5 Sebab Kenapa Melaka United Berhak Menjadi Juara Liga Perdana 2016

Melaka United akan menentukan kejuaraan Liga Perdana 2016 dalam 3 perlawanan terakhir. Lebih manis apabila perlawanan terakhir mereka (vs Sime Darby) akan berlangsung di tempat sendiri.

Satu-satunya pesaing kejuaraan liga mereka adalah JDT II.

Tetapi untuk menghalang Melaka United menjadi juara, JDT II perlu menang baki 3 perlawanan dan mengharapkan Melaka United kalah baki 3 perlawanan!

Ini boleh dikatakan sesuatu yang mustahil jika dilihat kepada prestasi semasa mereka ketika ini.

Berikut adalah 5 perkara yang menjadi asas kejayaan Melaka United sebagai calon pendahulu untuk menjuarai Liga Perdana 2016.

l. Spasogoal

_had5419-1
Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Tidak dapat dinafikan mereka beraksi sangat baik secara berpasukan. Namun tanpa penyerang berbisa yang konsisten, mereka tidak akan menikmati prestasi sekarang.

Ilija Spasojevic adalah antara pembelian import terbaik dalam liga Malaysia musim ini. Kini beliau sudah berjaya menjaringkan 23 gol!

Untuk liga yang melibatkan 12 pasukan dengan jumlah perlawanan yang kurang 30 perlawanan semusim, penanda aras untuk penyerang yang berbisa adalah 15 gol ke atas.

2. Konsistensi

Mereka hanya tewas sekali sahaja dalam Liga Premier musim ini (kalah 1-2 kepada Perlis dalam perlawanan petang yang bersuhu 39ºC).

Sebelum tewas kepada Perlis, Melaka United tidak tewas dalam 9 perlawanan terawal musim dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 3 seri.

Selepas itu mereka mengamuk dengan 9 kemenangan berturut-turut.

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Ia rekod kemenangan berturut-turut terbanyak mereka musim ini mengatasi rekod 6 kemenangan berturut-turut yang kali terakhir dicipta Melaka pada tahun 2003!

Ia juga satu rekod yang hebat kerana sebelum ini pada musim 2005 mereka pernah tewas dalam 12 perlawanan berturut turut.

Melaka United mungkin boleh menggantikan rekod itu dengan 12 kemenangan berturut-turut sekiranya menang kesemua baki 3 perlawanan mereka.

3. Ketajaman di depan gol

Hanya sekali sahaja Melaka United gagal menjaringkan gol iaitu ketika seri 0-0 menentang Negeri Sembilan pada perlawanan ke-4 Liga Premier.

Selepas perlawanan tersebut mereka tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 15 perlawanan!

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Rekod kemenangan terbesar mereka adalah 0-6 ke atas ATM. Kemenangan terbesar mereka di tempat sendiri adalah 3-0 menewaskan Sabah.

Purata gol untuk setiap perlawanan mereka setakat ini adalah 2.37 gol per perlawanan. Ia jumlah yang besar untuk mengatasi purata bolos 1.05 gol per perlawanan.

4. Pembentukan pasukan

Pada awal musim Melaka United melakukan transaksi perpindahan yang berimpak besar dengan nama-nama seperti Ilija Spasojevic, Labinot Harbuzi, See Kok Luen, Khair Jones dan R.Surendran.

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Mereka membeli pemain atas kapasiti keperluan pasukan dan juga penilaian yang tepat oleh pemantau bakat mereka.

Ini adalah kesinambungan daripada projek mereka pada awal musim 2015 lagi di mana mereka mahu layak ke Liga Perdana untuk musim 2016.

Pada musim ini pula mereka mensasarkan akan mara ke Liga Super 2017.

Kerjasama yang mantap antara staf pengurusan kelab, kejurulatihan dan pemain membentuk keharmornian dalam kem Melaka United.

Tidak dinafikan kehadiran pemain-pemain berkualiti dan keputusan di atas padang yang positif telah menguatkan lagi keharmonian pasukan.

Para penyokong Melaka United juga tak terkecuali menyumbang peningkatan pasukan mereka.

Adalah diharap fenomena ini berterusan pada musim hadapan apabila mereka beraksi di Liga Super pada musim depan.

5. Keputusan dalam perlawanan penting

Dalam mengejar kejuaraan liga, sesebuah pasukan perlu mengelakkan daripada kalah atau seri terlalu banyak ke atas pasukan pertengahan dan bawahan liga.

Ramai pengurus di Eropah percaya bahawa untuk menjadi pencabar kejuaraan, adalah penting untuk tidak kalah dalam perlawanan berdepan pencabar utama dan mengumpul seberapa banyak mata yang boleh ke atas perlawanan ‘boleh menang’.

Berdasarkan kedudukan terkini, kami mengelaskan 3 pasukan utama yang menjadi pencabar mereka adalah JDT II, PKNS dan Kuala Lumpur.

Gamabr oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Gamabr oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Berdasarkan rekod mereka pada musim ini, Melaka United sudah mengutip 12 daripada 18 mata maksimum menentang 3 pencabar terdekat mereka ini.

vs. PKNS: 3/6 mata (ada baki 1 perlawanan)
vs. JDTII: 3/6 mata (ada baki 1 perlawanan)
vs. Kuala Lumpur: 6/6 mata

Menentang 2 lagi pasukan yang pada awalnya dijangka akan memberikan cabaran kejuaraan iaitu Perlis dan juga Negeri Sembilan, Melaka United juga tidak menegcewakan.

Mereka mengutip 7 daripada 12 mata maksimum.

vs. Negeri Sembilan: 4/6 mata
vs. Perlis: 3/6 mata

Setakat perlawanan ke-19 mereka mendapat 33 mata daripada maksimum 38 mata. Ia satu pencapaian yang sangat mengagumkan bagi sebuah pasukan yang baru dipromosi ke Liga Perdana pada musim ini.

Kesimpulan

Melaka United sangat hampir untuk menjuarai Liga Premier musim ini. Ia pasti menjadi detik yang terbaik untuk meraikan promosi mereka ke Liga Super pada musim depan.

Kepada penyokong-penyokong Melaka United, seluruh staf pengurusan dan kejurulatihan, anda telah melakukan sesuatu yang terbaik pada musim ini.

Kami mengharapkan akan ada keraian istimewa daripada ultras dan penyokong Melaka di Stadium Hang Jebat pada malam ini.

Baca juga: Illija Spasojevic: 5 Gol Sepanjang Julai 2016 Beri Sebab Kenapa Beliau Dipanggil ‘Spasogoal’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN