Perancis adalah Juara Dunia 2018 selepas menewaskan Croatia 4-2 semalam. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.
1. VAR
VAR terus menjadi topik hangat termasuk pada hari penutupan Piala Dunia. Perancis mendahului Croatia sebelum itu tanpa mencatatkan sebarang percubaan ke arah gol. Mereka mendahului kerana gol sendiri Mandzukic.
Selepas Croatia berjaya menyamakan kedudukan, Perancis di hadapan menerusi penalti Griezmann selepas pengadil merujuk kepada VAR untuk insiden bola terkena tangan Perisic.
Ramai pundit merasakan pengadil telah mengambil tindakan agak keterlaluan memberikan penalti dalam keadaan tersebut.
2. Deschamps insan istimewa
20 tahun lalu beliau menjulang Piala Dunia bersama Perancis sebagai ketua pasukan. Semalam beliau menjulang Piala Dunia bersama pasukan Perancis sebagai pengurus.
Hanya 3 orang sahaja dalam kumpulan elit ini yang menjuarai Piala Dunia sebagai pemain dan juga pengurus.
Only three managers have won the World Cup as both a player and a manager:
1958 & 1970: 🇧🇷 Mario Zagallo
1974 & 1990: 🇩🇪 Franz Beckenbauer
1998 & 2018: 🇫🇷 Didier DeschampsThe most elite of groups. 🏆 pic.twitter.com/n3nmUvDBLR
— Squawka (@Squawka) July 15, 2018
Ini adalah kali ke-2 berturut-turut Deschamps membawa Perancis ke pentas final kejohanan major. Sebelum ini adalah dalam final Euro 2016 di Paris di mana mereka gagal memenanginya.
Dengan kualiti dan purata umur skuad yang muda, Deschamps pastinya mahukan kejuaraan berganda (doubles) selepas ini dengan cuba menjuarai Euro 2020.
3. Kejuaraan ke-2
Perancis menjadi negara ke-6 yang berjaya menjuarai Piala Dunia sebanyak 2 kali dan ke atas.
Sebelum ini mereka menjuarai Piala Dunia pertama mereka ketika di Perancis sendiri pada tahun 1998.
🇫🇷 France wins the World Cup!!
France is the sixth country with two #WorldCup titles.
5 🇧🇷 Brazil
4 🇩🇪 Germany
4 🇮🇹 Italy
2 🇫🇷 France
2 🇦🇷 Argentina
2 🇺🇾 Uruguay
1 🇪🇸 Spain
1 🏴 England— Paul Carr (@PaulCarr) July 15, 2018
4. Sejarah no.9 berulang
Olivier Giroud gagal mencatatkan sebarang gol dalam Piala Dunia 2018 dan tetap membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2018.
Olivier Giroud at the World Cup:
🇫🇷 Games: 7
⏱ Minutes: 564
🥅 Shots On Target: 0
👞 Shots: 13
⚽ Goals: 0
🎯 Assist: 1
🏆 Winners Medals: 1Olivier Giroud 👀 #WorldCup #FRA pic.twitter.com/s9hn4u5sXj
— Football Factly (@FootballFactly) July 15, 2018
Sejarah itu telah berulang dengan sendirinya apabila pada 1998, ketika Perancis menjadi juara Piala Dunia sulung mereka, pasukan ini ada no.9 yang gagal mencatatkan sebarang gol juga sepanjang kejohanan.
Beliau ialah Stephane Guivarch.
5. Taktikal
Perancis bukanlah pasukan yang terlalu dominan dengan bola sepanjang temasya ini. Namun mereka pasukan yang sangat efektif ketika serangan balas.
Walaupun ada beberapa pihak kurang gemar dengan cara Perancis bermain bola, pasukan ini membuktikan keutamaan mereka adalah mencari gol dan bertahan dengan sebaik mungkin.
Courtois dan Hazard sebelum ini menuduh pasukan ini sebagai anti-football. Namun Deschamps jelas mahu anak-anak buah beliau melakukan apa yang beliau mahukan.
Begitu juga dalam perlawanan akhir. Mereka adalah pasukan yang hanya ada 34% penguasaan bola dan hanya mencatatkan 7 percubaan ke arah gol berbanding 14 oleh Croatia.
Perancis hanya melakukan 1 percubaan gol yang tepat pada separuh masa pertama dan ia adalah penalti Griezmann. Gol pertama Perancis dilakukan tanpa perlu melakukan percubaan tepat apabila Mandzukic tertampan bola ke gawang sendiri.
Itulah bola sepak, kadangkala elemen nasib memainkan peranannya.
Namun anda tidak boleh menafikan keupayaan pasukan ini dari segi teknikal pemain. Mereka memiliki ramai pemain berkualiti. Itulah kualiti yang mereka miliki dan persembahkan sepanjang temasya ini.