5 Perkara Daripada Kekalahan Malaysia Di Tangan Thailand

Terlebih dahulu kami ucapkan tahniah untuk pingat perak Sukan SEA 2017. Pastinya agak sedih kerana gagal mendapatkan emas. Ini adalah 5 perkara yang kami gariskan

1. ‘Main tak cantik tak apa janji menang’

Ini adalah ayat yang paling popular. Namun itu memang realti. Kalau main tidak cantik tetapi menang tetap dianggap menang.

Namun berbalik kepada DNA bola sepak, jika kita gagal membentuk satu DNA bola sepak dengan taktikal yang baik, kita akan lebih menjana konsistensi.

Bermain baik ini bukan bermaksud menguasai 70% perlawanan sahaja. Ia lebih kepada kemampuan pemain mengawal bola dengan betul. Ada daya kecergasan dan kecerdasan berfikir di dalam padang.

Semalam banyak aksi pemain hanya berlari dengan bola ke bahagian sayap untuk melakukan hantaran lintang. Tapi itulah, kalau main tak cantik tapi menang, memang tak apa.

Tapi jika main tak cantik tetapi kalah, kritikan akan lebih kuat berbanding dengan main cantik tetapi kalah.

Sampai bila kita hanya membentuk pasukan untuk mencari kemenangan dalam satu perlawanan tanpa memikirkan DNA bola sepak yang boleh digunakan untuk satu musim yang panjang.

2. Malaysia terlalu mudah dijangka

Sepanjang perlawanan, setiak tindakan pemain Malaysia di bahagian serangan seakan-akan sudah dijangka pemain-pemain Thailand.

Tiada variasi ketika di final third, dan hanya bergantung kepada hantaran silang. Thailand sangat bersedia untuk berhadapan dengan taktikal ini.

Mereka bertahan dalam unit yang kompak. Meletakkan pemain berbadan besar di pusat sistem zonal marking mereka ketika menunggu hantaran lintang.

Ibarat Thailand hadir menyaksikan latihan taktikal pasukan Malaysia.

3. Thailand berdisplin

Ini bukanlah pasukan Thailand yang terbaik berbanding dengan beberapa pasukan yang mereka hantar untuk ke Sukan SEA sebelum ini. Namun mereka masih mampu menjuarai Pingat Emas.

Disiplin adalah kunci penting dalam diri pemain-pemain Thailand. Walaupun mereka melihat unit tengah dan pertahanan Malaysia terpecah teruk. Mereka tidak terburu buru untuk meningkatkan garisan pertahanan yang mereka letakkan agak rendah.

Pemain mereka tidak gopoh untuk keluar daripada garisan pertahanan berbanding dengan pemain Malaysia yang terlalu cepat keluar daripada garisan untuk melancarkan bentesan.

Maldini berkata:

“Jika anda banyak jatuh ke tanah untuk melakukan bentesan, anda bukan pertahanan yang baik.”

4. Pemainan berpasukan Malaysia lemah

Masalah ini berlaku sejak perlawanan pertama lagi. Namun kita efektif untuk bertahan dan menjaringkan gol menerusi taktik bola tinggi.

Malaysia kurang fluid di barisan serangan. Kita tahu, faktor padang yang licin adalah salah satu halangan. Tetapi apa yang berlaku pada semalam, terlalu kurang usaha untuk bermain secara berpasukan dengan pertukaran hantaran di antara pemain.

Banyak hantaran adalah pasif dan neutral. Sama ada hantaran ke belakang ataupun ke sisi terlalu kerap tanpa mencetuskan ancaman. Kurannya hantara penetratif/killer passes oleh pemain-pemain kita.

5. Sejarah benar-benar berulang

Pada 2001, kita memberikan pingat emas kepada Thailand kerana kesilapan penjaga gol. Haziq adalah penjaga gol yang baik dan antara pemain yang cemerlang membawa Malaysia sehingga ke final.

Namun kesilapan beliau semalam adalah kerana pemilihan tindakan yang silap daripada Haziq. Dari awal perlawanan lagi Haziq tidak selesa dengan bola yang licin.

Diharap beliau dapat memperbaiki aspek ‘goalkeeping’ beliau dalam keadaan cuaca hujan. Beliau masih muda dan masih banyak masa untuk membangunkan diri.

Rumusan

Malaysia menganggap bola sepak ini sebagai ibu segala pingat. Sehinggakan sanggup bercuti hampir sebulan daripada liga domestik.

Namun Malaysia tetap berjaya melepasi cabaran pasukan pilihan seperti Myanmar. Cuma untuk Thailand, mereka masih lagi raja bola sepak di Asia Tenggara dalam semua peringkat.

Kepada pemain-pemain muda Malaysia, diharap anda terus membangunkan diri anda bersama-sama dengan pasukan anda selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN