5 Perkara Asas Tentang Bola Sepak Pantai Yang Anda Perlu Tahu

Sempena Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2017, kami membawakan anda sedikit peraturan bola sepak pantai. Manalah tahu, ada yang dah mula cari ‘port’ untuk bermain bola sepak pantai!

Berikut merupakan peraturan ringkas untuk difahami:

1. Masa perlawanan

Setiap perlawanan kejohanan ini dibahagikan tiga ‘period’. Satu ‘period’ dilangsungkan 12 minit. Rehat 3 minit akan memisahkan bagi setiap ‘period’ tersebut.

2. Pengiraan mata

Perlawanan bola sepak pantai juga tiada seri. Dalam erti lain kalah dan menang sahaja diterima. Bagi pasukan memenangi perlawanan sewaktu masa sebenar, akan dianugerahkan 3 mata.

Sekiranya jaringan gol terikat selepas masa sebenar, 3 minit masa tambahan diberikan. Pasukan yang memenangi perlawanan selepas masa tambahan tersebut akan diberikan 2 mata.

Bagi pasukan memenangi perlawanan sewaktu masa sebenar, akan dianugerahkan 3 mata. Sekiranya perlawanan masih terikat selepas masa tambahan sepakan penalti akan diadakan.

Berbeza dengan bola sepak biasa, sepakan penalti akan dibuat untuk tiga kali bagi setiap pasukan.

Sekiranya kedua-dua pasukan masih terikat selepas sepakan penalti, konsep ‘golden goal’ akan diaplikasikan untuk sepakan penalti tersebut.

1 mata akan diberikan kepada pasukan yang menang melalui sepakan penalti tersebut.

Tiada mata diberikan kepada pasukan yang tewas.

3. Berapa pemain?

Setiap pasukan mesti memulakan permainan dengan 5 pemain. Salah satunya mesti penjaga gol.

Setiap pasukan juga boleh meletakkan 7 pemain simpanan. Namun pertukaran boleh dibuat bila-bila masa sepanjang permainan masih berlangsung. Seronok bukan?

4. Tindakan disiplin

Pemain yang dikenakan tindakan dibuang padang (jangan baca secara literal, buang pasir) kerana kad merah atau mengutip dua kad kuning dalam satu perlawanan boleh digantikan dengan pemain lain.

Sebagaimana konsep peraturan futsal, penalti dua minit dikenakan kepada pasukan itu selepas pemain dibuang padang. Selepas itu, barulah pengganti pemain tersebut boleh dimasukkan.

Sekiranya pasukan lawan menjaringkan gol yang menyebabkan skor semasa berubah sebelum tamatnya penalti dua minit itu, pemain pengganti tersebut boleh masuk bermain lebih awal.

5. Penjaga gol

Penjaga gol dibenarkan memegang bola di dalam kotak penalti. Kotak penalti bola sepak pantai ditandakan dengan garisan melintangi gelanggang bola sepak pantai itu.

Penjaga gol dibenarkan memegang bola selama empat saat sahaja.

6. Sepakan percuma

Sepakan percuma akan diberikan jika ada kekasaran. Tetapi, dinding pemain tidak dibenarkan dibuat sekiranya pasukan lain mendapat sepakan percuma!

Sepakan percuma itu diadakan di mana tempat kekasaran berlaku. Kekecualian kepada kawasan penalti, kerana sepakan penalti akan diberikan.

Pemain yang dikasari mesti mengambil sepakan percuma itu dalam tempoh empat saat selepas wisel ditiup (kecuali jika berlaku kecederaan).

Jika sepakan itu tidak diambil dalam empat saat, sepakan percuma akan diambil oleh pasukan lawan.

Lain-lain

Bola sepak pantai tiada peraturan ‘offside’. Malah, gol tidak boleh dijaringkan melalui ‘kick-off’. Selain itu, ‘throw-in’ boleh digunakan melalui kaki atau tangan.

Baca juga: 5 Perkara Dari Perlawanan Derbi Manchester Yang Seri Tanpa Jaringan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN