5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Manchester United Untuk Menewaskan Liverpool Di Anfield

Manchester United

Manchester United bakal berkunjung ke Anfield pada hujung minggu ini untuk pertemuan menentang Liverpool. Cabaran sebenar yang pertama bakal dihadapi anak buah Jose Mourinho selepas mencatatkan 6 kemenangan dan 1 seri dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

The Red Devils hanya dibolosi dua gol setakat ini ketika diikat Stoke City 2-2 manakala Liverpool kini sudah dibolosi 12 jaringan. Satu perkara yang membimbangkan para penyokong mereka.

Bagaimanapun itu hanyalah statistik dan Manchester United perlu berhati-hati untuk menghadapi tuan rumah tersebut dan ini disertakan lima perkara yang perlu dilakukan United untuk menewaskan Liverpool di Anfield.

1) Ander Herrera perlu mengawal ketat (man to man marking) Phillipe Coutinho

Anda pasti mengingati peristiwa Hererra yang berjaya mengawal Eden Hazard sehinggakan pemain antarabangsa Belgium itu tidak mempunyai ruang untuk melakukan tugas hakikinya iaitu membuka ruang dan peluang serta melancarkan serangan ke kubu United pada musim lalu.

Itulah perkara sama yang perlu dilakukan oleh Herrera terhadap Coutinho yang mampu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa sekiranya beliau diberikan peluang untuk mengawal bola dengan lama.

Sama seperti Hazard, Coutinho juga selalunya menjadi penggerak kepada serangan pasukan Liverpool, dengan mengawal pemain Brazil tersebut dengan baik, United akan dapat menghalang bekalan bola yang baik kepada pemain serangan Liverpool.

2) Menyerap serangan balas dari Liverpool

Perlawanan ini bakal menjadi pertempuran serangan balas bagi kedua-dua pasukan. Mengikut statistik selepas 70 perlawanan di Liga Perdana Inggeris musim ini, hanya enam jaringan terhasil daripada serangan balas.

Daripada enam jaringan tersebut, Liverpool mencatatkan 3 jaringan dan United memperolehi 2 gol.

Sadio Mane dan Mohamed Salah berjaya membuktikannya ketika berjaya menumpaskan Arsenal 4-0 di Anfield. Gandingan mereka berdua berjaya menghasilkan serangan balas yang pantas dan Roberto Firmino pula bijak melakukan pergerakan yang licik dan mengatasi pertahanan lawan.

Jose Mourinho yang terkenal dengan corak bertahan ketika perlawanan di tempat lawan yang sukar pasti akan mengekalkan disiplin bertahan dan United juga memerlukan pertahanan yang mempunyai mentaliti yang lebih untuk bertahan.

3) Gunakan kelebihan ketinggian untuk bola udara dan sempurnakan peluang ‘set-pieces’

Manchester United merupakan pasukan kedua yang mempunyai pemain yang tinggi, dengan purata para pemain berketinggian 6 kaki 1 inci.

Tiga pemain yang direkrut oleh Jose Mourinho pada musim ini juga mencatatkan ketinggian 6 kaki keatas.

Ianya dibuktikan apabila United berjaya menjaringkan enam gol menerusi situasi ‘set-piece’ setelah tujuh perlawanan dilalui.

Pada perlawanan bertemu Liverpool ini juga perlu dimanfaat sepenuhnya oleh pemain United kerana barisan pertahanan tuan rumah juga tidak menunjukkan prestasi yang baik setakat ini.

Mereka juga dibolosi tiga gol daripada situasi ini.

4) Juan Mata mesti direhatkan untuk melancarkan dan meningkatkan kelajuan serangan

Mourinho perlu merehatkan Mata diatas sebab-sebab strategi permainan.

Untuk strategi serangan balas mahupun permainan ‘direct football’ untuk hampir keseluruhan perlawanan, United memerlukan pemain yang laju dan tinggi. Ternyata pemain Sepanyol itu tidak sesuai dengan keadaan ini.

Sekiranya Mata bermain di sayap kanan, beliau terpaksa menghadapi kepantasan yang dimiliki Salah dan Mata bukanlah ciri-ciri seorang pemain yang mempunyai kelajuan, beliau akan mengalami kesukaran dan mungkin juga akan di’buli’ oleh Salah.

5) Mengeskplotasi kelemahan jentera pertahanan Liverpool

Kelemahan jentera pertahanan Liverpool seharusnya digunakan sepenuhnya oleh United yang kini begitu berbahaya di bahagian serangan.

Marcus Rashford dan Anthony Martial yang begitu licik sudah pasti memberikan pertahanan Liverpool kerja ‘lebih masa’ untuk merantai pergerakan dua pemain muda ini.

Nemanja Matic dan Henrikh Mkhitaryan juga mempunyai peluang terbaik untuk melakukan hantaran-hantaran berkualiti untuk menghukum barisan pertahanan Liverpool yang sudah dibocori 12 gol setakat ini.

Sekiranya Romelu Lukaku sempat untuk pulih pada perlawanan ini, penjaring 7 gol dalam saingan liga itu akan menjadi ancaman terbesar buat Joel Matip dan Dejan Lovren.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN