Saingan Liga Super 2023 bakal membuka tirai perlawanan pada malam esok dengan 14 pasukan akan saling berentap untuk merebut kejuaraan tersebut pada musim ini.
Perasmian perlawanan pada malam esok akan bermula dengan pertemuan membabitkan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Selain merebut tiga mata penting untuk aksi pertama Liga Super, mereka juga akan saling berentap bagi mencari pemenang kejuaraan Piala Sumbangsih pada tahun ini.
🔥 Aksi Liga Malaysia kembali!
Perlawanan Sumbangsih, Johor Darul Ta'zim lwn Terengganu FC bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah menjadi aksi pembuka tirai pada Jumaat.
Manakala 6️⃣ lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad!#LigaSuper2023 pic.twitter.com/CGNa2z8bbF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 23, 2023
Aksi lain yang akan berlangsung pada keesokan harinya pula membabitkan pertemuan antara Kelantan menentang Kuching City, Sabah melayan kunjungan PDRM, Penang berdepan Kuala Lumpur, serta Kedah dan Perak bakal menentukan tiga mata pertama mereka.
Baki perlawanan akan bersambung pada hari Ahad dengan membabitkan dua perlawanan iaitu pertemuan antara Selangor dan Kelantan United, serta Negeri Sembilan melayan kehadiran tetamu iaitu Sri Pahang.
Dijangka pada perlawanan pertama ini juga beberapa pemain import akan menyerlah serta mempamerkan taring mereka untuk membantu pasukan meraih kemenangan.
Jailton Paraiba
Penyerang baharu Sabah ini dijangka memberikan aksi terbaik beliau pada perlawanan malam esok ketika melayan kunjungan PDRM berdasarkan perbezaan kualiti dua pasukan tersebut.
Paraiba sebelum ini berpengalaman beraksi di beberapa negara seperti Brazil, China, Turkiye dan Jepun serta mampu beraksi di posisi sayap serta penyerang utama.
Welcome to Sabah FC Jailton Paraiba!
🦏 From Esperance, 🇧🇷 Jailton mainly plays as a winger & Forward.
💥 Jailton Spend most of his career playing in the Chinese Super League He also had a spell in 🇹🇷 with Genclerbirligi & in 🇯🇵with Tokyo Verdy!
⛰️ Selamat datang Jailton! pic.twitter.com/uuQ6AhVCsn
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) January 28, 2023
Kehadiran beliau untuk aksi pertama Liga Super pastinya ditagih untuk cuba mendapatkan tiga mata penting daripada PDRM di laman sendiri.
Lucas Espindola
Penyerang kelahiran Brazil ini mempamerkan aksi yang sangat baik pada pertengahan musim lalu bersama Penang selaku penyerang utama mereka.
Lucas Silva kini Tok Gajah!
Ketajaman penyerang bertubuh sasa berusia 33 tahun dari Brazil ini menjadi taruhan terbaru Sri Pahang di barisan serangan. pic.twitter.com/ovZxq4eksJ
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 6, 2023
Memiliki kekuatan fizikal dan ketenangan di hadapan gol menyaksikan Lucas bakal diberi peranan penting untuk bergandingan bersama Kpah Sherman bagi merobek gawang gol Negeri Sembilan.
Ayron Del Valle
Bekas penjaring terbanyak saingan liga utama di Colombia ini dianggap sebagai salah satu penyerang tumpuan musim ini ekoran rekod beliau yang sangat gah.
Selangor FC welcomes Ayron Del Valle. Hopefully, his experience will benefit the team, particularly the Red Giants' attack, as they prepare for the upcoming Malaysian League season 2023.
Get to know about Ayron 🇨🇴!
📄 Read Article👉 https://t.co/Cuzt510SbL #MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/Z4MCPADJtJ
— Selangor FC (@selangorfc) January 28, 2023
Bertemu Kelantan United yang beraksi di Liga Premier musim lalu pastinya menberi ruang untuk Ayron buktikan sesuatu di hadapan gawang gol untuk terus mencuri perhatian pra penyokong.
Bergson da Silva
Tidak perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut lagi mengenai penyerang prolifik yang menjadi kesayangan rata-rata penyokong Harimau Selatan ini disebabkan ketajaman serta naluri penyudah beliau di hadapan gol.
PEMENANG 🏆 ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2022
PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2022
BERGSON DA SILVA (JOHOR DARUL TA’ZIM) 🟦🟥#ABK22 pic.twitter.com/h8WK7DtQKo
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 15, 2022
Bergson dijangka tidak berdepan cabaran yang sukar untuk aksi pertama liga ini di halaman sendiri bagi terus membuktikan ketajaman beliau buat JDT pada aksi Piala Sumbangsih.
Willian Lira
Penyerang import baharu Kedah ini tidak mengambil masa yang lama untuk menarik perhatian penyokong Sang Kenari sejak awal kemunculan beliau pada aksi pramusim lalu.
SELAMAT DATANG WILLIAN LIRA SOUSA 🇧🇷
Willian Lira bermain di posisi penyerang akan menyarung jersi 9️⃣ pasukan KDA FC musim 2023! Beliau hadir dengan satu matlamat bagi membantu Sang Kenari mara lebih jauh musim ini. pic.twitter.com/ydUGXTdL1l
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 5, 2023
Tampil dengan rekod mewakili banyak kelab sebelum ini, pengalaman dimiliki Lira pastinya mahu digunakan sebaik mungkin untuk aksi pertama Kedah menentang Perak di Ipoh.