5 Perkara Daripada Perlawanan Malaysia vs Thailand

Thailand menang 4-2 ke atas Malaysia dalam Piala AFC B-16.

1. Kualiti pertahanan kedua-dua pasukan

Thailand ternyata pasukan yang lebih tersusun dan berdisiplin ketika bertahan.

Pasukan Malaysia pula beberapa kali ditewaskan denan airborne passes oleh Thailand. Separuh masa pertama 3 peluang dicipta dengan cara ini.

Malaysia kerapkali gagal untuk mematikan serangan lebih awal dan terleka.

2. Luqman Hakim dan Suphanat Mueanta

2 pemain ini antara permata baru Asia Tenggara. Harapnya mereka akan digilap menjadi pemain hebat suatu hari nanti.

Luqman ternyata memiliki kualiti di hadapan gol. Beliau menjaringkan 5 gol dalam 2 perlawanan.

Luqman menyamakan kedudukan pada minit ke-11 menerusi tandukan. Satu antisipasi dan keberanian yang harus dipuji.

Namun sayang sekali beliau hilang fokus pada awal separuh masa kedua dan dilayangkan kad merah. Kehilangan Luqman pasti akan dirasai Malaysia yang selepas ini akan berhadapan dengan Jepun.

Muenta pula pemain yang sangat hebat. Beliau menjadi inspirasi kepada pasukannya dengan kualiti di dalam kotak penalti.

3. Taktikal Thailand

Ternyata hari ini Malaysia bermain menentang pasukan yang lebih baik daripada Tajikistan tempoh hari.

Thailand lebih terurus dalam bertahan dan mereka juga bermain dengan taktikal high pressing, cuba memenangi bola seawal mungkin.

Mereka juga banyak bermain permainan kombinasi dengan variasi hantaran. Thailand mendapat ruang besar di zon padat (tight area). Zon di antara pemain tengah dan pertahanan Malaysia.

Namun selepas minit ke-70, mereka mengendurkan tempo mereka. Membolehkan Malaysia mencipta beberapa siri serangan dan peluang gol.

4. Taktikal Malaysia

Lim Teong Kim menggandingkan Luqman Hakim dan Najmudin sekali lagi di hadapan.

Secara asasnya, Malaysia bermain dengan sistem pertahanan yang tinggi.

Malaysia berhadapan dengan kesukaran untuk memecahkan pertahanan Thailand pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Malaysia mengenakan tekanan seawal mungkin. Dan ia membuahkan hasil dengan gol penyamaan.

Namun selepas itu, Malaysia terpaksa bermain 10 pemain dengan  dengan 4-4-1 (diamond midfield). Malaysia cuba menyerap asakan Thailand dengan pressing yang rendah.

Ketika Thailand mengendurkan tempo mereka pada 15 minit terakhir, Malaysia cuba mendapatkan sesuatu dan menyerang.

Namun pasukan lawan bertahan sangat baik dan Malaysia gagal menyempurnakan 2 peluang penting pada fasa itu.

5. Disiplin

Malaysia berhadapan dengan isu disiplin pemain. 2 perlawanan, 2 kad merah diterima pemain kita.

Muahammad Azzim pula menerima kad kuning setelah menumbuk lawan dari belakang sedangkan pengadil sudah memberikan faul memihak kepada Malaysia.

Sebelum ini Lim Teong Kim menyatakan ini adalah proses pembelajaran berguna kepada para pemain.

Diharap para pemain muda kita belajar lebih banyak selepas perlawanan ini. Ternyata bukan mudah untuk bermain 10 pemain tertutama sekali berhadapan dengan lawan dalam prestasi terbaik.

Selepas ini, Malaysia akan beraksi tanpa pemain penting.

Rumusan

Malaysia tidak beraksi dalam prestasi terbaik pada hari ini. Manakala Thailand beraksi dalam prestasi terbaik dan lebih tekanan untuk menang dalam perlawanan ini.

Perlawanan terakhir akan menjadi penentu nasib pasukan Malaysia dalam usaha kita mahu mara ke Piala Dunia B-17 tahun depan.

Jangan putus harapan, perbaiki segala kelemahan yang ada dan berjuanglah.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN