5 Pemainan Bola Sepak Yang Boleh Anda Cuba Selain FIFA & PES

Kadang kala, permainan bola sepak seperti FIFA, PES atau Football Manager mungkin sedikit berat atau kompleks bagi anda.

Jika anda ingin mencari permainan bola sepak yang sedikit santai atau sedikit lari dari norma permainan bola sepak sebenar, artikel ini untuk anda!

Kami menyenaraikan 5 permainan alternatif yang berasaskan bola sepak untuk mengubah selera anda.

1. Soccer Physics

Ini permainan gila! Soccer Physics merupakan sebuah permainan yang berlawanan dengan hukum fizik.

Permainan 2v2 ini hanya memerlukan satu butang sahaja untuk bermain memerlukan kepakaran pemain dalam menentukan masa atau ‘timing’ yang tepat untuk menekan butang tersebut.

Ini kerana jika anda menekan butang secara membabi buta, pemain anda akan terbang melayang tidak tentu hala dan lebih teruk pemain anda akan terkeluar terbang ke belakang gol!

Permainan ini juga mempunyai tema setiap kali selepas gol dihasilkan.

Seperti contoh, selepas ‘mode’ normal ia akan bertukar menjadi gawang gol menjadi lebih besar ataupun main tanpa kepala!

Mod tanpa kepala di Soccer Physics.

Soccer Physics sangat menarik untuk dimain sendirian, malah lebih menarik untuk dimainkan bersama kawan!

Permainan ini terdapat di laman Miniclip serta di App Store bagi pengguna iPhone.

Kami janji anda akan ketawa terbahak-bahak ketika bermain permainan ini, terutamanya bila bermain dengan kawan!

2. Dream League Soccer

Permainan ini merupakan raja bagi permainan bola sepak di telefon pintar!

Dengan jumlah muat turun 10 juta di Google Play Store dengan rating 4.5/5 permainan ini boleh dikatakan permainan bola sepak yang lengkap.

Dengan grafik yang baik, permainan ini boleh dikatakan lebih dari lengkap untuk permainan di telefon pintar kerana anda perlu membina skuad impian anda serta boleh menukar jersi mengikut jersi pasukan kegemaran anda.

Anda juga boleh membangunkan stadium anda bermula dengan stadium yang kecil sehingga ke stadium yang gah dengan puluhan ribu tempat duduk!

Satu lagi yang menarik perhatian adalah permainan ini ulasan atau ‘commentary’ dalam permainan ini yang nampak setanding dengan apa yang disajikan oleh PES dan FIFA serta sistem ulang tayang yang cukup baik.

Permainan ini wajib dicuba oleh semua pemilik telefon pintar!

Dream League Soccer boleh didapati di App Store dan juga Google Play.

3. Football Chairman

Permainan ini sedikit berbeza dari kerana ia memerlukan anda menjadi pengerusi kelab yakni pemilik kelab.

Permainan ringkas ini membolehkan anda untuk memilih pengurus yang bersesuaian dengan falsafah kelab, menaik taraf stadium dan padang latihan serta meningkatkan kualiti akademi pemain muda anda.

Misinya adalah, bawa kelab amatur anda dari divisyen rendah menjadi kelab profesional di liga yang tertinggi!

Fooball Chairman ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk dihabiskan. Jika anda main dengan fokus, satu musim pun boleh habis dalam masa 15 minit!

Permainan ini didatangkan dalam 2 versi iaitu versi percuma yang menghadkan pemain untuk main selama 30 musim sahaja dan terhad untuk liga di England.

Untuk main di liga lain dengan jangka masa yang tiada had, anda perlu membeli versi premium.

Football Chairman boleh didapati di App Store atau Google Play.

4. SFG Soccer

Permainan ini cukup menarik dan boleh buatkan anda ketagih!

Permainan yang dibangunkan oleh Stir Fry Games ini mempunyai kekuatannya terutamanya di bahagian Career Mode.

Career Mode adalah bahagian di mana pemain perlu bermula dari divisyen 4 dan berusaha untuk ke divisyen 1.

Satu lagi perkara menarik mengenai SFG Soccer adalah anda boleh mengubah warna jersi, nama pemain dan rupa pemain mengikut kesukaan anda!

Dan selepas perlawanan liga di Career Mode, ‘attributes’ setiap pemain boleh di’upgrade’ mengikut keperluan anda.

Dapatkan SFG Soccer di sini !

5. Rocket League

Rocket League merupakan antara permainan video yang terlaris di Steam.

Menggabungkan bola sepak dan perlumbaan kereta, permainan ini juga mencabar pemain dengan fizik kerana anda akan saksikan banyak kereta berterbangan sepanjang perlawanan berlangsung.

Permainan ini juga menarik apabila tiba di bahagian Edit Mode, ini kerana pemain dapat mengubah bentuk dan corak kereta mengikut kesukaan pemain itu sendiri.

Menariknya juga, pemain boleh meletakkan bendera di belakang kereta dan bendera Malaysia juga ada!

Rocket League terdapat di Steam dan juga di peranti Xbox One.

Kesimpulan

Banyak permainan video yang berasaskan bola sepak yang selain daripada PES dan FIFA yang menarik untuk dicuba.

Walaupun mungkin permainan mereka tidaklah sehebat PES dan FIFA, namun ia tetap menyajikan keseronokan yang tersendiri kepada pemainnya.

Baca juga: 10 Perkara Mengenai Football Manager Yang Hanya Difahami Oleh Pemainnya Sahaja

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN