Gol Sadio Mane Antara 5 Perkara Daripada Kemenangan Liverpool Ke Atas Cardif

Liverpool menang mudah 4-1 di Anfield semalam sekaligus meletakkan mereka di puncak liga untuk sekurang-kurangnya 48 jam sebelum sepak mula melibatkan Man. City vs Tottenham Hotspur.

1. Gol Mane

2 gol Sadio Mane membantu Liverpool menang semalam. Dan sebagai rekod, setiap kali Sadio Mane menjaringkan gol di Anfield, Liverpool menang.

Kini Liverpool menang kesemua 19 perlawanan di Anfield setiap kali Mane menjaringkan gol.

Sebagai tambahan Sadio Mane sudah menjaringkan 50 gol EPL dalam karier beliau setakat ini.

2. Liverpool bocor jua di Anfield

Gol Paterson semalam memecahkan kekebalan Liverpool di Anfield dalam saingan EPL.

Liverpool tak bolos di Anfield untuk 918 minit sehinggalah gol Paterson.

Sebelum ini, kali terakhir mereka bolos di Anfield dalam EPL adalah Februari 2018.

3. Mohamed Salah terus cemerlang

Minggu lalu beliau mencetak nama sebagai penjaring separuh abad (50 gol) untuk Liverpool.

Semalam beliau telah menjaringkan 1 gol dan 1 assist. Menjadikan statistik beliau terlibat dalam 33 gol secara langsung (23 gol dan 10 assist) dalam 24 perlawanan di EPL di Anfield.

Untuk EPL secar keseluruhannya, Mohamed Salah telah terlibat secara langsung dalam 50 gol Liverpool sejak menyertai The Reds.

4. Permulaan cemerlang Liverpool

Liverpool masih tak terkalah lagi pada musim ini setakat 10 perlawanan EPL.

Liverpool mengutip 26 mata daripada 10 perlawanan pertama. Ianya menyamai rekod permulaan cemerlang yang mereka catatkan pada musim 2008/09.

5. Rekod buruk Cardiff City

Pasukan Cardiff City tewas dalam 14 daripada 17 perlawanan EPL mereka di tempat lawan.

Setakat 10 perlawanan, Cardiff City sudah tewas 7 perlawanan. Mereka di kedudukan ke-17 hanya mengutip 5 mata, sama mata dengan Fulham yang berada di tangga ke-18.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN