Manchester United menang 3-1 ke atas Burnley dalam perlawanan yang sebenarnya sukar dan sengit untuk anak buah Ole Gunnar Solksjaer.
Untuk rekod ini adalah kali pertama Manchester United menewasan Burnley di Old Trafford sejak enam tahun yang lalu. Kali terakhir skuad The Red Devils menang ialah pada 2015, apabila dua gol Chris Smalling membantu merekodkan kemenangan 3-1 pada ketika itu.
Sejak itu The Clarets tidak pernah kalah di arena ini, dengan beberapa keputusan seri dan kemenangan termasuk kemenangan 2-0 pada musim lalu.
Berikut adalah lima perkara mengenai pertemuan kedua-dua pasukan pada malam tadi.
Manchester United breeze past Burnley 💪
That’s five straight Premier League wins in a row 🔥 pic.twitter.com/n7PafnV85R
— GOAL (@goal) April 18, 2021
Man Utd perlu kekalkan Cavani
Untuk tiga perlawanan berturut-turut, Edinson Cavani telah menjaringkan gol untuk Manchester United. Kehadiran Cavani sebagai penyerang bukan sahaja memberikan kelebihan kepada Manchester United di hadapan gawang lawan. Pemain ini turut menjadikan pemain di sekeliling, khususnya pemain muda seperti Mason Greenwood menjadi lebih baik dan yakin.
Edinson Cavani is the first Man United No.7 to score 10 goals in a season since Cristiano Ronaldo 👏 pic.twitter.com/hmQgIu5RmI
— ESPN FC (@ESPNFC) April 18, 2021
Kontrak Cavani di Old Trafford akan berakhir pada musim panas ini. Beliau dikhabarkan sedang diintai oleh Boca Juniors. Pada usia 35 tahun, Cavani tidak akan mungkin turun dalam setiap perlawanan Manchester United pada musim hadapan.
Namun seperti dikatakan tadi, sumbangan Cavani bukan sekadar di atas padang. Pengalaman dan peranan beliau sebagai pemain amat berguna untuk rujuka pemain-pemain muda di Old Trafford.
Mason Greenwood
Sejak dibawa masuk ke skuad utama Manchester United oleh Ole Gunnar Solksjaer pada musim lalu, Mason Greenwood kini membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain muda terbaik di eropah.
Dua gol oleh Greenwood dalam perlawanan ini menjadikan jumlah jaringan Greenwood kepada lima gol di saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Musim lalu Greenwood menjaringkan 15 gol untuk Manchester United dalam semua pertandingan. Namun demikian prestasi Greenwood pada musim ini tidak seharusnya diukur dengan jumlah jaringan gol.
15 – Mason Greenwood is now the joint-top scoring teenager in Premier League history for Manchester United (15, level with Wayne Rooney). Class. pic.twitter.com/O1Xj5SP6t4
— OptaJoe (@OptaJoe) April 18, 2021
14 – Since the start of last season, no player has scored more top-flight goals as a teenager within the top five European leagues than Manchester United's Mason Greenwood (14, level with Jadon Sancho). Ascent. pic.twitter.com/MK0DnGeqsq
— OptaJoe (@OptaJoe) April 18, 2021
Sejak dibawa masuk oleh Solksjaer pada musim lepas, musim ini pemain muda berusia 19 tahun ini diberikan beberapa peranan berbeza. Selain daripada posisi di sayap kanan, Greenwood adakalanya diletakkan di posisi sayap kiri, No.10 dan sebagai penyerang tunggal. Penglibatan beliau di dalam permainan juga meningkat berbanding pada musim pertamanya. Ini adalah sebahagian daripada proses yang harus dilalui pemain ini.
Untuk memecah rekod Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak pada usia remaja (sebelum mencecah usia 20 tahun) sudah cukup untuk menjelaskan betapa tinggi Solksjaer memandang tinggi bakat pemain muda ini.
Red Devils masih berpeluang
Kemenangan pada malam tadi bermakna Manchester United kini hanya dibezakan oleh lapan mata berbanding pendahulu liga, Manchester City. Berbaki enam perlawanan pada musim ini, apa-apa sahaja boleh berlaku di peringkat ini – walaupun hakikatnya sukar untuk anak buah Ole Gunnar Solskjaer.
Namun di dalam bola sepak tiada yang mustahil. Jika musim 2011/12 dijadikan rujukan, situasi pada hari ini adalah lebih kurang sama buat kedua-dua pasukan. Bezanya mereka berada di kedudukan bertentangan. Pada musim tersebut, Manchester City turut ketinggalan lapan mata berbaki enam perlawanan kepada Manchester United.
2012: Man City are 8 points behind Man United with 6 games left to play. Go on to win the league in the last minute of the last game 🏆
2021: Man United are 8 points behind Man City with 6 games left to play 👀 pic.twitter.com/Oc7LaHCV0V
— ESPN UK (@ESPNUK) April 18, 2021
Namun di dalam bola sepak tiada yang mustahil. Jika musim 2011/12 dijadikan rujukan, situasi pada hari ini adalah lebih kurang sama buat kedua-dua pasukan. Bezanya mereka berada di kedudukan bertentangan. Pada musim tersebut, Manchester City turut ketinggalan lapan mata berbaki enam perlawanan kepada Manchester United.
Namun ia tidak menghalang anak buah Roberto Mancini mencipta sejarah meraih kejuaraan pertama mereka pada perlawanan terakhir musim tersebut. Kali terakhir Manchester United menikmati kejuaraan Liga Perdana Inggeris ialah pada musim 2012/13 pada musim terakhir Sir Alex Ferguson.
Selagi anak buah Solksjaer berjaya meneruskan rentak kemenangan yang sudah berlanjutan kepada lima perlawanan berturut-turut ini, maka peluang itu sentiasa ada di dalam bola sepak.
Marcus Rashford pemain penting
Tidak boleh dinafikan bahawa pemain seperti Marcu Rashford adalah penting untuk Manchester United. Dalam perlawanan malam tadi, beliau menyumbangkan satu assists selain beberapa momen menarrik, termasuk skil yang membenarkan Red Devils berjaya memecah kebuntuan jaringan. Namun Rashford juga dilihat keluar dari padang dengan keadaan terhincut-jincut dan digantikan dengan Van de Beek pada ketika Manchester United masih perlu memerlukan jaringan.
Marcus Rashford’s game by numbers vs. Burnley:
45 touches
12 touches in opp. box (most)
4 take-ons (most)
4 duels won
3 chances created
2 shots
2 big chances created (most)
1 shot on target
1 assistHis eighth Premier League assist of the season. pic.twitter.com/rvB2xnT32J
— Squawka (@Squawka) April 18, 2021
Sebelum perlawanan, Solksjaer berkata Rashford berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk beraksi, namun tetap mengeluarkan pemain itu pada babak kedua. Jelas sekali Rashford tidak berada pada tahap kecergasan terbaik. Enam daripada tujuh perlawanan terakhir dimana Rashford berada di dalam kesebelasan utama menyaksikan pemain antarabangsa England ini telah digantikan.
Manchester United perlu berhati-hati agar tidak terlalu membebankan pemain terbaik mereka ini. Ini kerana ia seperti Rashford terlalu cepat diarahkan beraksi setiap kali baru pulih dari kecederaan dan belum berada pada tahap kecergasan terbaik.
Manchester United perlukan seorang defensive midfielder
Seperti yang kita saksika sejak beberapa perlawanan lalu, Paul Pogba beraksi dengan baik apabila berada diberikan peranan sebagai pemain tengah menyerang. Pemain antarabangsa Perancis ini boleh beraksi di dalam sistem double pivot, namun kesannya tidak sebaik seperti diharapkan kerana ia bukan posisi terbaik dan kegemarannya.
Scott McTominay juga tiada bezanya. Pemain Scotland ini kelihatan menyinar apabila beraksi sebagai pemain tengah box-to-box. Fred juga sama. Pemain dari Brazil ini perlu diberikan kebebasan untuk bergerak dan melakukan tackle.
Paul Pogba’s game by numbers vs. Burnley:
89% pass accuracy
60% aerials won
34 final third passes
9 attempted long passes
8 successful long passes
4 ball recoveries
4 attempted take-ons
3 successful take-ons
3 fouls suffered
3 switches
2 clearances
1 assistOutstanding. 🇫🇷 pic.twitter.com/ImlzHkcbPC
— Statman Dave (@StatmanDave) April 18, 2021
Jika dilihat, ketiga-tiga pemain ini bukanlah pemain tengah bertahan atau holding midfielders yang boleh menjadi teras di bahagian tengah. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pasukan yang dianggap degil seperti Burnley.
Kemenangan 3-1 tampak mudah. Namun keputusan itu mungkin tidak akan sama sekiranya beberapa serangan balas pantas tidak memihak kepada Manchester United. Di sini kita bercakap mengenai stabiliti sepanjang permainan. Bukan sahaja anak buah Solksjaer perlu tajam di hadapan, namun mereka juga harus membina stabiliti di dalam permainan baik ketika bertahan mahu pun ketika memulakan gerakan.
Rumusan
Keputusan 3-1 memihak kepada Manchester United bermakna Burnley kekal di kedudukan ke-17 Liga Perdana Inggeris dan dipisahkan oleh enam mata dari zon penyingkiran. Bagaimanapun anak buah Dyche masih mempunyai satu perlawanan belum dimainkan berbanding Fulham yang menduduki tangga ke-18. Untuk selamat, Burnley perlu mengumpul lagi 7 mata dari baki enam perlawanan yang perlu diharungi.
Manchester United pula sudah tidak tewas dalam 12 perlawanan. Mampukah Manchester United mengejar kedudukan Manchester City dalam tepoh beberapa minggu akan datang?
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
Kesebelasan Utama Man Utd Impian David Moyes Yang Tidak Kesampaian