5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Arab Saudi

Lupakan kekalahan 10-0 yang lepas.

Malam ini pasukan kebangsaan kita akan menentang Arab Saudi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Shah Alam. Tetapi sejauh manakah pengetahuan kita tentang Arab Saudi?

Kami sediakan 5 perkara yang perlu anda tahu tentang pasukan yang kini berada di ranking 93 dunia ini.

1. Bermain dengan formasi kegemaran Bert van Marwijk, 4-2-3-1

Dalam banyak-banyak pasukan di Asia, Arab Saudi adalah pasukan yang paling tidak stabil sekali.

Dalam 10 tahun lepas, Arab Saudi sudah menggunakan khidmat 10 ketua jurulatih berbeza untuk pasukan kebangsaannya.

Ketua jurulatih terbaru, Bert van Marwijk, baru mengambil alih Arab Saudi pada bulan Ogos lepas. Dalam perlawanan pertamanya, Arab Saudi menewaskan Timor Leste 7-0.

Seperti taktikalnya ketika melatih skuad kebangsaan Belanda dan kelab Hamburg SV, van Marwijk adalah peminat tegar sistem 4-2-3-1.

Van Marwijk gemar pasukannya bermain agak defensif. Di bawah van Marwijk, Arab Saudi tidak gemar meninggalkan garisan defensif yang tinggi.

Mereka bermain dengan sistem double pivot (dua defensive midfielders) untuk menggalakkan bek kiri dan kanan naik menyerang.

2. Menentang pasukan lemah, van Marwijk akan mencuba pemain baru

Ketika menentang Timor Leste, van Marwijk hanya mengekalkan 4 pemain daripada era bekas ketua jurulatih sebelumnya – Cosmin Olăroiu – dalam kesebelasan utama.

Pemain yang dikekalkan van Marwijk adalah kapten Osama Hawsawi, bek kiri Abdullah Al-Dossary, pemain tengah Salman Al-Faraj dan Taiseer Al-Jassam.

6 pemain lain adalah muka baru yang dikenalpasti oleh pembantu van Marwijk yang juga menantunya, Mark van Bommel. Kesemuanya mempunyai kurang 15 kaps antarabangsa.

Turut membantu van Marwijk dalam tugasan Arab Saudi adalah jurulatih Adrie Koster dan Roel Coumans serta wartawan Taco van den Velde yang membekalkan data statistik pemain Arab Saudi.

Menentang Malaysia, van Marwijk dijangka akan terus memberi peluang kepada muka baru untuk bermain.

Arab Saudi - Football tactics and formations

3. Menumpukan serangan di sayap kiri

Satu perkara yang kami sedar ketika kemenangan 7-0 menentang Timor Leste adalah kecenderungan Arab Saudi untuk menumpukan serangan mereka di bahagian sayap kiri.

Tidak diketahui sama ada memang van Marwijk mengetahui kelemahan Timor Leste di posisi bek kanan mereka. Atau mereka hanya mahu menggunakan kelebihan fizikal dan teknikal yang ada pada bek kiri mereka, Abdullah Al-Dossary.

Dalam perlawanan tersebut, pemain sayap kanan Salman Muwashar sering berlegar-legar di sayap kiri ketika Arab Saudi mula menyerang. Ketika Arab Saudi menyerang di sayap kiri, kawasan sayap kanan mereka kosong dan hanya mempunyai bek kanan mereka sahaja.

Di sayap kiri, Salman bertukar-tukar hantaran satu-dua dengan pemain sayap kiri Taiseer Al-Jassam dan bek kiri, Abdullah Al-Dossary.

Ini membolehkan Arab Saudi sering mencipta situasi 2v1, 3v2 dan 4v3 di kawasan bek kanan Timor Leste.

arabsaudi1

Maka tidak hairanlah 5 daripada 7 gol Timor Leste berpunca dari gerakan dari sayap kiri.

Anak buak Ong Kim Swee perlu berhati-hati dengan kecenderungan Arab Saudi ini, terutamanya S. Kunanlan. Pemain sayap kanan dan defensive midfielder kita juga perlu rajin membantu Kunanlan jika Arab Saudi menyerang dari kiri.

4. Mempunyai pemain yang mampu membuat larian berbahaya jika diberi ruang.

Selepas bolos 3 gol dari sayap kiri, Timor Leste mula menguatkan pertahanan kanannya. Cara mereka adalah menyesakkan kawasan tersebut dengan pemain mereka untuk mengatasi kekurangan 1v2, 2v3 dan 3v4 di kawasan tersebut.

Cara Timor Leste tersebut berjaya mengurangkan bahaya bek kiri Abdullah Al-Dossary dan pemain sayap kiri Taiseer Al-Jassam.

Tetapi ia membuka ruang besar di tengah yang mudah dieksploit oleh pemain tengah Yahya Al-Shehri (1 gol), Salman Al-Faraj (1 gol) dan penyerang utama mereka, Mohamed Al-Sahlawi (3 gol).

arabsaudi3

Memandangkan pemain pertahanan kita tak mampu bertahan baik dalam situasi 1v1 dengan pemain Arab Saudi, adalah penting bagi pemain kita untuk mempunyai sekurang-kurangnya 10 pemain di belakang bola.

arabsaudi2

Garisan defensif perlu direndahkan dan ruang di belakang pertahanan tengah mesti diminimumkan.

Penjaga gol pula harus peka dan bijak membaca sebarang bola yang datang di ruang belakang pertahanan tengahnya.

5. Pemain no.10 Arab Saudi gemar menyusup di ruang sekitar bek kiri.

Penyerang utama Arab Saudi, Mohamed Al Sahlawi, adalah seorang penyerang yang bijak mencari posisi tepat untuk menyudahkan peluang.

Ketika Arab Saudi galak menyerang dari sayap kiri dalam perlawanan menentang Timor Leste, pemain berjersi nombor 10 ini kerap menanti peluang di bahagian far post – ruang yang wujud sekitar bek kiri mereka.

Al Sahlawi bukanlah penyerang pantas, tinggi dan tegap. Sebaliknya beliau hanya menggunakan kebijaksanaannya mencari ruang dan skil penyudahnya untuk menjaringkan gol.

Ini bermakna jentera pertahanan kita berdepan dengan ujian intelektual ketika menentang Al Sahlawi nanti. Bukannya ujian siapa paling kuat dan siapa paling laju.

Baca juga: UNIK! INI CARA TOYOTA MENGIKLAN KERETA TOYOTA DI LIGA BOLA SEPAK ARAB SAUDI

Sumber: AFC, The-AFC.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN