5 Penyerang Berpotensi Bersama Skuad B-20 Selain Luqman Hakim

Penyerang Berpotensi Ganti Luqman Hakim Skuad B-20

Jika Luqman Hakim Shamsudin diutamakan untuk skuad kebangsaan, bagaimana dengan posisi penyerang skuad B-20 yang dalam misi layak ke Piala Asia B-23 2022?

Sebagaimana dalam artikel Semuanya BOLA di SINI, Luqman Hakim perlu dibentuk keserasiannya bersama skuad kebangsaan disebabkan jadual bertindih antara FIFA Day skuad senior dan kem latihan skuad B-20 yang bakal ke kelayakan Piala Asia B-23.

Menurut pengendali skuad B-20 negara, Brad Maloney, beliau memiliki 50 nama untuk disenarai pendek ke dalam skuadnya nanti. Jadi, untuk pusingan kelayakan ini, apa kata pemain-pemain tersebut diberikan peluang untuk memikul cabaran skuad muda.

Bukanlah untuk menidakkan kemampuannya. Semua tahu kualiti yang ada padanya. Inilah masa untuk skuad muda negara mencari pemain lain yang mampu mengetuai jentera serangan kerana Luqman Hakim ada misi penting bersama Harimau Malaya.

Jaami Qureshi (Brighton, 17 tahun)

Sebagaimana yang diketahui, bapa Jaami, Perviz Qureshi asyik tertanya-tanya bilakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memanggil anaknya untuk bersama skuad negara. Jadi, inilah peluang untuk beliau dipanggil membarisi skuad Harimau Muda.

Beliau telah tampil dalam 21 perlawanan bersama skuad B-18 Brighton di saingan U-18 Premier League dan mereka meraih kedudukan ketiga. Walaupun tampil lebih banyak di bahagian sayap, difahamkan beliau boleh bertindak sebagai penyerang.

Muslihuddin ‘Atiq (Terengganu FC, 20 tahun)

Penyerang yang sering dipanggil oleh Maloney untuk bermain di jentera serangan skuad Harimau Muda ini sedang bermain bersama Terengganu II di Liga Premier. Beliau pernah membantu Terengganu IV menjuarai saingan Piala Belia 2019.

Bersama skuad B-18 negara, Muslihuddin ‘Atiq telah meledak dua gol dalam Piala AFF B-18 dan kelayakan Kejohanan AFC B-19, tahun lalu. Beliau telah berhasil meledak gol sulungnya bersama Terengganu II baru-baru ini, berdepan Projek FAM-MSN.

Adam Nadzmi Zamri (Perak FC, 19 tahun)

Beliau pernah dipanggil ke kem skuad B-19 sebelum pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 pada tahun lalu sebelum kejohanan tersebut dibatalkan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ketika itu beliau masih bersama BISP Cruzeiro Football Academy.

Beliau telah kembali ke Malaysia dan menyertai Perak FC pada awal musim yang lalu. Beliau pernah menjadi sensasi pada April 2019 apabila menolak tawaran JDT dan SSBJ untuk menyertai akademi tersebut yang berpengkalan di Phuket, Thailand.

Najmudin Akmal (JDT, 18 tahun)

Najmudin Akmal merupakan gandingan Luqman Hakim ketika beraksi di Kejohanan AFC B-16 yang berlangsung di Malaysia pada 2018. Luqman Hakim mencipta sensasi di kejohanan itu apabila dinobat penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.

Menjadikan Robert Lewandowski sebagai idolanya, beliau menjadi rebutan selepas meninggalkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan kini telah menyertai JDT. Bekas Pengarah AMD, Lim Teong Kim pernah berkata beliau setaraf Luqman Hakim.

Azhad Harraz Arman (Projek FAM-MSN, 18 tahun)

Disebalik kerapuhan skuad Projek FAM-MSN yang sedang bersaing di Liga Premier, mungkin ada satu perkara yang boleh dibanggakan mereka apabila Azhad Harraz Arman merupakan peledak tempatan yang sedang menjadi di liga tersebut.

Berkongsi empat gol bersama pemain Negeri Sembilan, R. Barathkumar, beliau wajar diberikan peluang untuk mengemudi jentera serangan. Beliau juga meleburkan rekod 450 minit tanpa bolos penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad B-20 dan bola sepak antarabangsa:

3 Sebab Luqman Hakim Tak Diperlukan Skuad B-20 Di Kelayakan Piala Asia B-23

Dua Gianluigi Yang Mencorakkan Kejayaan Itali

Misteri Kehilangan Luqman Hakim Daripada Kem Latihan Pusat Skuad B-19 Terjawab

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN