlalu dominan dan dengan mudah melepasi pusingan kalah mati untuk mara ke perlawanan akhir.
Mereka mencatatkan kemenangan mudah ketika aksi perlawanan pembukaan bertemu Zimbabwe, sebelum bergelut mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Guinea dan Malawi.
Layak ke pusingan 16 terbaik, Senegal mudah menewaskan Cape Verde 2-0 sebelum menyingkirkan Equatorial Guinea di peringkat suku akhir dengan mencatatkan kemenangan 3-1.
The Terenga Lions kemudiannya berjaya menewaskan Burkina Faso di peringkat separuh akhir, seterusnya melayakkan diri mereka untuk bertemu Mesir dalam aksi perlawanan akhir awal pagi nanti.
Mesir sendiri bergelut untuk melayakan diri ke aksi perlawanan akhir kejohanan pada tahun ini, dengan mereka perlu melalui dua kali aksi penentuan sepakan penalti sebelum mengesahkan tiket untuk bertemu Senegal.
"The future of African football is bright" 🙌
FIFA President Gianni Infantino is looking forward to tonight's #AFCON final between Senegal and Egypt! 🏆 pic.twitter.com/wj0qrcvlhr
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 6, 2022
Berikut merupakan lima sebab mengapa Senegal bakal menewaskan Mesir untuk muncul sebagai Juara saingan AFCON 2021.
5) Mesir tak pernah menang dalam aksi pusingan kalah mati (90 minit)
Mesir berjaya mencatatkan lima kemenangan dari lima perlawanan terakhir mereka dalam saingan AFCON 2021.
Walau bagaimanapun, mereka jelas sekali bergelut dan berdepan dengan kesukaran untuk mencatatkan kemenangan dalam kesemua perlawanan tersebut.
Mesir hanya mampu mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Sudan dan Guinea-Bissau di peringkat kumpulan.
Mereka kemudiannya terpaksa menunggu hingga aksi penentuan sepakan penalti ketika bertemu Ivory Coast di pusingan 16 terbaik kerana kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas beraksi selama 120 minit.
🇸🇳 SENEGAL VS EGYPT 🇪🇬
🇸🇳 SADIO MANE VS MOHAMED SALAH 🇪🇬
YOUR #AFCON2021 FINAL 🏆 pic.twitter.com/A9Ws62mXRg
— GOAL (@goal) February 3, 2022
Mesir kemudiannya berjaya melakukan comeback ketika beraksi bertemu Morocco di peringkat suku akhir dengan perlawanan tersebut juga dimainkan selama 120 minit.
Mesir kemudiannya beraksi bertemu pasukan tuan rumah di peringkat separuh akhir, dan mereka sekali lagi terikat seri tanpa jaringan selepas 120 minit beraksi dalam perlawanan tersebut.
Mesir berjaya menewaskan Cameroon menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-1.
Jentera serangan Mesir jelas sekali sedikit bermasalah di kejohanan AFCON 2021 ini, dan mereka bakal berdepan Senegal yang sedang di tahap persembahan terbaik mereka dalam aksi perlawanan akhir nanti.
Senegal berjaya menjaringkan lapan gol dari tiga aksi mereka di pusingan kalah mati sebelum mara ke perlawanan akhir, dan ia jelas satu hal yang perlu Mesir bimbangkan.
4) Senegal tak ada masalah kecederaan dan memiliki kesebelasan terbaik
Pengurus skuad kebangsaan Senegal, Aliou Cisse hanya membuat beberapa pertukaran sahaja dari skuadnya sepanjang kejohanan AFCON 2021 ini.
Egypt, the most successful team in Africa Cup of Nations history, will take on Senegal, who have never won this tournament, in the final later today.
Here's how #TeamEgypt and #TeamSenegal made it to the #AFCON2021 final👇
🔗: https://t.co/W4lr9izsD4 pic.twitter.com/VNVSA9nNOW
— Al Jazeera English (@AJEnglish) February 6, 2022
Beliau juga dijangka akan menurunkan skuad yang sama sahaja ketika aksi bertemu Mesir nanti, apa lagi kerana mereka langsung tak berdepan krisis kecederaan pemain sepanjang kejohanan kali ini.
Berbeza dengan Mesir yang mana mereka kehilangan pemain midfield, Akram Tawfik yang menderita kecederaan teruk ketika aksi pertembungan bertemu Nigeria.
Ahmed Hegazi juga turut berpotensi untuk tidak diturunkan selepas beliau bergelut dengan masalah kecederaan ketika beraksi bertemu Cameroon sebelum ini.
Penjaga gol utama Mesir, Mohmed El Shenawy turut terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan, namun hal itu tidak membimbangkan mereka kerana penjaga gol simpanan Mohamed Abou Gabal turut mampu pamer aksi yang menakjubkan.
Dengan mereka terpaksa bermain 120 minit sepanjang aksi pusingan kalah mati, Mesir jelas sekali memiliki ramai pemain yang sedang kepenatan.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1490029119697997824?t=FLNxDJcbsj8cOguraZB9cw&s=19
3) Tiada kelibat Carlos Queiroz di tepi padang
Pengurus Mesir, Carlos Queiroz merupakan individu penting yang merencana corak permainan skuad Mesir.
Pengurus dari Portugal itu telah mengendalikan pelbagai pasukan di seluruh dunia dengan beliau turut pernah menjadi pengurus Real Madrid pada musim 2003/04.
Beliau juga turut pernah menjadi pembantu kepada Sir Alex Ferguson di Old Trafford pada era 2000an dan kini beliau merupakan pengurus yang sedang mengendalikan skuad kebangsaan Mesir.
Malang untuk Mesir, mereka akan terpaksa beraksi dalam perlawanan akhir nanti tanpa kelibat Carlos Queiroz yang terpaksa duduk di tempat duduk penonton kerana menjalani hukuman penggantungan.
Beliau telah dilayangkan kad merah ketika aksi bertemu Cameroon sebelum ini, dan Carlos Queiroz akan perlu melalui hukuman penggantungan dua perlawanan.
Focus 💪🏿🇸🇳#SENEGY | #CAN2021 pic.twitter.com/MTsqbcTI8J
— 𝗝𝗼𝘂𝗲𝘂𝗿𝘀 𝗦𝗲́𝗻𝗲́𝗴𝗮𝗹𝗮𝗶𝘀 🇸🇳 (@JoueursSN) February 6, 2022
Lebih teruk lagi, pembantu Queiroz juga turut sedang berdepan hukuman penggantungan selepas beliau dilayangkan kad merah ketika aksi peringkat suku akhir.
Oleh yang demikian, skuad Mesir akan terpaksa menguruskan diri sendiri dan hanya berharap bantuan dari barisan kejurulatihan sahaja yang akan ada menemani mereka.
2) Senegal lebih bersedia dengan pemain cukup rehat
Senegal berjaya mengharungi aksi peringkat kalah mati dengan menewaskan lawan mereka pada masa sebenar perlawanan.
Mereka juga turut memiliki kelebihan rehat satu hari lebih lama kerana sudah lebih awal melayakan diri ke perlawanan akhir sebelum Mesir.
Mesir bermain perlawanan di peringkat separuh akhir bertemu Cameroon pada hari Khamis lalu, dan mereka dalam perlawanan itu terpaksa bermain hingga ke aksi penentuan sepakan penalti.
Mereka bermain selama 120 minit dalam semua perlawanan di peringkat kalah mati dan jelas sekali Senegal akan berdepan dengan lawan yang sedang kepenatan.
"These two boys are warriors" 💪
Jurgen Klopp on Liverpool duo Mohamed Salah and Sadio Mane, who face each other in the #AFCON final tonight as Egypt take on Senegal – live on Sky Sports 🏆 pic.twitter.com/ZlmnMnfyEQ
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 6, 2022
1) Mesir terlalu bergantung kepada Mohamed Salah
Mohamed Salah jelas sekali gagal untuk mempamerkan aksi persembahan mantap seperti yang beliau pamerkan bersama Liverpool di kejohanan AFCON kali ini.
Pemain berusia 29 tahun itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dan turut mencatatkan satu assists dari enam penampilan sepanjang kejohanan tahun ini.
Mesir bergelut untuk mencari gol dan mereka jelas sekali perlu melakukan banyak lagi kerja keras untuk membina gandingan mantap yang boleh digandingkan dengan Mohamed Salah.
Salah turut tidak berada di tahap persembahan terbaiknya ketika bertemu Cameroon sebelum ini dan para penyokong Mesir jelas sekali berharap beliau akan kembali menemui sentuhan terbaiknya ketika bertemu Cameroon.
Melainkan Salah benar-benar mampu untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya pada awal pagi nanti, Mesir jelas sekali akan bergelut untuk melepasi barisan pertahanan Senegal.
Egypt manager Carlos Queiroz wasn't happy with Bakary Gassama.
Do you agree with him? 🤔 pic.twitter.com/0myAsl0nyA
— KingFut.com (@King_Fut) February 4, 2022
Senegal boleh dikatakan sempurna di setiap posisi dengan mereka memiliki ramai pemain berprofil tinggi dalam kesebelasan utama mereka.
Bintang handalan Senegal, Sadio Mane sendiri turut sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan beliau merupakan pemain terbaik dalam semua perlawanan di peringkat kalah mati.
Sadio Mane berjaya menjaringkan dua gol dan turut mencatatkan dua assists dari tiga perlawanan terakhirnya di peringkat kalah mati saingan AFCON 2021.