5 Sebab Anda Perlu Beli Jersi Pahang FA Musim 2020

Pada 24 Febuari 2020, Pahang secara rasminya telah melancarkan jersi home, tempat lawan dan jersi ketiga untuk musim 2020.

Ianya adalah berita yang sangat dinantikan oleh peminat setia Tok Gajah sempena pra musim kali ini.

Jersi Pahang kali ini adalah keluaran Umbro. Dan berikut 5 sebab kenapa anda harus membeli jersi Pahang musim ini.

1. Jersi home yang kekalkan identiti

Umbro kali ini hadir dengan rekaan warna yang mengekalkan identiti pasukan Pahanng FA – dengan pemilihan warna kuning dan biru.

Sentuhan segar diletakkan pada garisan jalur biru pada jersi, di mana Umbro menggunakan jalur garis berbulu.

Bahagian kolar dan juta lilitan pada lengan juga menggabungkan warna kuning biru. Jadi, ianya memang ngam untuk dimiliki peminat Pahang.

2. Jersi away yang unik

Pada pandangan kami, jersi away untuk pasukan Pahang musim ini sangat unik dari segi pemilihan warna dan juga corak.

Berbeza dengan jersi home, kolar dan lilitan lengan tidak menggunakan warna dominan pada jersi tersebut. Di mana kolar dan lilitan lengan adalah garisan berwarna hitam dan kuning.

Menurut satu kajian di UK, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peratusan para peminat yang membeli jersi away, adalah semakin meningkat.

Jersi away biasanya lebih bebas untuk pembuat jersi meletakkan kreativiti kerana tiada terikat dengan identiti dan warna pasukan.

3. Jersi ketiga yang ringkas

Jersi ketiga ini nampak ringkas, walaupun corak kotak kotak sikit. Cuma kotak tu tak terlalu menonjol. Warna dia lebih kepada peach yang terang.

Denan bahagian kolar dan juga lilitan lengannya berwarna kontras dengan warna utama jersi. Jika anda inginkan jersi yang agak rare dengan warna yang lembut, maka jersi ini untuk anda.

4. Kualiti Umbro

Semua orang tahu Umbro merupakan jenama sukan yang dipercayaai dalam kualiti mereka. Umbro sudah bertapak sekian lama di pasaran barangan sukan di dunia.

Dengan itu, bagi penggemar Umbro, pastiny tahu kualiti produk Umbro dari segi teknologi pembuatan dan juga prestijnya.

5.  Harga jersi yang mampu milik

Jersi Pahang kali ini dijual pada tanda harga yang mampu milik buat peminat pasukan Pahang iaitu hanya RM119.00 sehelai, anda dapat memiliki jersi pasukan Pahang musim 2020 keluaran Umbro.

Di mana nak dapatkan jersi Pahang musim 2020?

Tunjukkan sokongan anda kepada Pahang dengan membeli jersi terbaru dan original di semua cawangan Al Ikhsan Sports seluruh negeri Pahang!

Harga jersi hanyalah RM119.00 sehelai – untuk kesemua jenis jersi tersebut,

Dapatkan cepat sementara stok masih ada!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN