Chelsea akan melayan kunjungan Liverpool di Stamford Bridge pada hari ini. Kami senaraikan 5 perkara menjelang pertemuan pada hari ini.
1. Slot UCL
Liverpool memerlukan kemenangan untuk mengesahkan slot ke UCL. Dan Chelsea pula diberikan talian hayat oleh Spurs selepas pasukan tersebut tewas di tangan West Brom.
Jika menang pada hari ini, Chelsea akan merapatkan jurang kepada 2 mata di belakang Spurs. Dan mereka masih ada 1 perlawanan dalam tangan.
Jadi, Chelsea pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini selepas beberapa minggu lalu dianggap sudah tidak mampu menjangkau slot 4 teratas.
2. Kepulangan Mohamed Salah
Pemain Terbaik PFA 2017/18 ini akan kembali ke Stamford Bridge buat pertama kali sejak kembali semula ke England. Mohamed Salah adalah pemain yang jauh berbeza kali ini. Mendahului senarai penjaring terbanyak EPL musim ini.
Dalam pertemuan sebelum ini menentang Chelsea di Anfield, Salah menjaringkan gol ke atas kelab lama beliau itu.
Mohamed Salah akan berhadapan juga dengan pemain dalam kesebelasan tahunan PFA 2017/18 iaitu Marcos Alonso yang akan kembali selepas menjalani penggantungan.
3. Rekod pertemuan
Chelsea masih belum menang ke atas Liverpool dalam 5 pertemuan terakhir mereka dalam EPL. Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Liverpool memaksa Chelsea untuk melakukan kebangkitan.
3 kemenangan berpihak kepada Liverpool dan 2 lagi berakhir seri. Antonio Conte pasti sedar, rekod ini harus dihentikan.
4. Antonio Conte vs Klopp
2 pengurus yang menjadi perhatian media kerana tenaga mereka di tepi padang. Mungkin musim ini Antonio Conte tidak seghairah musim lalu selepas Chelsea agak bergelut musim ini.
Kedua-dua pengurus memiliki pendekatan yang berbeza. Conte menggunakan pendekatan yang lebih menekankan aspek defensif dengan kemampuan untuk menyerang balas.
Manakala Liverpool pula dikenali dengan bola sepak menyerang dan gegenpressing. Namun ia juga boleh memakan diri. Sejak kemasukan Van Dijk, Liverpool memperbaiki aspek pertahanan mereka terutama sekali duel di udara.
5. Pengurusan pasukan
Kedua-dua pasukan akan beraksi di final beberapa minggu akan datang. Chelsea akan bermain di final Piala FA dan Liverpool akan beraksi di fnal UCL.
Jadi, dalam fasa ini, mereka pastinya cuba sedaya upaya memastikan pengurusan pasukan dan pemain pada tahap terbaik. Sebarang risiko kecederaan panjang oleh pemain utama pastinya ditakuti.