Penyerang Watford, Troy Deeney Beritahu 5 Sebab Mengapa Leicester Sukar Ditewaskan

Selepas kemenangan 2-0 menentang Sunderland semalam, Leicester kini hanya perlu mengutip 9 mata lagi untuk menjamin kejuaraan liga.

Mereka kini mempunyai kelebihan 7 mata berbanding Tottenham Hotspurs yang berada di tangga kedua, dengan liga hanya berbaki 5 perlawanan sahaja lagi.

Ketika ini semua peminat bola sepak mahu tahu rahsia kejayaan Leicester. Dalam artikel The Players Tribune, pengurus Leicester Claudio Ranieri mendedahkan 4 rahsianya – Vardy, Kante, piza dan penyokong.

Penyerang Watford, Troy Deeney mendedahkan 4 lagi sebab mengapa Leicester sukar ditewaskan selepas mereka menang 2-1 menewaskan Watford pada bulan Mac 2016.

Sebab 1 – Huth sukar ditewaskan

Menurut Troy Deeney, Roberth Huth adalah pemain pertahanan paling sukar yang beliau hadapi pada musim ini.

“Huth adalah jenis pertahanan yang akan mengasari anda pada awal-awal permainan, untuk mengingatkan anda bahawa inilah yang bakal anda terima daripadanya sepanjang 90 minit.”

“Bila ada peluang, saya buat (mengasari) juga untuk mengingatkan Huth yang saya juga takkan berlembut. Dia langsung nampak tak kisah.”

Bagi Deeney, Huth adalah jenis pertahanan tengah ‘old school’ – pertahanan yang suka bertarung secara fizikal.

“Saya cukup tak suka main lawan beliau. Dia tanduk, sepak, tolak – semua dia buat – asalkan bola tak masuk kawasan tengah.”

Sebab 2 – Sukar tarik pertahanan tengah keluar dari posisi

Sebagai penyerang, salah satu tugas Deeney adalah mengetuai jentera serangan Watford dan cuba memenangi pertarungan fizikal dengan Huth dan (Wes) Morgan apabila bola dimainkan ke hadapan.

“Selain itu, saya juga bertanggungjawab menarik pertahanan tengah keluar dari posisi mereka untuk mencipta ruang untuk rakan sepasukan saya di tengah.”

“Tapi semasa menentang Leicester, ia sukar dilakukan kerana pertahanan tengah mereka tak mahu terdedah dalam situasi 1v1.”

“Bila Watford dapat bola di kawasan sayap, Huth dan Morgan lebih rela membiarkan kami mendapat bola tersebut. Mereka lebih menumpukan perhatian untuk mengeluarkan hantaran lintang berbanding menghalang hantaran lintang.”

“Huth dan Morgan mengambil dua posisi – seorang di kawasan near post, seorang lagi di kawasan tengah kotak penalti.”

Sebab 3 – Bek kiri dan kanan Leicester bermentaliti defensif

Satu lagi sebab mengapa pertahanan Leicester sangat kukuh adalah bek kiri dan kanan mereka yang bermentaliti defensif.

“Kebanyakan full back di Premier League sekarang suka naik atas untuk menyerang. Bagi saya, full back sebegini lebih senang untuk saya serang.”

“Mereka lebih suka menyerang. Tapi dalam aspek pertahanan, tak ramai yang betul-betul solid seperti Danny Simpson dan Christian Fuchs.”

“Ya, mereka pun boleh tolong bahagian serangan juga seperti yang Fuchs lakukan dengan hantaran lintangnya semasa menang lawan Southampton. Tapi jika dia naik, anda boleh nampak Simpson akan turun di sebelah kanan.”

“Seluruh pasukan tahu kerja mereka, dari atas sampailah bawah. Dan mereka bekerja keras juga.

“Lihatlah apa yang Shinji Okazaki lakukan setiap kali dia bermain. Tak hairanlah dia merupakan pemain yang paling kerap digantikan kerana dia tak berhenti lari setiap kali bermain.”

“Leicester masih main bola sepak gaya serangan balas di perlawanan home dan away. Dan mereka bertambah mahir bermain sebegini. Saya boleh nampak kenapa mereka hanya kalah 3 perlawanan liga setakat ini.”

Sebab 4 – Kante dan Drinkwater langsung tak beri ruang di tengah

Deeney turut memuji impak tengah yang diberikan oleh N’golo Kante dan Danny Drinkwater terutamanya ketika Leicester diserang.

“Bila saya dapat bola, saya perlu kekalkan penguasaan bola untuk diberikan kepada rakan sepasukan saya. Tapi semasa lawan Leicester, kerja ringkas itu menjadi sangat sukar.”

“Di belakang, saya mempunyai Huth yang sentiasa memberikan saya tekanan. Kemudian Kante dan Drinkwater pula akan datang menghurungi saya macam lebah.”

“Kante sentiasa berada di mana-mana. Jika dia berehat sekejap – sesuatu yang jarang dia lakukan – Drinkwater pula akan gantikan tugas dia.”

Info: Kante sudah melakukan 130 pintasan hantaran (interceptions) dan 139 bentesan (tackles), paling banyak daripada mana-mana pemain di liga England, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis.

“Mana-mana pasukan yang mahu menyerang Leicester dari tengah, perlu melepasi dua pemain ini dulu.”

Sebab 5 – Membiarkan hantaran lintang masuk merupakan taktik serangan balas mereka

“Dengan Kante dan Drinkwater di hadapan Morgan dan Huth, Leicester memang mahu pasukan lawan menyerang mereka dari kawasan sayap, dan menjemput mereka untuk membuat hantaran lintang.”

“Kalau pasukan lain tak mahu hantaran lintang masuk kerana takut pemain lawan serang kawasan back post, Leicester tak kisah kerana mereka mempunyai Simpson dan Fuchs yang hebat menanduk bola.”

“Pasukan lain yang mempunyai full back kecil yang suka menyerang sudah pasti tak mahu hantaran lintang masuk. Leicester tak mempunyai masalah ini dengan Simpson dan Fuchs.”

“Mengajak pasukan lawan untuk membuat hantaran lintang juga merupakan strategi mereka.”

Info: Leicester sudah membiarkan 341 hantaran lintang masuk ke kotak penalti mereka, paling banyak dalam liga dan 51 lebih daripada pasukan di tempat kedua. Hanya 61 hantaran lintang yang gagal dikeluarkan pertahanan Leicester.

“Bila pasukan anda mula teruja naik atas dan semakin banyak hantaran lintang dibuat, Leicester akan gunakan kelajuan Jamie Vardy untuk lancarkan serangan balas.”

Artikel asal ini boleh dibaca di sini. Artikel ini merupakan transkrip perbualan Troy Deeney dengan wartawan BBC Sport, Chris Bevan.

Baca juga: Claudio Ranieri Beritahu 4 Rahsia Kejayaan Leicester City: Vardy, Kante, Pizza, Penyokong

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN