5 Sebab Kegagalan England Dalam Piala Eropah 2016

Masih belum terlambat rasanya untuk pihak kami menyenaraikan 5 perkara penting yang menjadi sebab kenapa England agak hambar dalam pusingan akhir Piala Eropah 2016 meskipun mereka satu satunya pasukan yang 100% menang di peringkat kelayakan.

1. Badi perlawanan pembukaan dan perlawanan boleh menang

England masih gagal memenangi mana mana perlawanan pembukaan dalam kejohanan Eropah. Mereka hampir memperbaikinya dalam Euro kali ini namun jaringan minit minit akhir Russia menafikan 3 mata mereka.

Ia juga kerana sikap pemain England sendiri yang mudah berpuas hati dengan 1 gol. Mereka tidak meningkatkan usaha untuk cuba mencari gol kedua atau gol pembunuh.

Seterusnya adalah badi ketika menentang pasukan yang sepatutnya boleh dikalahkan. Ini termasuk kekalahan yang mereka gelarkan ‘paling teruk dalam sejarah’, ketika tewas kepada Iceland.

Mereka juga gagal menewaskan Slovakia dalam peringkat kumpulan dek kerana masalah kreativiti di serangan.

2. Taktikal, formasi dan pasukan utama

Roy Hodgson telah gagal menyediakan 2 aspek ini lebih awal. Beliau sendiri menentukan peranan pemain seperti Wayne Rooney pada berberapa siri perlawanan pemanas badan.

Dalam erti kata lain, England gagal menentukan recognized tactic & first team players lebih awal. Ia temasuk dengan in game management seperti isu Harry Kane sebagai pengambil sepakan penjuru.

Seterusnya adalah isu formasi. 4-3-3 adalah pilihan Roy Hogdson. Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang prejudis akan kemampuan beliau untuk menguruskan formasi yang bukan English Style of Football.

Ini kerana falsafah dan pendekatan Roy yang kita semua tahu beliau bukanlah modern tactician yang boleh menguruskan 4-3-3 dengan attacking 3 seperti Sterling, Lallana dan Kane.

3. Pemain utama tidak menyerlah dalam kejohanan sebenar

Roy Hodgson gagal mendapatkan yang lebih baik daripada berberapa pemain utama beliau. Raheem Sterling antara pemain yang sangat teruk dalam kejohanan kali ini.

Sterling banyak melepaskan peluang gol ketika menentang Russia dan Wales. Beliau juga banyak kehilangan bola dan kalah ketika duel.

Harry Kane gagal menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan kali ini sedangkan beliau antara penyerang no.9 terbaik di Eropah musim liga yang lalu dan di peringkat kelayakan.

Ada juga menyatakan Kane tak diurus dengan betul dan terlalu banyak perlawanan musim ini.

Joe Hart melakukan 2 poor goalkeeping dalam kejohanan kali ini. Pertamanya, ketika ditewaskan Bale dari jarak 30m dan kedua adalah tepisan lemah yang membuatkan Iceland meraikan gol kemenangan.

Gary Cahill dan Smalling di peringkat kumpulan banyak berdepan dengan pasukan yang lebih pasif termasuk Wales, ketika menentang England.

Namun apabila berdepan ancaman, gandingan center back ini agak rapuh, walaupun dalam peringkat kelayakan mereka cemerlang.

Pemain seperti Jack Wilshere agak sukar memberikan aksi maksima kerana masalah matches fitness, namun beliau boleh dikatakan beraksi lebih baik daripada berberapa bintang lain ketika menentang Iceland.

4. Ketumpulan serangan

Sistem 4-3-3 dengan pelbagai masalah kepada sistem serangan England kerana kelemahan dalam team preparation & in game management.

Dalam kejohanan kali ini , 50% gol England adalah melalui situasi bola mati, iaitu gol sepakan percuma Dier dan gol penalti oleh kapten Rooney.

1 gol pula kerana ehsan defensive error oleh William yang memberikan bola kepada Vardy yang berada di posisi ofsaid. Namun gol diberikan kerana ia kesilapan William.

Mereka cuma ada 1 team goal menerusi Daniel Sturridge yang menjadi antara penggempur klinikal mereka kali ini.

Namun sayangnya Sturridge banyak diarahkan bermain di wide area. Hodgson tak mampu  memilih siapakah yang beliau patut turunkan sebagai target man.

Beliau juga gemar menurunkan 2 target man dalam satu masa dan tidak mahu bermain 4-4-2 atau 4-1-3-2. Kesannya, Harry Kane ada limitasi dari segi servis terutama dari wide area.

Isu Width England kali ini sangat lemah. Mereka terlau berharap kepada 2 fullback mereka untuk bermain secara progresif. Raheem Sterling lebih bemain sebagai narrow dan dia bukanlah crosser.

Mujurlah Kyle Walker dalam prestasi yang baik untuk menjadi antara pemberi servis yang kerap bersama sama dengan Adam Lallana.

Pemain serangan England juga banyak mensia siakan peluang. Antara contoh adalah, Sterling gagal menyempurnakan sitter ketika menentang Wales. Vardy gagal menjaringkan gol menentang Slovakia.

Deretan lagi peluang yang tidak disempurnakan termasuk berberapa peluang Adam Lallana yang melakukan cubaan terus ke penjaga gol lawan.

5. Perjudian (gamble) Roy Hogdson gagal

Roy Hogdson jelas sekali agak gamble dalam kejohanan kali ini. Bermula dengan penyenaraian 25 pemain skuad England pada pra-kejohanan sehinggalah ke pengurusan pasukan dan taktikal di dalam perlawanan.

Beliau menyenaraikan berberapa not fully fit player seperti Jordan Henderson, Jack Wilshere dan Daniel Sturridge.

Seterusnya adalah, tidak membawa defensive midfielder tulen selepas Eric Dier. Beliau menyisihkan pemain seperti Drinkwater dan Mark Noble.

Hogdson enggan menilai perbezaan statistik antara Hart dan Froster dalam berberapa perlawanan terakhir sebelum ke Piala Eropah.

Roy juga gagal menyelesaikan isu konflik positioning Rooney dan Dele Alli. Dalam satu analisis opta, Dele Alli akan kurang efektif bila bermain di wide area.

Itu yang terjadi apabila Rooney ada di dalam padang. Roy Hodgson harus memilih siapakah pilihan utama beliau.

Jika beliau rasakan lebih perlukan Rooney kerana beliau adalah kapten, maka rehatkanlah Alli. Jika beliau mahukan kedua dua pemain di dalam padang maka carilah sistem yang sesuai seperti 4-4-2 dengan sistem diamond sebagai contoh dan Dele Alli di center attacking midfielder.

Beliau juga mungkin boleh menggunakan 4-2-1-3 dengan Rooney di holding midfielder dan Alli di center attacking midfielder.

Hodgson berterusan menurunkan pemain yang gagal menyerlah seperti Kane dan Sterling dan mengambil keputusan yang lambat untuk mengeluarkan pemain yang gagal menyerlah ketika pasukan dalam situasi mesti menang.

Dalam perlawanan Wales, gamble beliau untuk menukarkan set serangan pada separuh masa kedua menjadi.

Namun, dalam perlawanan menentang Slovakia, beliau menurunkan second team, dikala pasukan mereka masih tak ada jaminan apa apa. Mujurlah Slovakia bermain defensif.

Selamat Tinggal England !

MARSEILLE, FRANCE - JUNE 11: Eric Dier of England shows his dejetion after his team's 1-1 draw in the UEFA EURO 2016 Group B match between England and Russia at Stade Velodrome on June 11, 2016 in Marseille, France. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Rumusan akhir kami adalah, ia adalah satu kegagalan yang memalukan untuk pasukan yang berpublisiti tinggi seperti England.

Kegagalan Roy Hogdson dalam menyediakan pasukan utama terbaik sebelum kejohanan bermula antara punca pasukan ini masih tercari cari rentak dalam kejohanan sebenar.

Ia adalah kejohanan yang untuk dilupakan oleh semua peminat England. Roy Hogdson telah meletak jawatan sejurus kekalahan kepada Iceland.

Ia adalah harga untuk dibayar oleh Roy dan para pemain beliau. Skrip yang sama, England masih gagal menjuarai Piala Eropah.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Roy Hodgson Jelaskan Kenapa Harry Kane Mengambil Sepakan Sudut England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN