Derbi Manchester semalam berakhir dengan kemenangan bergaya Manchester City 3-1 ke atas Man. United. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.
1. Manchester City terlalu dominan
Manchester City terlalu dominan dalam perlawanan ini. Mereka melakukan 883 hantaran dan 642 adalah tepat. City menguasai 65% penguasaan bola dan melakukan 17 percubaan ke arah gol.
Manchester United kelihatan akan dapat menghasilkan sesuatu ketika Lukaku dimasukkan dan memenangi penalti. Mengingatkan kita potensi ada kebangkitan seperti musim lalu. Namun ianya tak berlaku kali ini.
2. Jaringan Gundongan
Jaringan ke-3 oleh Ilkay Gundongan adalah tipikal gol yang digemari oleh pasukan di bawah kendalian Pep Guardiola – ianya gol secara berpasukan melibatkan ramai pemain dan banyak hantaran.
Gol tersebut dihasilkan dengan 44 hantaran di antara pemain. Menjadikannya gol kedua – yang dihasilkan dengan jumlah hantaran yang banyak. Nombor 1 adalah gol Juan Mata pada 2015 ketika Man. United menentang QPR – terhasil menerusi 45 pertukaran hantaran.
44 – There were 44 passes in the build-up for Ilkay Gündogan's goal v Manchester United – the most before a goal in the Premier League since Juan Mata scored for Man Utd against QPR in September 2015 (45). Fluid. #ManCity pic.twitter.com/tEqSEDm2bp
— KONATÉ🇬🇭 (@Kh7lifa) November 11, 2018
3. Rekod baru untuk Aguero
Aguero sudah mencipta banyak sekali rekod ketika di Man. City. Semalam dengan gol ke-2 ke atas Man. United – bermakna pemain itu sudah menjaringkan 8 gol dalam Derbi Manchester.
Menjadikan beliau sebaris dengan Wayne Rooney sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol dalam Derbi Manchester.
8 – No player has scored more goals in @premierleague Manchester derbies than Sergio Aguero (8, level with Wayne Rooney). Fox. #MUNMCI pic.twitter.com/lMHGP5NZ1g
— OptaJoe (@OptaJoe) November 11, 2018
Secara keseluruhan – di EPL setakat ini – Sergio Aguero sudah menjaringkan 8 gol dan 3 bantuan gol.
4. Martial sertai kumpulan elit
Gol penalti Martial semalam menjadikan beliau sebagai pemain dari Perancis ke-5 menjaringkan gol dalam 5 perlawanan berturut-turut dalam EPL selepas Thierry Henry (3 kali), Eric Cantona, Nicolas Anelka dan Olivier Giroud.
Beliau juga menjadi pemain Manchester United ke-7 menjaringkan gol dalam 5 perlawanan EPL berturut-turut selepas Eric Cantona, Dwight York, Ruud van Nistelrooy, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Robin van Persie dan Anthony Martial.
5. Man. City terus cemerlang
Mereka kekal tidak kalah dalam EPL pada musim ini selepas 12 perlawanan – berada di puncak liga dengan 32 mata. Man. City sudah menjaringkan 36 gol (paling banyak) dan hanya dibolosi 5 (paling sedikit – berkongsi dengan Liverpool).
Mereka turut tidak tewas dalam 5 perlawanan antara ‘big six’ setakat ini.
Manchester City this season:
✅ City 2-0 Chelsea
✅ Arsenal 0-2 City
🤝 Liverpool 0-0 City
✅ Spurs 0-1 City
✅ City 3-1 Man UtdDominant. ⚽🔵 pic.twitter.com/zzBghJqfm7
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 11, 2018
Sebagai perbandingan Man. United kini berada di tangga ke-8. United sudah tewas sebanya 4 kali musim ini.