5 Protes Keras Dilakukan Pemain Bintang Ke Atas Pengadil Yang Paling Diingati

Emosi dan tekanan salah satu elemen yang tidak boleh lari dari setiap pemain bolasepak dalam sesebuah perlawanan.

Tidak ramai pemain bolasepak dapat mengawal emosi mereka ketika perlawanan sedang berlangsung.

Tambahan lagi jika pengadil perlawanan membuat keputusan melayangkan kad atau menghadiahkan sepakkan penalti dalam perlawanan penting yang melibatkan maruah pasukan.

Bahkan ada situasi dimana pemain bintang juga tidak terkecuali melakukan tindakan membantah keputusan yang diberikan pengadil perlawanan.

Berikut adalah 5 bintang yang telah melakukan protes “keras’ keatas pengadil perlawanan.

1. Didier Drogba

Barcelona telah layak ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2008/09 dan menjuarai kejohanan tersebut dengan menewaskan Manchester United.

Namun, perjalanan Barcelona untuk menuju ke pentas akhir sebelumnya mereka harus melalui perlawanan yang penuh drama di Stamford Bridge menentang Chelsea.

Perlawanan tersebut juga telah membuatkan nama pengadil dari Norway, Tom Henning Øvrebø mula disebut-sebut pemerhati bolasepak.

Dalam perlawanan tersebut, Øvrebø telah melakukan tindakan dengan mengabaikan sekurang-kurangnya  enam penalti yang sepatutnya dihadiahkan kepada Chelsea.

Hal ini, membuatkan penyerang Chelsea, Didier Drogba melakukan bantahan keras keatas keputusan Øvrebø.

Berakhirnya tiupan wisel penamat dari Øvrebø, Drogba terus menuju ke arahnya dan membantah sikap yang dianggap tidak profesional.

Drogba turut menyatakan kepada media bahawa Øvrebø bersifat tidak adil dan tidak layak menjadi seorang pengadil dengan kualiti yang lemah.

2. Paolo Di Canio

Paolo Di Canio seorang pemain yang selalu terlibat kontroversi sebagai pemain yang memiliki karakter ganas didalam padang.

Kad kuning dan merah sentiasa menjadi santapan harian bagi dirinya.

Hukuman berat yang paling berat pernah diterimanya ketika beraksi bersama Sheffield Wednesday menentang Arsenal pada tahun 1998.

Ketidak puasan hati Casio selepas menerima layangan kad dari pengadil perlawanan Paulo Alcock, membuatkan beliau menolak pengadil perlawanan tersebut sehingga terjatuh.

Tindakannya itu membuatkan pihak tertinggi Bolasepak England telah mengenakan tindakan dispilin terhadapnya.

Casio dikenakan hukuman tidak boleh beraksi selama 11 perlawanan dan didenda 10 ribu paun.

3. Kevin Moran

Pada 1985, satu perlawanan akhir Piala FA melibatkan Manchester United dan Everton bertukar menjadi kecoh selepas berlakunya insiden yang melibatkan Kevin Moran  dengan pemain Everton pada minit ke-78.

Tindakan Moran mengundang padah apabila pengadil perlawanan, Peter Willis terpaksa melayangkan kad merah kepadanya.

Keputusan Willis membuatkan Moran dan para pemain Manchester United membuat bantahan terhadapnya.

Football, FA Cup Final, Wembley, 18th May, 1985, Everton 0 v Manchester United 1, Referee Willis sends off Manchester United’s Kevin Moran in the Final, Moran became the first man ever to be sent off in an FA Cup Final (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Akan tetapi, Willis tetap dengan pendiriannya. Walaupun didesak oleh pemain United, Willis tidak menarik balik layangan kad merah tersebut.

Meskipun United hanya beraksi 10 pemain, mereka tetap berjaya menjualng trofi Piala FA  menerusi jaringan kemenangan dari Norman Whiteside.

4. Roy Keane

Dahulu kala, skuad The Red Devils pernah diperkuatkan dan dibarisi dengan pemain yang digelar “Hardman” yakni pemain-pemain yang beraksi keras diatas padang dan tidak takut berhadapan dengan sesiapapun pemain lawan termasuk pengadil perlawanan.

Pada 29 Januari 2000, ketika perlawanan diantara Manchester United mementang Middlesbrough di Old Trafford, pengadil perlawanan  Andy D’Urso telah menghadiahkan satu sepakan penalti buat The Boro.

Keputusan Andy D’Urso tersebut  membuatkan sebahagian besar pemain Manchester United mengepung beliau dan melakukan bantahan terhadapannya.

Jaap Stam dan Roy Keane antara pemain yang panis “ganas” melakukan protes tersebut. Menurut mereka, Juninho sengaja menjatuhkan badan tanpa terkena terjahan dari Stam.

Andy D’Urso tidak menerima bantahan tersebut malah turut melayangkan kad kuning kepada Roy Keane.

5. Gianluigi Buffon

Rekod peribadi penjaga gol terbaik Itali ini belum pernah dilayangkan kad merah sepanjang kariernya sebagai pemain bolasepak profesional. Rekod bersih tersebut tercalar akhirnya di kota Madrid.

Dalam perlawanan yang penuh dramatik, Juventus sedang unggul mendahului Real Madrid 3-0 di Santiago Bernabue. Sekaligus membuatkan keputusan kembali seimbang dengan agregat 3-3.

Segalanya berubah dengan sekelip mata apabila pengadil perlawanan, Michael Oliver menghadiahkan sepakan penalti kepada Real Madrid diatas insiden pelanggaran yang melibatkan Medhi Benatia dengan Lucas Vazquez didalam kotak penalti.

Pemain-pemain Juventus segera menuju kearah Oliver bagi melakukan bantahan mereka diatas keputusannya. Buffon antara pemain yang tegas membantah tindakan Oliver.

Kerana tidak dapat menahan emosi, Buffon mengeluarkan kata-kata ketidakadilan yang diberikan Oliver buat pasukannya. Tindakan itu membuatkan beliau dilayangkan kad merah pertama dalam karienya.

Protes keatas Oliver tidak henti disitu sahaja. Sebaik tamat perlawanan, Buffon terus mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa, Oliver sebagai manusia yang tidak punya perasaan.

Rumusan

Itulah antara kisah yang popular melibatkan protes berlebihan pemain ke atas pengadil. Ada tak yang anda ingat termasuk di dalam bola sepak Liga Malaysia? Kongsi dengan kami.

 

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Skuad Tidak Harmoni, Jose Mourinho Minta Masa Baiki Pasukan

Lupakan Sancho, Manchester United Kini Sasarkan Pedro Neto

Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN