Manchester United kembali ke landasan kemenangan selepas merekodkan jumlah gol yang agak luar biasa dan jarang sekali berlaku.
Manchester United mendahului 4-0 selepas separuh masa pertama sebelum menamatkan perlawanan dengan jaringan 9-0.
Berikut adalah lima perkara yang boleh kita ambil dari perlawanan yang sudah pasti merabakkan mata ramai peminat Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan perlawanan itu pada awal pagi tad.
1. Perbezaan gol
Sama ada anda menyaksikan perlawanan secara siaran langsung atau sekadar sorotan pada pagi tadi, anda pasti mengetahui kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar akan memberi kelebihan dari segi perbezaan gol untuk Manchester United.
Ini adalah satu langkah positif oleh Manchester United pada peringkat saingan memasuki fasa kedua musim. Sembilan gol yang dijaringkan oleh anak buat Ole Gunnar Solksjaer dalam perlawanan ini bermakna mereka menyamai rekod +19 yang dimiliki oleh Liverpool.
FULL-TIME Man Utd 9-0 Southampton
Simply 𝗜𝗡𝗖𝗥𝗘𝗗𝗜𝗕𝗟𝗘 from Manchester United! #MUNSOU pic.twitter.com/0DXM6wdVwp
— Premier League (@premierleague) February 2, 2021
Manchester City masih lagi memiliki kelebihan lima gol dari segi perbezaan gol. Sebelum perlawanan ini, Manchester United dibezakan dengan 14 gol. Perbezaan itu kini semakin tipis, dan di akhir musim perbezaan gol boleh memberi perbezaan besar dalam penentuan kejuaraan.
2. Kad merah Southampton mudahkan Man United
Southampton memulakan perlawanan ini dengan skuad serba tempang akibat kecederaan. Cabaran mereka menjadi semakin sukar selepas Alexandre Jankewitz dilayangkan kad merah hanya selepas 78 saat.
Pengadil cuba untuk berlembut dengan asakan-asakan keras pada peringkat awal. Namun dalam situasi Jankewitz pengadil nyata tiada pilihan. Kekasaran terhadap Scott McTominay jelas dikategorikan sebagai ‘high challenge’ yang menyebabkan kad merah.
🤯 Teenager Alex Jankewitz is sent off on his full Premier League debut for Southampton in 79 seconds
🟥 A woeful, thigh-high challenge on Scott McTominay
⏱️ 7' | 0-0 #MUNSOU pic.twitter.com/HWCZKG564I
— WhoScored.com (@WhoScored) February 2, 2021
Adakalanya ia amat sukar beraksi menenyang 10 pemain. Man United sendiri tidak terus mendapatkan rentak jaringan dalam perlawanan ini. Namun selepas gol pertama pada minit ke-18, Man United tidak pernah menoleh ke belakang lagi.
Southampton sering memberi Man United perlawanan yang sukar selepas seri tiga dari lima pertemuan dan tewas dua perlawanan lain dengan hanya perbezaan satu gol. Malam tadi, semuanya serba tidak menjadi buat Southampton.
3.Full-backs Man United menyerlah
Bek sayap/ full-backs Manchester United sering kali dikritik dan disamaka. dengan bek sayap pasukan-pasukan utama lain. Sering kali Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka dikritik persembahan mereka, namun musim ini Shaw dan Wan-Bissaka mulai menampakkan potensi masing-masing.
Gol pertama Manchester United datang dari pemain yang paling tidak dijangka, iaitu jaringan Aaron Wan-Bissaka yang menjaringkan hanya gol keduanya pada musim ini.
Aaron Wan-Bissaka’s game by numbers vs. Southampton:
100% aerial duels won
100% tackles won
94% pass accuracy
23 final third passes
3 ball recoveries
3 interceptions
1 shot
1 goal #MUFC [@StatmanDave] pic.twitter.com/spEGvmREsW— The United Devils (@TheUnitedDevils) February 2, 2021
Menariknya gol tersebut adalah hasil hantaran lintang Luke Shaw yang turut menampilkan persembahan terpuji sepanjang musim. Shaw kini merekodkan 4 assist untuk Man United pada musim ini.
Secara keseluruhan bek kiri itu mencipta lima peluang pada babak pertama sahaja. Beliau kemudiannya digantikan pada babak permulaan babak kedua tatkala Man United sudah cukup selesa memastikan tiga mata di dalam tangan.
4. Bahagian serangan yang hidup
Jika rekod jaringan dilihat, Manchester United sebenarnya bergelut untuk menjaringkan gol sepanjang Januari dengan hanya enam gol djaringkan dalam saingan liga. Perlawanan ini boleh mengubah rentak tersebut.
Marcus Rashford menjaringkan gol pertamanya sejak Disember, manakala Edinson Cavani menjaringkan gol pertamanya di Old Trafford.
Anthony Martial’s game by numbers vs. Southampton [45 minutes]:
82% pass accuracy
5 shots [2 on target]
3 big chances
2 goalsWhat a way to get your confidence up. 🇫🇷 pic.twitter.com/S0pfAjVFmu
— Statman Dave (@StatmanDave) February 2, 2021
Anthony Martial yang tampil dari bangku pemain simpanan turut berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang untuk gol pertamanya pada awal Januari – dan menamatkan perlawanan dengan dua gol peribadi.
Perlawanan ini boleh menjadi turning point kepada pasukan dan juga pemain. Keyakinan ini penting untuk mereka pada peringkat ini selepas beberapa keputusan tidak menentu sebelum ini.
5. Peluang untuk Van de Beek
Walaupun mengecewakan kerana Van de Beek tidak berada di dalam senarai kesebelasan utama, sekurang-kurangnya pemain ini diberikan tempoh 45 minit untuk membuktikan apa yang beliau mampu tawarkan.
Dan Solskjaer pasti gembura dengan apa yang beliau saksikan, walaupun ketiadaan Shaw sedikit dirindui di sebelah kiri.
Donny van de Beek and Anthony Martial are coming on for Manchester United at half-time.
Can they add to United's lead against Southampton?
More on: https://t.co/6xDsqBBq6k#VanDeBeek #Martial #MUNSOU #MUFC #ManchesterUnited #ManUtd #ManUnited #Southampton #football #news #uk pic.twitter.com/GTFikI7IBu
— The Goalpost (@TGoalpost) February 2, 2021
Perlawanan ini adalah peluang baik buat Van de Beek bergandingan dengan Bruno Fernandes. Biasanya Van de Beek hanya tampil selaku pemain gantian kepada bintang dari Portugal itu.
Van de Beek tidak perlu bersusah payah dalam perlawanan ini. Kehadiran beliau di bahagian serangan cukup untuk membuatkan pertahanan Southampton yang sudah rapuh kelam kabut.
Penutup
Pada musim lalu, Manchester United cemerlang selepas memasuki Februari dengan rekod tanpa kalah sehingga ke pengakhiran musim.
Mampukah mereka mengulangi tempo yang sama pada musim ini?