5 Perkara Daripada Kekalahan 1-0 Arsenal Kepada Atletico Madrid

Arsenal harus menerima hakikat bahawa mereka gagal untuk menjuarai satu trofi pada musim ini selepas Atletico Madrid meraih kemenangan 1-0 untuk memastikan kemenangan 2-1 menerusi agregat dan mara ke final Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.

Gol tunggal Deigo Costa dihujung babak pertama sudah cukup untuk memusnahkan impian skuad Arsene Wenger untuk mengakhiri musim 2017/18 dengan merangkul satu trofi.

Berikut merupakan 5 hal yang dapat dihuraikan dari kekalahan 1-0 Arsenal keatas Atletico Madrid pada perlawanan pagi tadi.

1. Antiklimaks untuk Wenger di Wanda Metropolitano

MADRID, SPAIN – MAY 03: Arsene Wenger, Manager of Arsenal looks dejected during the UEFA Europa League Semi Final second leg match between Atletico Madrid and Arsenal FC at Estadio Wanda Metropolitano on May 3, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Arsene Wenger membuat kejutan apabila membuat pengumuman akan meninggalkan Arsenal sebaik sahaja tamat musim ini.

Selepas 22 tahun membimbing The Gunners, pengendali kelahiran Perancis masih berharap dapat mengakhiri kisahnya di Arsenal dengan mempersembahkan trofi kejuaraan Liga Europa buat pasukan.

Sebelum perlawanan, Arsene Wenger telah memaklumkan bahawa beliau mahu pengakhiran yang indah di Arsenal sambil mengakui perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa menentang Atletico Madrid, turut akan mempengaruhi masa depan kelab London tersebut.

Arsenal yang terkeluar daripada kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris perlu memenangi kejohanan kedua Eropah itu untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Kegagalan Arsenal membunuh perlawanan ini dalam  perlawanan pertama dengan penguasaan bola yang tinggi, mencipta peluang yang banyak serta bermain  11 vs 10 dalam masa 80 minit.

Arsene Wenger secara rasmi gagal memenangi sebarang kejuaraan Eropah bersama Arsenal.

2. Kekebalan Los Rojiblancos di laman sendiri

MADRID, SPAIN – MAY 21: A Club Atletico de Madrid fan celebrates Fernendo Torres 2nd goal during the La Liga match between Club Atletico de Madrid and Athletic Club Bilbao at Vicente Calderon stadium on May 21, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Atletico Madrid memang sudah diramal sebagai pasukan pilihan untuk beraksi di pentas akhir kejohanan Liga Europa ini.

Berjaya mengikat Arsenal 1-1 di Emirates, skuad Diego Simeone hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan sahaja untuk layak ke peringkat akhir.

Beraksi di Wanda Metropolitano, Atletico Madrid tampil lebih cemerlang selepas berjaya menundukan Arsenal 1-0 menerusi jaringan Deigo Costa.

Kemenangan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri dalam 11 perlawanan terakhir.

Info tambahan : Beraksi di Wanda Metropolitano, Atletico Madrid berjaya mengekalkan rekod tanpa sebarang gol yang dibolosi dalam 11 perlawanan terakhir mereka sebagai tuan rumah.

3. Kecederaan Laurent Koscielny

MADRID, SPAIN – MAY 03: Laurent Koscielny of Arsenal lies injured during the UEFA Europa League Semi Final second leg match between Atletico Madrid and Arsenal FC at Estadio Wanda Metropolitano on May 3, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Lars Baron/Getty Images)

Kehadiran ketua pasukan dalam perlawanan mampu mempengaruhi rakan sepasukan ketika beraksi dan juga mampu menjadi ikutan (role model) di dalam dan juga luar padang.

Seperti Arsenal, mereka amat berharap dengan kepimpinan dari Laurent Koscielny selaku ketua pasukan.

Namun, malang menimpa Arsenal dalam perlawanan kedua menentang Atletico Madrid pagi tadi, apabila mereka terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan mereka selepas Laurent Koscielny terpaksa dikeluarkan pada minit ke-12 perlawanan.

Bek tengah berusia 32 tahun itu terpaksa diusung keluar selepas 12 minit beraksi dalam perlawanan tersebut apabila beliau terjatuh dengan sendirinya ketika sedang mengawasi Deigo Costa.

Kecederaan itu memberi tamparan hebat buat Arsene Wenger dan pasukan dalam misi untuk menewaskan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano.

Kecederaan yang dialami Laurent Koscielny tersebut bakal mengugat penampilannya bersama Perancis untuk bersaing dalam kejohanan Piala Dunia yang bakal berlangsung bulan depan.

Info tambahan : Koscielny tampil sebanyak 52 kali untuk Perancis sejak penampilan pertamanya pada 2011 dan sering mendapat kepercayaan Deschamps untuk mengisi kesebelasan utama.

4. “Diego Costa” mimpi buruk buat Arsenal

MADRID, SPAIN – MAY 03: Diego Costa of Atletico Madrid holds off Granit Xhaka and Jack Wilshere of Arsenal during the UEFA Europa League Semi Final second leg match between Atletico Madrid and Arsenal FC at Estadio Wanda Metropolitano on May 3, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Lars Baron/Getty Images)

Diego Costa memang sudah tidak beraksi di pentas Premier League selepas berhijrah keluar dari Chelsea.

Namun, ketiadaan Coasta di Premier League tidak menjadi penghalang baginya untuk berhenti menjadi ancaman buat Arsenal.

Menurut rekod, dalam perlawananya bertemu Arsenal sebanyak tujuh kali, Diego Costa telah berjaya merobek gawang The Gunners dengan menghasilkan empat gol. Tiga gol darinya ketika bersama pasukan Chelsea.

Walapun tidak dapat beraksi dalam perlawanan pertama di Emirates akibat mengalami kecederaan hamstring, pemain berasal Sepanyol itu berjaya wira dengan menghasilkan gol kemenangan buat Atletico Madrid.

5. Rekod buruk Arsenal bertemu pasukan Sepanyol masih berlanjutan

during the UEFA Champions League round of 16, second Leg match between FC Barcelona and Arsenal FC at Camp Nou on March 16, 2016 in Barcelona, Spain.

Arsenal jelas mengharapkan mereka mampu menewaskan Atletcio Madrid di Sepanyol.

Namun, ianya bukan satu misi yang mudah harus dihadapi skuad Arsene Wenger bagi menumbangkan salah satu pasukan dari Sepanyol.

Rekod yang dicatatkan, sejak 1980, Arsenal sudah bertemu sebanyak 29 kali perlawanan yang melibatkan pasukan dari Sepanyol.

Dalam 29 perlawanan tersebut, Arsenal berjaya memperolehi 10 kemenangan, 7 seri dan 12 kekalahan.

Info tambahan : Berikut merupakan 5 perlawanan terakhir Arsenal yang melibatkan pasukan dari Sepanyol

Atletico Madrid 1 – 0 Arsenal ( Europa League 05/05/18 )
Barcelona 3 – 1 Arsenal ( Champion League 16/03/2016 )
Barcelona  3 – 1 Arsenal ( Champion League 08/03/2011 )
Villarreal 1 -1 Arsenal ( Champion League 07/04/2009 )
Sevilla 3-1 Arsenal ( Champion League 27/09/2007 )

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN