Selepas kontrak Hassan Chaito ditamatkan kerana mengalami kecederaan panjang, Terengganu giat mencari pengganti baru sehingga meminta bantuan penyokong Terengganu di Facebook page mereka untuk memberikan cadangan nama pemain import kuota Asia. Unik.
Calon utama mereka adalah pemain kelahiran Portugal yang kini mewakili Timor Leste, Jaime Braganca. Tetapi ketika perlawanan persahabatan menentang Kuantan FC (Terengganu kalah 2-3), persembahan Braganca diselar oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (PETEH) yang menyaksikan perlawanan tersebut.
Kredit perlu diberikan kepada Terengganu kerana mengambil kira pandangan penyokong mereka. Jaime Braganca kemudiannya digantikan oleh Issey Nakajima-Farran.
Sekarang kami berikan anda 5 perkara menarik yang perlu anda tahu tentang pemain kacukan Kanada-Jepun yang sudah bermain di lebih dari 7 kelab dari 4 benua yang berlainan.
1. Denmark adalah negara kegemarannya
Karier bola sepak membawanya ke lebih dari 10 buah kelab, 7 buah negara dan 4 benua berbeza (jika anda merasakan Australia lebih Oceania daripada Asia). Tanpa berselindung, Issey Nakajima-Farran memberitahu pengalamannya tinggal dan bermain di Denmark adalah yang paling beliau suka.
Di Denmark, saya mula berminat secara serius dengan seni rekaan dalaman. Kos hidup di sana sangat mahal, jadi rakyat Denmark sentiasa mempunyai minat mendalam terhadap rekaan dalaman dan perabot rumah.
Rumah pemain muda di sana pun mempunyai meja untuk 6-8 orang, sesuatu yang janggal apabila anda tinggal di Asia dimana rumah anda biasanya sangat minimalis dan hanya menjadi tempat anda untuk tidur sahaja.
Jadi saya mula membeli perabot dari IKEA dan saya bawa ke mana-mana sahaja tempat saya berpindah. Kemudian, saya hias rumah saya cantik-cantik seperti rumah orang Denmark.
2. Bakatnya tidak dihargai di Australia…
Selepas 5 tahun bermain di liga Denmark, beliau berhijrah ke Australia. Bermain di A-League untuk Brisbane Roar yang ketika itu dikendalikan oleh Ange Postecoglou yang merupakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Australia ketika ini, beliau pernah dituduh sebagai ‘softy’ oleh bekas penjaga gol Brisbane Roar, Scott Higgins kerana sering jatuh selepas dikasari.
Higgins kerap mengutuknya di Twitter tetapi kredit buat Issey; beliau tidak bertindak balas.
Selepas semusim bermain, nama beliau kemudiannya diketepikan oleh Postecoglou dalam senarai 25 pemain kejohanan AFC Champions League 2006. Ketika itu, beliau tahu kariernya bersama Brisbane Roar sudah hampir ke penghujung.
3. …tetapi beliau dijulang sebagai lagenda di Toronto FC dalam Major League Soccer
Issey Nakajima-Farran hanya memerlukan 7 perlawanan untuk memenangi hati penyokong Toronto FC. Pada perlawanan ke-2 beliau menjaringkan 1 gol dalam kemenangan 2-0 menentang Columbus Crew. Dua perlawanan berikutnya, beliau menjaringkan gol saguhati dalam kekalahan 1-2 kepada FC Dallas.
Apabila beliau menjaringkan penalti terakhir yang menbawa Toronto FC ke final Voyaguers Cup, nama beliau dijulang sebaris dengan Jermaine Defoe dan Michael Bradley.
Baca: Mengapa Menyalahkan Kegagalan Penyerang Tempatan Atas Polisi Pemain Import Adalah Idea Bodoh
4. Ketika di Toronto FC, beliau menjadi mangsa sistem perpindahan pemain MLS
Seperti sukan besbol dan bola keranjang di Amerika Syarikat, Major League Soccer juga membolehkan seseorang pemain ditukar suka sama suka dengan pemain dari pasukan lain.
Dalam kes ini, dua hari selepas beliau meraikan kejayaan Toronto FC mara ke final Voyaguers Cup, Issey Nakajima-Farran ditukar dengan pemain Montreal Impact, Collen Warner. Beliau masuk ke Montreal Impact, Collen Warner masuk ke Toronto FC.
Lebih kejam lagi, berita pertukaran itu diketahui oleh Issey pada hari ulang tahun kelahirannya.
Beliau segera meluahkan perasaannya ke Twitter dan menaip hashtag #inhumane (tak berperikemanusiaan) di sebelah MLS. Beliau kemudiannya mengkritik sistem perpindahan pemain MLS yang disifatkannya sebagai tak sesuai dilaksanakan dalam sukan bola sepak.
Paling mengecewakan penyokong Toronto FC, Collen Warner yang dibawa masuk hasil pertukaran tidaklah sehebat Issey.
5. Oh yeah, beliau seorang lelaki Renaissance.
Selain pandai bermain bola sepak, beliau juga pandai melukis di atas kanvas. Lebih bagus lagi, beliau mempunyai perniagaan sendiri yang menjual hasil seninya. Tema utama hasil lukisannya adalah bola sepak. Respect! Kami mesti dapatkan lukisannya untuk dinding pejabat kami!
Hasil seni beliau boleh dilihat dan dibeli (dan dikagumi) di laman web rasmi beliau: http://www.isseyart.com/
"GameHunger"common boys 3pts!Enough of this losing streak!@impactmontreal @MLS #gottashowmorefight #homestadiumroar pic.twitter.com/c5TxlckSec
— Issey Nakajima-Farran (@isseynfarran) August 16, 2014
HARIMAU MALAYA!!!
Nota editor: Kami difahamkan Issey Nakajima-Farran mengisi kuota pemain import Asia di Terengganu tetapi beliau sudah pun mempunyai senior caps bersama pasukan kebangsaan Kanada. Ada sesiapa boleh jelaskan kekeliruan ini?
Baca: Kenali Import Terbaru JDT: Alhaji Kamara
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.
Sumber: Terengganu FB Official, Reddit, Cronica Futebolistica, FoxSports AU, Twitter