Sebenarnya tidak ada jawapan yang tepat kepada persoalan, mana satukah liga terbaik di dunia? Terdapat banyak langkah-langkah yang berbeza untuk mengukur jawapan kepada soalan ini.
Tetapi Bundesliga mempunyai 5 kriteria untuk menjadi liga terbaik di dunia. Di negara yang merupakan juara bertahan Piala Dunia, dan juga kelab-kelab utamanya yang mempunyai daya penarik untuk menarik perhatian jutaan peminat.
Ini adalah 5 sebab mengapa anda boleh katakan Bundesliga sebagai liga terbaik di dunia ini.
5. Daya Saing
Saya antara orang yang gemar menonton perlawanan Bundesliga dan sering juga mengikuti perlawanan-perlawanan melibatkan permainan juara bertahan iaitu Bayern Munich serta pasukan seperti RB Leipzig dan juga TSG 1899 Hoffenheim.
Ketika saya membaca sebuah artikel dari CNN, pemain penyerang Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang memberitahu bahawa Bundesliga adalah liga paling susah di dunia!
Aubameyang pernah bermain di Perancis, Itali dan Jerman mengakui semasa beliau di Perancis pasukan yang pernah beliau bermain untuk kadang-kadang gembira dengan hanya bermain untuk seri.
Kemudian dia ketawa sambil berfikir keadaan berbeza di Bundesliga.
“Tiada peluang. Di sini, semua orang mahu menang.”
Walaupun pemain cenderung untuk bercakap mengenai liga mereka bersaing, bagaimanapun UEFA menyenaraikan Jerman di tempat ke-2 di belakang Sepanyol dalam pengiraan mata “coefficient” untuk menentukan liga yang terbaik berdasarkan keputusan kelab-kelab yang bermain di Eropah.
Bundesliga juga menunjukkan satu kajian (yang dijalankan oleh “badan penyelidikan bebas”) membandingkan data daripada 32 ribu perlawanan dari 7 liga di Eropah sejak 15 tahun yang lalu.
Data menunjukkan 4 daripada 5 musim yang lalu, keputusan Bundesliga adalah yang paling tidak dapat diramalkan walaupun Bayern Munich telah menjadi juara empat tahun berturut-turut.
4. Nilai Komersil
Sekiranya anda pernah melihat bagaimana pusat latihan Bayern Munich di selatan bandaraya Munich, anda pasti akan terkejut apabila mendapati fasiliti latihan untuk kelab terbesar Jerman hanya terletak di tepi jalan yang banyak pokok berhampiran dengan pusat bandar.
Ia mungkin tidak kelihatan menarik seperti beberapa pusat latihan kelab-kelab yang terkemuka Eropah yang lain.
Ini tidak bermaksud Bayern Munich tiada wang, tradisi adalah penting untuk pasukan seperti Bayern yang dengan bangganya membolehkan peminat untuk menonton skuad diletakkan melalui paces.
Menurut kajian tahunan oleh Deloitte, Annual Review of Football Finance 2016 menyenaraikan Bundesliga di tempat ke-2 di belakang Premier League dalam pendapatan pendapatan kasar.
Kelab-kelab Bundesliga membuat lebih daripada €2.4 bilion pada musim 2014/15 berbanding dengan €4.4 bilion dijana Premier League.
Namun begitu, Forbes menganggarkan bahawa perjanjian televisyen domestik Bundesliga pada €670 juta setahun.
Ia adalah yang paling rendah daripada 5 liga utama Eropah dan hampir 4 kali kurang nilainya daripada Premier League.
CEO Bundesliga, Christian Seifert juga mengakui bahawa Bundesliga kini adalah di bawah nilai sebenarnya di peringkat antarabangsa dan perjanjian hak penyiaran adalah salah satu perkara yang perlu ditambah baik.
3. Pemilikan
Bundesliga mempunyai peraturan yang ketat ke atas pemilikan kelab iaitu ‘50+1’.
Ini telah menjadi perkara yang diperdebatkan bahawa peraturan ‘50+1’ ini mengehadkan sejumlah pelaburan komersial untuk masuk melabur di Bundesliga.
Perkara ini semakin diperdebatkan berbanding tahun-tahun sebelum ini dengan kebangkitan mendadak RB Leipzig yang sedang berada di tempat ke-2 Bundesliga.
Dibeli pada tahun 2009 oleh syarikat minuman global gergasi Red Bull, RB bermaksud RasenBall Sport atau Sukan Boling Padang kerana mereka tidak dibenarkan untuk menamakan kelab dengan menggunakan nama syarikat korporat.
Hanya dua pasukan tradisional di Bundesliga sahaja yang dipunyai dengan syarikat korporat.
Pasukan tersebut adalah Bayer Leverkusen yang dipunyai syarikat kimia gergasi Jerman iaitu Bayer dan VfL Wolfsburg yang mana kelab mereka ditubuhkan oleh Volkswagen pada tahun 1938.
Tiada keraguan bahawa Red Bull telah menyumbang kepada kejayaan RB Leipzig yang mendaki 5 divisyen dalam hanya 6 musim sahaja.
Ia juga dibantu dengan sumbangan dua orang Ralphs – pengarah bola sepak, Ralf Ragnick & jurulatih Ralph Hasenhüttl.
Bundesliga berkeras menyatakan pelaburan Red Bull masih mematuhi peraturan tetapi jika RB Leipzig terus meningkat, adakah pengurusan liga akan berada di bawah tekanan untuk galakkan wang dari syarikat korporat?
2. Teknologi dan Inovasi
Apabila Mario Gotze menahan bola di dadanya dan menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2014, beliau membantu Jerman mencipta sejarah – negara Eropah pertama memenangi sukan paling popular itu di luar benua Amerika Selatan!
Teknik yang dilakukan Gotze itu sebenarnya telah diasah untuk berjam-jam lamanya menggunakan sebuah alatan latihan yang bernilai jutaan Euro yang dipanggil Footbonaut.
Borussia Dortmund adalah salah satu daripada 2 kelab yang menggunakan Footbonaut di 5 liga utama Eropah.
Kelab yang lain adalah TSG Hoffenheim yang dilatih oleh Julian Nagelsmann – pengurus paling muda dalam sejarah Bundesliga.
Nagelsmann mengatakan mereka mempunyai pusat latihan yang sangat luas dan moden.
Hal ini disebabkan lokasi kelab yang terletak di sebuah perkampungan kecil di luar bandar Sinsheim yang hanya mempunyai 10 ribu penduduk.
Walaupun beliau menafikan terlalu bergantung kepada penggunaan data dan analisis, beliau menegaskan masih mendengar naluri hati beliau.
Nagelsmann mengakui lebih suka merahsiakan beberapa kaedahnya sendiri.
Pasukan Hoffenheim yang agak berjaya menyebabkan banyak kelab lain akan suka untuk mengorek rahsia Nagelsmann.
1. Peminat
Semasa saya berada di Dortmund, saya melawat kelab Signal Iduna Park dan berdiri di atas Yellow Wall yang cukup terkenal.
Ini adalah zon selamat berdiri (safe standing zone) terbesar di Eropah.
Ia adalah salah satu impian untuk mana-mana peminat bola sepak, penuh dengan hampir 25,000 penyokong yang turut bersorak ketika perlawanan.
Terdapat juga platform dibina khas untuk Capo untuk berdiri dan menggunakan pembesar suara untuk membantu gerombolan yang lain turut sama bernyanyi!
Bundesliga adalah satu-satunya liga Eropah kepada purata dengan 42,421 penyokong yang hadir di setiap permainan dan dengan Borussia Dortmund & Bayern Munich masing-masing mencapai 99.6% & 100% kehadiran semusim.
Ia juga sangat tidak mengejutkan bahawa purata harga tiket di Bundesliga adalah lebih rendah berbanding liga-liga Eropah yang lain.
Contohnya di Dortmund, harga tiketnya sekitar €13 yang mana tiket tersebut sah digunapakai untuk pengangkutan awam pada hari perlawanan!
Nota artikel: Artikel ini merupakan hasil tulisan Sofwan Zulkepli yang merupakan peminat Bundesliga. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .
Baca juga: Sikap Terpuji Pilihan James McLean Berhadapan Pasukan Istimewa Oxford Bulls