5 Sebab Bola Sepak Turki Dahulu Dirindui Dan Dikagumi Peminat

Jika kita menceritakan kisah kehebatan Turki kepada generasi hari ini, mungkin ramai yang menganggap kita sedang bergurau. Lihat sahaja prestasi Turki ketika ini yang hanya pasukan biasa di pentas saingan Eropah.

Turki Sang ‘Giant Killer’

Pasukan Turki meningkatkan fan base mereka di seluruh dunia termasuk di Malaysia kerana magis yang mereka jelmakan ketika Piala Dunia 2002 dan juga ketika Piala Eropah 2008.

Namun hari ini, realiti bola sepak Turki amat menghampakan bagi pengikut dan peminat mereka. Longlai dan tidak ada semangat seperti yang ada pada era Rustu Recber.

1. Semangat Melawan

Pasukan Turki sebelum ini dikenali dengan pasukan yang sangat rajin dan sentiasa optimis untuk melawan sesiapa sahaja sehingga ke wisel penamat. Ingat lagi peristiwa comeback menentang Republik Czech dalam Euro 2008?

Czech mendahului perlawanan dengan 2-0 dan Turki berjaya bangkit dengan menewaskan mereka 3-2.

Pada pusingan suku akhir berdepan Croatia. Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Croatia akhirnya memecah kebuntuan pada mini ke 119 menerusi Ivan Klasnic.

Croatia berpesta meraikan gol kerana 1 minit sahaja lagi perlawanan akan tamat.

Namun semangat Turki telah membawa kepada plot twist apabila Semih Senturk menjaringkan gol pada masa kecederaan (120+2 minit). Perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Rustu Recber dan pemain Turki lain menamatkan saingan dengan kemenangan 3-1.

Pada separuh akhir mereka bertemu gergasi Jerman. Turki mendahului menerusi Ugur Boral. Namun Jerman menjaringkan 2 gol selepas itu menerusi Schweinsteiger dan Miroslav Klose.

4 minit sebelum perlawanan tamat, Semih Senturk sekali lagi menghidupkan kembali nyawa pasukan ini. Namun mereka akur dengan jaringan minit akhir oleh Phillip Lahm dan tewas 3-2.

Berbeza pada Euro kali ini. Pasukan ini tak ada semangat seperti itu. Pemain terlalu ‘hormat’ kepada lawan yang lebih besar.

2. Berani Menyerang

Setiap pasukan istimewa akan mampu menghadirkan magis yang tersendiri namun dengan syarat mesti berani untuk menyerang pada masa masa tertentu.

Pada edisi Piala Dunia 2002 mereka berjaya menewaskan Korea Selatan untuk menduduki tempat ke-3. Ia pencapaian tertinggi dalam sejarah bolasepak Turki.

2 peristiwa penting daripada perlawanan play off tempat ketiga ini. Pertamanya, jaringan 11 saat oleh Hakan Sukur yang menjadi jaringan terpantas dalam Piala Dunia.

Kedua adalah 2 gol Ilhan Mansiz diiktiraf sebagai jaringan terpenting dalam sejarah bolasepak Turki.

Pada pasukan yang ada hari ini, saya tak melihat ada kemampuan untuk menghadirkan magis sebegitu. Ini kerana, untuk melakukannya, Hakan Sukur dan rakan rakannya bermain bolasepak yang cuba untuk menyerang dan bukannya takut serta gugup.

Fatih Terim sendiri penuh kecewa di kerusi simpanan pemain apabila pemain tidak ada keyakinan untuk melakukan sesuatu apabila di final third.

3. Kualiti Bakat

Turki pada kali ini cuba bergantung kepada 3 pemain yang bermain di Liga utama Eropah,iaitu Arda Turan (Barcelona), Nuri Sahin (BvB), dan Hakan Calhanoglu (Bayern Leverkusen) untuk menjadi tulang belakang pasukan ini.

Namun, cuma Calhanoglu yang benar benar bermain banyak perlawanan kompetitif dengan kelab. Arda Turan cuma bermain 9 perlawanan sahaja untuk Barcelona musim ini.

Manakala Nuri Sahin adalah pemain kedua atau ketiga di Dortmund.

Dahulu, walaupun jumlah pemain dari Liga Turki juga ramai namun, pada 2008 kelab kelab dari Turki berada dalam prestasi jauh lebih baik daripada hari ini.

Ini adalah senarai pemain Turki dalam skuad Eropah 2008

turkey

Manakala, sebelum itu, pada tahun 2002 pula mereka memiliki kualiti bakat yang lebih tinggi kerana lebih ramai pemain bermain di Liga seperti Liga Itali yang dalam kemuncak pada ketika itu. Antara pemain yang ada pada kem Piala Dunia 2002 ;

turkey2

Jauh bezanya bukan ?

4. Prospek Yang Tidak Memenuhi Harapan

Arda Turan dan Hakan Calhanoglu diberikan harapan besar untuk menjadi pemain yang akan mampu memimpin Turki untuk pergi lebih jauh.

Hakan Calhanoglu jelas bukan material yang seperti digembar gemburkan.

Pemain yang dilabel pemain istimewa ini dengan gelaran pakar bola mati ini terlalu jauh bezanya mahu dibandingkan dengan Emre Belozoglu mahupun watak inspirasi seperti Nihat Kahveci.

Calhanoglu telah mencatatkan statistik mengecewakan setakat ini dengan:

Appearances: 2 (136 minit)
Gol: 0
Assist: 0
Keypasses: 1
Passes Per Game : 23.5
Completed Passes : 70.5%
Through Passes: 0
Dribble: 0.5

Pemain lain seperti Emre Mor pula tidak diberikan peluang lebih banyak walaupun Fatih Terim sedar akan tahap kompetensi rendah pemain beliau di padang.

Arda Turan jelas bukan pemain yang seperti kita lihat seperti sebelum ini. Mungkin faktor terlalu kurang minit perlawanan.

Dalam edisi 2008, pasukan Turkey lebih kepada pasukan yang penuh kejutan dan pemain mereka berjaya memikul harapan peminat mereka.

5. Taktikal 

Berbicara soal taktikal. Pada era Piala Dunia 2002, dan 2008, Turki adalah pasukan yang bermain dengan taktikal penuh disiplin ketika bertahan.

Ia disuntik dengan bolasepak yang bertenaga dan ‘tireless’. Aspek ini yang menjadikan pasukan ini sentiasa ada potensi melakukan sesuatu. Dalam erti kata lain mereka sentiasa ‘keep going’.

Peristiwa menewaskan Croatia pada minit ke-122 adalah testimoni terbaik. Mereka memiliki kualiti skil individu mahupun keinginan yang jauh lebih baik berbanding apa yang mereka miliki hari ini.

Di mana silapnya ? Mungkin Turki harus mengkaji aspek pembangunan bolasepak mereka yang gagal menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain pemain terdahulu.

Dala Euro kali ini, Fatih Terim ada masalah dengan ketandusan penyerang dan juga kekurangan kualiti tambahan untuk menjaringkan gol melalui pemain bukan penyerang.

Akhir sekali, ia adalah kegemilangan bolasepak Turki yang harus dikembalikan oleh generasi baru. Mereka sudah pernah sampai ke satu tahap di mana mereka adalah tempat ketiga di Piala Dunia.

Dahulu pasukan ini penuh dengan watak inspirasi seperti Rustu Recber, Hassan Sas, Alpay, Emre, Nihat dan ramai lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN