Manchester United melalui permulaan era baru yang sangat menarik di bawah kendalian pengurus interim, Ralf Rangnick.
Pengurus dari Jerman itu memulakan tugas beliau sebagai pengurus Interim kelab pada minggu lalu, yang mana beliau ketika itu cemerlang membantu United menewaskan Palace 1-0.
Beliau kemudiannya melakukan uji kaji yang sungguh menakjubkan dalam kesebelasan utama United, ketika beraksi bertemu Young Boys dalam saingan Champions League minggu ini.
Ralf Rangnick's impact behind the scenes at Man Utd as he compiles three-man shortlisthttps://t.co/8876eDDK2T pic.twitter.com/XOXTycXN0U
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 11, 2021
Barisan pemain muda Red Devils sama sekali tidak mengecewakan dengan mereka berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Young Boys.
Pemain-pemain utama dan bintang United kembali diturunkan dalam kesebelasan utama ketika skuad Red Devils berkunjung ke Carrow Road untuk bertemu Norwich City malam semalam.
Ralf Rangnick jelas sekali melalui malam yang agak sukar dan tidak seperti yang beliau gambarkan selepas skuadnya hanya mampu mencatatkan kemenangan sangat tipis bertemu pasukan dasar liga itu.
United hanya mampu mencatatkan kemenangan hasil jaringan dari sudut sepakan penalti yang disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo.
Manchester United won possession in the final third 12 times vs. Crystal Palace.
That’s the most they’ve done so in a Premier League match since Sir Alex Ferguson retired.
What an impact Ralf Rangnick has made already! 📈 pic.twitter.com/z1rigMRwnb
— Statman Dave (@StatmanDave) December 5, 2021
Manchester United berjaya naik ke kedudukan ke-5 dalam carta saingan Premier League, dan masih terlalu awal rasanya untuk menilai impak yang ditinggalkan oleh Rangnick dalam skuad utama pada ketika ini.
Bekas pengurus RB Leipzig itu memiliki philosophy dan gaya permainan tersendiri dan ia jelas sekali memerlukan masa untuk hal itu sebati dengan skuad United.
Walau bagaimanapun, Rangnick sudah berjaya melakukan beberapa perubahan besar dalam skuad sejak dari awal beliau mula bertugas di Old Trafford.
Tanpa berlengah, berikut merupakan lima perubahan yang telah dibawa oleh Rangnick sejak dari awal beliau mengendalikan Manchester United.
🗣 "The players are as ambitious as I am."
Ralf Rangnick is asked whether his impact on the team as interim is important because of his further involvement with the club in an advisory position pic.twitter.com/qidxX5wwEY
— Football Daily (@footballdaily) December 11, 2021
5. Peranan Scott McTominay dan Fred
Ralf Rangnick bermain sistem ‘high backline’ dan ia merupakan sesuatu yang sangat membantu Man Utd dalam beberapa perlawanan terakhir mereka ketika ini.
Barisan pertahanan Manchester United yang sebelum ini lebih terperuk di kawasan sendiri kini sudah mula berubah menjadi defensive midfielder ketika skuad menyerang.
Walau bagaimanapun, pemain seperti Harry Maguire dan Victor Lindelof masih kekal membina garisan tinggi di bawah, sementara Fred dan McTominay pula lebih banyak bergerak di bahagian final third.
Fred:
58 passes completed (91%)
11 duels won (92%)
6 recoveries
4 tackles wonMcTominay:
44 passes completed (88%)
7 duels won (70%)
7 recoveries
6 long balls completedThey were both good today.
— UtdArena (@UtdArena) December 11, 2021
Scott McTominay telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sejak tiga perlawanan terakhir beliau, sementara Fred yang sebelum ini sering menjadi mangsa caci maki kini kenyang makan puji atas aksi hebat yang beliau persembahkan.
Pemain midfield Brazil itu mempunyai kemampuan untuk dominan di tengah jelas sekali sangat membantu sistem terbaru United, dengan beliau turut cemerlang menjaringkan gol kemenangan ketika aksi bertemu Crystal Palace sebelum ini.
Ketika aksi bertemu Norwich City pula, beliau lebih kerap terlibat dengan build up serangan dan menjadi pemain yang paling banyak memberi masalah kepada barisan pertahanan.
Walaupun gandingan Fred dan McTominay sudah sememangnya digunapakai sejak era Ole Gunnar Solskjaer lagi, namun di bawah Ralf Rangnick peminat dapat melihat yang terbaik dari kedua-dua pemain itu.
Ralf Rangnick makes it immediately clear what he doesn't like from Scott McTominay and Fredhttps://t.co/EcVehCQYrd pic.twitter.com/6LNKwGHcXU
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 6, 2021
Ralf Rangnick sepertinya lebih tahu cara bagaimana mahu bermain ‘double midfield pivot’ dengan menggunakan kelebihan yang ada pada Fred dan McTominay.
4. Pemain full-back United bermain lebih ke atas di bawah Ralf Rangnick
Walaupun ia tidak jauh beza dengan apa yang sudah lama Ole Gunnar Solskjaer rancang, sebenarnya masih banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang berlaku di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Ketika United berada di bawah kendalian Jose Mourinho, skuad utama sepertinya sangat tidak seimbang dan jelas sekali tidak berfungsi.
◾️ Dalot & Telles back in
◾️ Sancho to shine againPredicted United line up to face Norwich City 👇https://t.co/uFC7MMAdnA
— utdreport (@utdreport) December 10, 2021
Dalam usaha untuk menambah baik kekuatan ketika bertahan, Solskjaer terpaksa bergantung harap kepada kepakaran Aaron Wan-Bissaka dalam melakukan tackle penting.
Wan Bissaka lebih diharapkan berbanding duo centre-back United ketika bertahan, namun bekas bintang Crystal Palace itu sedikit tidak berfungsi ketika membantu jentera serangan.
Di bawah kendalian Ralf Rangnick, full-back United dilihat semakin berani naik ke atas padang, dan sudah tentu ia kerana mereka yakin dengan sistem 4-2-2-2 mereka akan lebih kerap bermain di posisi sayap.
Oleh yang demikian, pemain seperti Diogo Dalot dan Alex Telles yang memiliki kualiti hantaran yang menakjubkan lebih kerap diturunkan dalam kesebelasan utama.
📊 Alex Telles starts 4 successive PL games for the 1st time, whilst Diogo Dalot equals his best run of 3 PL starts in a row – v Crystal Palace last week, they made more passes into the opposition box than any full-back combination for Man Utd in PL this season pic.twitter.com/l0bf62nTjz
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 11, 2021
Mereka berdua juga telah menjalankan kewajipan masing-masing dengan sangat sempurna sekali.
3. Lebih agresif ketika melakukan pressing
Ini merupakan perubahan paling ketara yang dapat dilihat dalam skuad Manchester United di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Rangnick merupakan pengasas kepada sistem gegenpressing, yang mana ia merupakan sistem yang menuntut pemain menekan dan memenangi semula bola dengan pantas sebaik hilang penguasaan.
Sistem ini merupakan sistem yang berjaya diterapkan oleh Jurgen Klopp di Anfield dan yang paling banyak membantu gergasi Merseyside itu untuk mencapai segala kejayaan mereka sejak kebelakangan ini.
https://twitter.com/YanitedScout/status/1467584919199232023?t=A8DKrB6wlUCv_9c2nOLhwg&s=19
Skuad Manchester United berjaya merampas semua penguasaan bola di kawasan final third sebanyak 12 kali ketika aksi bertemu Palace, yang mana ia merupakan perlawanan pertama yang dikendalikan oleh Ralf Rangnick.
Apa yang lebih menakjubkan, ia juga merupakan rekod terbaik yang mereka lakukan dalam satu perlawanan selepas berakhirnya zaman gemilang United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Skuad Man Utd juga sangat lemah dalam melakukan tackle awal, dan antara rekod pemain United melakukan tackle terbanyak adalah ketika aksi bertemu Palace (24).
Rekod takcle kedua terbanyak United sejak 2014 adalah ketika mereka bertemu Norwich City semalam yang mana mereka berjaya melakukan 21 tackle.
Unbelievable, only 2 days training but everything went this well? Players like Telles, Dalot or Fred all improved? United positioning and pressing well in a new 4222 tactical system? And Rangnick still doesn't have his assistants yet? Really happy right now 🔥👹👍🏻 pic.twitter.com/7LZJc7gY13
— Total Ten Hag 🇳🇱 (@total10hag) December 5, 2021
Dua rekod yang menakjubkan itu hanya berlaku di bawah kendalian Ralf Rangnick dan sama sekali tidak pernah berlaku ketika era Moyes, Van Gaal, Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.
2. Kekukuhan pertahanan
Manchester United berjaya mencatatkan dua clean sheet dalam saingan Premier League di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Walaupun Crystal Palace dan Norwich City merupakan dua pasukan yang bukanlah terbaik untuk United anggap sebagai ujian sebenar mereka, namun aksi hebat yang dipamerkan oleh barisan pemain pertahanan sangat jelas dapat dilihat.
Just how United defense line couldn't allow Palace kickstart their attack is still amazing 🔥.Kudos toLindelof pic.twitter.com/zsVLrFRIEr
— Kennedy_Kotingo (@KotingoSenior) December 5, 2021
Satu-satunya gol yang mereka bolos di bawah kendalian Ralf Rangnick adalah ketika Donny Van de Beek melakukan hantaran kebelakang sebelum ini.
Ia menunjukkan yang United sudah tidak lagi terlalu mudah dibolosi kerana barisan pertahanan melakukan kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya.
Sejak beberapa bulan terakhir era Solskjaer, barisan pertahanan Manchester United nampak sangat goyah setiap kali jentera serangan lawan mula menyerang.
La diferencia entre ser objetivo y simplemente odiar un jugador.
Personalmente, no me gustan ni Lindelof ni Dalot, pero sé reconocer cuando lo hacen bien.
Ningún hater de Maguire lo hace cuando Harry tiene un buen partido.
SIEMPRE con mi CAPITÁN💪🏽pic.twitter.com/aaOb541xBO
— Andrés United 🔰 – Manchester United (@20legend4) December 7, 2021
Hal itu sudah tidak terlihat lagi dengan barisan pertahanan United nampak semakin teratur sejak dari bermain dalam sistem yang diterapkan oleh Ralf Rangnick.
1. Ralf Rangnick lebih bijak menguruskan masalah berkait pemain
Ralf Rangnick merupakan pengurus yang terlalu jujur dan berterus terang, jauh berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Solskjaer sebelum ini.
Solskjaer tidak keterlaluan untuk dianggap sebagai pengurus yang terlalu bagi muka kepada para pemainnya dan hal itu sebenarnya telah memakan dirinya sendiri.
Rangnick on Pogba: “I wouldn't say he's not worth keeping but, of course, players have to want to play and stay for a club and a big club like Man Utd”. 🔴 #MUFC
“I don't think anyone in the club should try to convince a player to stay. But on the other hand, let's wait and see” pic.twitter.com/GeBwhD1KfE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 10, 2021
Beliau terlalu manjakan anak-anak buahnya dan rasa hormat pemain kepadanya juga sedikit terganggu.
Seorang pengurus sepatutnya lebih dihormati dan digeruni agar mudah untuk beliau memutuskan sesuatu dan akan diikuti saja oleh anak-anak buahnya.
Rangnick jelas memiliki philosophy sebagai seorang pengurus yang digeruni oleh pemain selepas menunjukkan sikap tegas serta berterus terang ketika bercakap kepada media.
Ejen Pogba, Mino Raiola baru-baru ini menggunakan helah yang sama dengan menghentam Manchester United secara terbuka kerana masalah kontrak anak buahnya yang masih belum selesai.
Tambahan lagi, ejen kepada Anthony Martial, Philippe Lamboley turut mendedahkan pada minggu lalu yang pemain Perancis itu mahu meninggalkan kelab.
Jawapan Rangnick tentang kedua-dua situasi itu adalah:
“Para pemain perlu ada keinginan untuk bermain dan kekal bersama kelab yang besar seperti Manchester United.”
Man United contract extension proposal for Paul Pogba is on the table since last July. The proposal is still valid. No decision yet. 🔴 #MUFC
"Man United – massive club. I don’t think that anyone in the club would ever need convincing to stay here". Clear message from Rangnick. pic.twitter.com/9PNddIscnE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 11, 2021
“Jika pemain tidak mahu bermain untuk kelab seperti Manchester United dalam jangka masa pendek atau panjang, saya tak rasa ia masuk akal untuk saya meyakinkan mereka agar ubah fikiran mereka.”
“Saya tak rasa sesiapa dalam kelab patut cuba dan yakinkan pemain untuk kekal.”
Para penyokong Manchester United begitu kagum dan teruja mendengar jawapan dari Ralf Rangnick dek kerana mereka juga sudah letih untuk menghadap masalah Pogba setiap musim.