5 Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Jejak Warriors

Jika anda seperti kami – bosan dengan filem cinta, komedi ringan, dan hantu tempatan – filem Jejak Warriors menawarkan tema filem yang segar. Bola sepak dan persaudaraan.

Langkah syarikat penerbitan U2 Media sangat berani. Mereka mempertaruhkan modal RM2 juta untuk filem ini.

Filem ini juga siap di kala prestasi Kelantan di Liga Super masih terumbang-ambing. Tak ramai penyokong Kelantan yang akan menonton filem ini jika Kelantan asyik kalah.

Mujurlah Kelantan menutup tirai Liga Super dengan kemenangan 4-3 ke atas Sarawak.

Kemudian, ada lagi risiko salah tanggap orang ramai tentang filem ini. Ya lah, mengapa penyokong Selangor perlu menonton filem tentang Kelantan?

Jadi kami berikan anda 5 sebab mengapa penyokong pasukan lain juga perlu menonton Jejak Warriors. Bermula 27 Ogos 2015 nanti.

1. Filem untuk semua peminat bola sepak

Pada awalnya filem ini dinamakan The Red Warriors: The Movie. Kemudian, ianya diubah kepada Jejak Warriors selepas perbincangan antara pengarah dan kru produksi filem dilakukan.

red_warrior_full_movie

Daripada filem berlatar belakangkan sejarah The Red Warriors, Jejak Warriors diubah menjadi filem bertemakan persaudaraan dalam bola sepak.

Ia sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kesukanan. Ia juga relevan untuk semua penyokong pasukan bola sepak tempatan. Sama ada anda penyokong Kelantan atau tidak.

2. Pengarah berprofil tinggi

teong hin

Pengarah kepada filem Jejak Warriors adalah Saw Teong Him. Anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah mengarah filem Puteri Gunung Ledang – filem tempatan pertama yang layak ke Festival Filem Venice.

Puteri Gunung Ledang juga pernah disenaraikan dalam calon anugerah Academy Awards di Amerika Syarikat.

Saw Teong Him sudah lebih 20 tahun terlibat dalam dunia perfileman. Antara filem lain yang pernah diarahkan oleh beliau adalah Apa Kata Hati (2008) dan Hoore Hoore (2012). Beliau juga aktif mengarah pementasan teater di Istana Budaya.

Pada pengamatan kami, kesemua filem dan pementasan arahan beliau sarat dengan isi. Bukannya ‘kosong’ dan remeh-temeh. Seperti yang banyak tersaji di pawagam kebelakangan ini.

3. Dibintangi bintang-bintang besar dunia perfileman

Beberapa pelakon terkemuka tanah air turut membarisi filem ini. Antaranya adalah pemenang anugerah pelakon Wanita Baru Terbaik FFM ke-24, Nadiya Nisaa. Nadiya bergandingan dengan pelakon remaja, Aliff Firdaus sebagai watak utama.

11838607_1643316822581523_1240899821293702438_o

Selain itu, Pekin Ibrahim, Allahyarhan Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Bell Ngasri dan Amir Raja Lawak turut membintangi filem ini.

JW15

Watie Elite, Syuk, Radhi Khalid dan Sabri Yunus juga terlibat sebagai pelakon pembantu. Gabungan pelakon-pelakon veteran bersama muka baru menjadikan filem ini segar.

4. Menggunakan pemain bola sepak teraju utama

JW08

Antara kelainan yang dibawa oleh filem Jejak Warriors adalah membariskan pemian bola sepak sebenar sebagai pelakon. Antara pemain Kelantan yang membintangi filem ini adalah Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam.

Penyerang lagenda Kelantan era 90-an, Hashim Mustapha turut membuat penampilan istimewa. Turut menyertainya adalah pemain-pemain JDT. Antaranya Daudsu Jamaluddin dan Nurul Azwan Roya.

11796172_1638148496431689_880967008555183874_n

Khabarnya pemain-pemain Kelantan telah masuk kelas lakonan untuk menjiwai karakter mereka. Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Fakri Saarani dikatakan paling selesa beraksi di depan kamera!

5. Filem didedikasikan kepada Allayarham Harun Salim Bachik

aaron slam batch

Agak menyedihkan apabila salah seorang pelakon Jejak Warriors, Allahyarham Harun Salim Bachik tidak sempat menonton hasil lakonannya.

Allayarham Harun meninggal  dunia akibat masalah jantung selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak awal Mac lalu.

Menurut pengarah filem, Saw Teong Him:

“Walaupun dia (Allahyarham Harun) sudah pergi, tetapi semangatnya tetap bersama kami. Jejak Warriors merupakan filem ketiga kami bekerjasama dan tidak sangka ia adalah yang terakhir.”

“Dia juga telah meninggalkan seni lakonan yang sangat mantap. Saya bersama produksi yang lain mahu mendedikasikan filem ini kepada Harun.”

Tayangan

Jejak Warriors akan ditayangkan di lebih 60 buah pawagam di seluruh Malaysia mulai 27 Ogos ini.

Bagi peminat yang ingin menyaksikannnya di Kelantan, tayangan perdana filem tersebut dilangsungkan di Stadium Muhammad Ke-IV pada 28 dan 29 Ogos pada jam 9.00 malam.

tayangan di kota bharu

Ayuh kita ke panggung!

Baca: FILEM BOLA SEPAK MALAYSIA: MAMPUKAH IA MENGUBAH MINDSET MASYARAKAT KITA?

Sumber: Jejak Warriors Facebook

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN