5 Perkara Daripada Kemenangan Juventus Ke Atas Napoli

Pada perlawanan awal pagi tadi, Napoli telah tewas di tangan Juventus. Jaringan minit ke-13 oleh Higuain cukup untuk memastikan Juventus membawa pulang 3 mata.

1. Napoli dominan

748 hantaran dengan ketepatan 90% dilakukan oleh Napoli dalam perlawanan ini. Mereka juga menguasai 72% perlawanan pada separuh masa kedua. Secara keseluruhannya mereka menguasai 68% perlawanan.

21 percubaan gol dituju ke arah kubu Juventus. Juventus hanya melakukan 248 hantaran dengan 77% ketepatan. Anda sudah boleh membayangkan betapa sukarnya malam dilalui Juventus di San Paolo.

Ini mungkin 3 mata paling sukar untuk Juventus di Serie A dalam beberapa musim terakhir ini.

2. Sistem pressing Napoli

Secara umumnya, mereka mengekalkan sistem high pressing yang membuatkan Juventus banyak melakukan kesilapan dan dirampas semula penguasaan bola di blok sendiri.

Anda lihat sendiri heatmap di bawah ini, di mana Juventus tidak mampu keluar daripada kawasan sendiri dalam kebanyakan masa dalam perlawanan ini.

3. Aksi pertahanan Juventus

Anda boleh sebut apa sahaja. Defensive masterclass, solid defending, dan apa sahaja untuk menggambarkannya. Mereka berjaya memusnahkan banyak gerakan di blok rendah. Menyekat ia daripada masuk ke dalam kotak penalti.

Walaupun Napoli melakukan 21 percubaan gol. Tetapi hanya 6 yang tepat. Dan Juventus dengan cemerlang melakukan 17 hadangan (blocks).

Gianluigi Buffon ternyata masih punyai kudrat yang banyak dalam diri beliau untuk menjadi benteng terakhir pasukan beliau.

4. Rekod tanpa kalah Napoli lebur

Juventus mengakhiri rekod tanpa kalah Napoli di Serie A musim ini. Sekaligus pasukan Juventus merapatkan jurang mata dengan beza hanya 1 mata di belakang Napoli yang kekal di persada liga.

Ia memerlukan 15 perlawanan untuk menyaksikan Napoli kalah pertama kali musim ini di Serie A. Kini tinggal Inter sahaja pasukan Serie A yang masih belum kalah dan mereka akan turun beraksi pada hari ini.

5. Napoli pencabar kejuaraan

Dilihat dari segi karakter pemain dan cara mereka membuatkan Juventus gerun dalam perlawanan ini, Napoli ada potensi yang sangat baik untuk menjadi pencabar kejuaraan yang sebenar.

Napoli ada jendela perpindahan Januari ini untuk menambahkan kekuatan pasukan mereka untuk memastikan mereka masih dalam kawalan ke atas ‘nasib’ mereka sendiri dalam saingan Serie A.

Falsafah Maurizio Sarri sangat difahami oleh pemain-pemain beliau. Cuma agak sukar mereka bersaing dengan pemain berfizikal besar dan berdisplin seperti Juventus.

Mungkin Napoli memerlukan seorang ‘target man’ untuk plan B taktikal mereka selepas ini.

Apa yang pasti Napoli telah memberikan saingan yang sengit ke atas pasukan seperti Juventus yang sebelum ini dilihat agak dominan di Serie A. Begitu juga dengan saingan daripada pasukan seperti Roma dan Inter.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN