5 Perkara Perlu Mohamed Salah Lakukan Untuk Memenangi Anugerah Ballon D’or 2022

Mohamed Salah merupakan antara pemain yang paling berprestasi dalam dunia bola sepak pada ketika ini, dan beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Liverpool sejak dari awal ditandatangani pada tahun 2017 yang lalu.

Beliau ditandatangani oleh Liverpool dari AS Roma dengan yuran perpindahan bernilai €45 juta, dan jelas sekali ia merupakan pelaburan yang sangat berbaloi untuk kelab dari Merseyside itu.

Sejak dari awal ketibaannya di bumi Anfield, Salah telah memecah rekod sebagai penjaring gol terbanyak dalam satu musim dengan beliau menjaringkan 32 gol dari 38 penampilan pada musim debutnya.

Salah juga merupakan nadi penting dalam skuad Liverpool ketika membantu kelab menjuarai saingan Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.

Pemain berusia 29 tahun itu benar-benar berada di kemuncak prestasinya dengan Salah pada musim ini merupakan nadi penting skuad Liverpool dalam semua pertandingan.

Mohamed Salah juga pada ketika ini dianggap sebagai calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon D’or 2022 nanti.

Beliau pada ketika ini sudah berjaya menjaringkan 23 gol dan mencatatkan sembilan assists dari 26 penampilan dalam semua pertandingan.

Melihat kepada pencapaian dan sumbangan beliau sepanjang musim ini, maka tidak keterlaluan untuk menganggap Mo Salah sebagai pemain terhebat dunia pada ketika ini.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1484926350981054466?t=_LjDlb4vjj2xlV52djPVQQ&s=19

Dan kerana itu jugalah beliau dianggap sebagai calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon D’or 2022 nanti.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya perlu melakukan beberapa hal lagi agar tempat beliau untuk membawa pulang bola emas itu akan lebih terjamin.

Lima perkara yang perlu Salah lakukan untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun 2022 nanti.

5) Memenangi gelaran AFCON

Egypt sudah mengesahkan tempat untuk beraksi di pusingan 16 terbaik saingan AFCON 2021, dengan mereka selepas ini dijadualkan bakal bertemu Ivory Coast.

Egypt juga merupakan antara pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan ini, dengan mereka pernah tujuh kali muncul sebagai Juara.

Piala merupakan antara aspek paling membantu untuk seseorang pemain itu memiliki kelebihan dalam perebutan untuk memenangi anugerah Ballon D’or.

Memenangi Piala antarabangsa seperti Euro, Copa America dan AFCON merupakan antara kejayaan yang paling membantu untuk pemain itu memenangi anugerah tersebut.

Lionel Messi berjaya membantu Argentina untuk memenangi gelaran Copa America pertama mereka dalam tempoh 28 tahun terakhir ini pada tahun lalu.

Dan kerana kejayaan itulah beliau telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Seandainya Salah berjaya membantu Egypt memenangi gelaran AFCON pada tahun ini, maka beliau semakin berpotensi untuk membawa pulang bola emas itu musim ini.

https://twitter.com/mosalah_82/status/1482708772883771400?t=pXOFLGSMWTWWt8wYTFllIw&s=19

4) Layak ke saingan Piala Dunia Qatar 2022

Egypt bukanlah kuasa besar di pentas bola sepak dunia, mereka layak ke kejohanan Piala Dunia 2018 selepas Mo Salah cemerlang menyempurnakan sepakan penalti di minit akhir ketika menewaskan Congo di pusingan kelayakan.

Pada edisi 2022 ini, Egypt masih lagi belum berjaya untuk melayakan diri, dengan mereka sedang berusaha untuk mara dan beraksi di pentas Piala Dunia Qatar tahun ini.

Bahkan, mereka selepas ini akan bertemu Senegal dalam aksi saingan play-off Piala Dunia, dan ia bukanlah berita baik untuk mereka.

Ia juga merupakan berita buruk untuk para penyokong Liverpool, kerana salah seorang antara Mo Salah dan Sadio Mane tidak akan berada di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Namun begitu, seandainya Salah berjaya membantu Egypt untuk mara ke saingan Piala Dunia, ia jelas akan menambah lagi kemungkinan untuk beliau memenangi anugerah Ballon D’or nanti.

3) Menang kasut emas Premier League

Mengikut kedudukan pada ketika ini, Mohamed Salah sangat selesa untuk memenangi anugerah kasut emas dalam saingan Premier League.

Beliau sebelum ini pernah dua kali memenangi anugerah tersebut, dengan Salah merupakan penjaring terbanyak saingan Premier League pads musim 2017/18 dan 2018/19.

Musim ini, beliau boleh dikatakan sudah terlalu jauh mendahului carta penjaring terbanyak, dengan Salah sudah berjaya menjaringkan 16 gol hanya dari 20 penampilan sahaja dalam saingan Premier League.

Rakan sepasukannya, Diogo Jota berada di kedudukan kedua selepas menjaringkan 10 gol dalam saingan Premier League sepanjang musim ini.

Bekas penjaring terbanyak saingan Premier League sebelum ini, Harry Kane jauh tertinggal di belakang pada ketika ini, dan agak sukar untuk melihat beliau mampu mencabar Salah pada musim ini.

Boleh dikatakan Salah sudah tentu akan memenangi anugerah tersebut pada musim ini, melainkan seandainya beliau mengalami kecederaan panjang, atau tiba-tiba hilang sentuhan jaringan maka Jota dan Jamie Vardy akan berpotensi untuk memintasnya.

Memenangi anugerah kasut emas merupakan antara faktor yang juga akan membantu mengukuhkan kedudukan Mohamed Salah untuk memenangi anugerah Ballon D’or nanti.

2) Memenangi kasut emas saingan Champions League

Liverpool pada musim ini kononnya telah diundi berada dalam kumpulan maut dalam saingan Champions League bersama AC Milan, Porto dan Atletico Madrid.

Namun begitu, mereka dilihat terlalu mudah untuk melayakan diri ke pusingan kalah mati selepas merekodkan enam kemenangan dari enam perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan.

Namun begitu, Liverpool berkemungkinan tidak akan mampu mencatatkan rekod 100% seandainya Salah tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada musim ini.

https://twitter.com/fcsalah11/status/1482407476347744258?t=Mns4DTpTkhC_CZqMllOTNg&s=19

Pemain berusia 29 tahun itu berjaya menjaringkan tujuh gol dari enam penampilan dalam saingan Champions League musim ini.

Beliau pada ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam senarai penjaring terbanyak saingan Champions League, dibelakang Sebastian Haller (10 gol) dan Robert Lewandowski (9 gol).

Liverpool dijangka bakal pergi lebih jauh pada saingan Champions League musim ini, dan Salah dijangka akan mampu menjaringkan lebih banyak gol lagi.

1) Bantu Liverpool menjuarai saingan Champions League

Ia bukanlah kali pertama untuk melihat Mohamed Salah menjadi nadi penting dalam membantu Liverpool untuk memenangi gelaran Champions League.

Beliau pernah melakukan hal itu pada musim 2018/19 yang lalu selepas beliau turut hampir melakukan hal yang sama satu musim sebelum itu.

Liverpool jelas sekali merupakan antara pasukan paling sukar untuk ditewaskan dalam saingan Champions League pada musim ini.

Hal ini kerana pasukan lawan sukar untuk menandingi mereka ketika beraksi di Anfield, dan kerana hal itu jugalah gergasi Premier League itu dianggap calon kegemaran untuk muncul Juara.

Salah sudah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang musim ini, dan seandainya beliau konsisten serta mampu membantu Liverpool untuk bergelar juara, maka sukar untuk mana-mana pihak menafikan hak beliau untuk membawa pulang bola emas itu nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN