Permulaan musim saingan 2021/22 memperlihatkan ramai pemain penyerang berkelas dunia yang sedang bergelut dengan masalah prestasi.
Sebalik ramai yang bergelut dengan masalah prestasi dan kekurangan minit permainan, ramai juga pemain yang dilihat sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.
Tidak dinafikan lagi yang musim ini boleh dikatakan saingan liga bola sepak dari lima negara terbaik Eropah sangat menarik untuk disaksikan.
𝐖𝐞 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐞𝐯𝐞 𝐮𝐧𝐭𝐢𝐥 𝐭𝐡𝐞 𝐞𝐧𝐝… and we will do everything to achieve our goals! We are RED DEVILS 💪🏽 #MUFC #championsleague pic.twitter.com/gqWduRwEjl
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) November 2, 2021
Jendela perpindahan musim panas sebelum bermulanya musim ini juga sebenarnya antara yang terhebat pernah dilalui oleh para peminat.
Pemain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Romelu Lukaku, Jadon Sancho, Raphael Varane, Sergio Ramos, Sergio Aguero semuanya telah melengkapkan perpindahan masing-masing menyertai kelab baru.
Ronaldo berjaya menstabilkan dirinya sebagai penyerang utama sepanjang beraksi bersama Manchester United musim ini, dengan beliau berjaya menjadi penyumbang gol terbanyak kelab.
Walau bagaimanapun, pemain seperti Messi, Sancho dan beberapa lagi pemain lain pula, mereka sepertinya agak bergelut dengan kelab baru masing-masing.
PSG’s summer signings:
☑️ Hakimi – €60m
☑️ Wijnaldum – Free
☑️ Ramos – Free
☑️ Donnarumma – Free
☑️ Messi – FreeThe best transfer window ever? 🔥 pic.twitter.com/5Mwpz8XL2z
— GOAL (@goal) August 10, 2021
Kebiasaannya kita membincangkan tentang pemain terbaik dan pemain paling berprestasi, namun hari ini, kita akan senaraikan pemain penyerang berkelas dunia, yang kini sedang bergelut dengan masalah prestasi.
5. Jadon Sancho
Manchester United menghabiskan dua jendela perpindahan untuk mendapatkan Jadon Sancho, dengan mereka akhirnya berjaya menandatangani bintang England itu dengan nilai £76.5 juta pada musim panas baru-baru ini.
Pemain muda England itu sebelum ini berjaya mengukuhkan dirinya sebagai pemain penyerang terbaik dalam dunia bola sepak, sepanjang empat tahun kariernya di Signal Iduna Park.
https://twitter.com/FootballlForAll/status/1452987944176918534?t=2xhA31WyIBDZo5PaFPniUg&s=19
Beliau juga sebelum ini pernah menimba pengalaman beraksi dalam saingan bola sepak Inggeris dengan beraksi bersama Manchester City.
Melihat beliau menyertai Manchester United, jelas sekali ramai pihak yang meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk pemain sayap itu bersinar.
Bintang berusia 21 tahun itu gagal untuk merebut kedudukan dalam kesebelasan utama kelab barunya, dan beliau juga gagal menyumbang sebarang gol selepas membuat 12 penampilan bersama kelab dalam semua pertandingan.
Beliau dilihat lebih kerap menghabiskan masa menemani Van de Beek di bangku simpanan, berbanding diturunkan beraksi bersama kesebelasan utama United.
Jadon Sancho could become the next Donny van de Beek if he's not careful, according to Gary Neville 👀 pic.twitter.com/FQF5VLxG1v
— ESPN UK (@ESPNUK) November 2, 2021
Ole Gunnar Solskjaer baru-baru ini ada melakukan pertukaran taktikal untuk memperbaiki skuadnya, dengan beliau memainkan lima pemain untuk membantu barisan pertahanan.
Sistem tersebut telah menyebabkan pemain sayap hilang tempat, dan seandainya ia dikekalkan, sepertinya semakin sukar untuk Sancho mendapat tempat.
4. Eden Hazard
Eden Hazard meninggalkan Stamford Bridge sebagai salah seorang pemain sayap terhebat dalam dunia bola sepak era modern ini, namun beliau kini dibayangi oleh bayang-bayang beliau sendiri bersama Real Madrid.
Eden Hazard scored one of the best goals of his career under Antonio Conte.
He went through the whole Arsenal team for the finish 💨
(via @ChelseaFC)pic.twitter.com/TvFYBsrG3q
— B/R Football (@brfootball) November 2, 2021
Masalah kecederaan sememangnya punca utama yang menjejaskan prestasi bintang Belgium itu, dan membataskan aksinya bersama Los Blancos.
Walau bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu sepertinya sudah tidak bergelut dengan masalah kecederaan sepanjang musim ini, dengan beliau telah membuat 10 penampilan untuk Real Madrid dalam semua pertandingan.
Beliau hanya mampu mencatatkan satu assists sahaja ketika aksi pertama beliau sepanjang musim ini, dan kemudiannya Hazard gagal memberikan sebarang impak.
Ketua pasukan kebangsaan Belgium itu telah diketepikan dari skuad ketika beraksi dalam perlawanan terpenting mereka musim ini, termasuk aksi El Clasico bulan lalu.
Carlo Ancelotti says he prefers other players over Eden Hazard at the moment 👀 pic.twitter.com/1OpEfsQGT5
— ESPN FC (@ESPNFC) October 27, 2021
Lima dari sembilan penampilan beliau dalam saingan La Liga musim ini merupakan aksi beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.
Hazard kini berada di belakang pemain seperti Karim Benzema, Vinicius Jr, Rodrygo dan Marco Asensio untuk merebut slot berada dalam kesebelasan utama skuad.
3. Romelu Lukaku
Selepas kejayaan menjaringkan gol ketika debutnya dalam aksi London derby bertemu Arsenal, Romelu Lukaku gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.
Dari empat penampilan awal sejak beliau ditandatangani, pemain kebangsaan Belgium itu sudah berjaya menjaringkan empat gol dalam semua pertandingan.
Romelu Lukaku will be back in 7-10 days time according to @HLNinEngeland. Which is great news just after the international break. pic.twitter.com/pnFM1UwEb6
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) November 3, 2021
Lukaku kini sudah melalui tujuh perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol, dan hanya mampu mencatatkan satu assists sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Pemain berusia 28 tahun itu berjaya mendominasi saingan liga bola sepak Itali pada musim lalu, dengan beliau cemerlang membantu Inter Milan menjuarai gelaran Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun.
Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk mengukuhkan reputasi yang sama ketika kembali beraksi dalam saingan Premier League musim ini.
Thomas Tuchel says the target for Romelu Lukaku & Timo Werner is to be back for after the next international break. ✅ pic.twitter.com/jZ0kJ50gQi
— Chelsea-News (@ChelseaNewsCo_) October 29, 2021
Walau bagaimanapun, Lukaku masih lagi boleh dianggap penyerang paling berkualiti yang mempunyai penyudah yang menakjubkan dalam dunia bola sepak hari ini.
Lukaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini terpaksa diketepikan kerana berdepan dengan masalah kecederaan.
2. Harry Kane
Ketua pasukan kebangsaan England itu hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester City pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, beliau dilaporkan terpaksa untuk memenuhi permintaan Daniel Levy agar terus kekal bersama Tottenham Hotspur.
🚨 NEW: Harry Kane was booed by a section of Tottenham supporters during the 3-0 defeat today. [talkSPORT] pic.twitter.com/RGLDpeh3OZ
— The Spurs Web (@thespursweb) October 30, 2021
Harry Kane sangat dikenali dengan sikap profesional dan kemampuan beliau menjaringkan gol yang cukup menakjubkan baik untuk negara mahupun kelab.
Walau bagaimanapun, beliau pada musim ini telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar dan jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.
Kane dilihat sangat tumpul sepanjang musim ini, dan ketika beliau beraksi bertemu Manchester United baru-baru ini, beliau hanya mampu mencatatkan satu percubaan sahaja berdepan dengan barisan pertahanan Red Devils yang sedang bermasalah.
Selepas beliau terlepas aksi perlawanan pembukaan Spurs bertemu Manchester City, Kane telah membuat 14 penampilan dari semua pertandingan sepanjang musim ini.
🗣 "The Harry Kane thing starts all over again in January…"
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 3, 2021
Beliau berjaya menjaringkan tujuh gol dan mencatatkan satu assists sepanjang tempoh tersebut, dan Kane jelas sekali boleh catatkan rekod yang lebih baik berbanding itu.
Kebanyakan gol yang beliau jaringkan sepanjang musim ini datangnya dari aksi dalam saingan UEFA Conference League.
1. Lionel Messi
Masalah ekonomi kelab merupakan punca dan sebab utama mengapa Barcelona terpaksa melepaskan Messi untuk mengakhiri karier 21 tahun beliau di Nou Camp, untuk bersama Paris Saint Germain.
Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu disambut dengan penuh meriah oleh para penyokong PSG ketika beliau baru sahaja tiba di ibu kota Perancis itu.
Still can’t believe Messi didn’t win Puskas for this
pic.twitter.com/mG2MX36eRm— vivi 🇽🇰 (@papsvivs) November 3, 2021
Para peminat bola sepak seluruh dunia turut teruja untuk melihat bagaimana hasilnya gandingan Messi, Neymar dan Mbappe bersama Paris Saint Germain, selepas pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu sah menjadi milik PSG.
Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat menakjubkan ketika membantu PSG menewaskan Manchester City 2-0 sebelum ini.
Lionel Messi jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang bersama Paris Saint Germain, terutama sekali ketika beraksi dalam saingan domestik.
Pemain berusia 34 tahun itu telah membuat lima penampilan dalam saingan Ligue 1 sepanjang musim ini, dengan beliau masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol.
PSG v Lille.
A chance for Lionel Messi to end his worst start to a league season in 16 years 👀 pic.twitter.com/6SAE2bh83s
— GOAL (@goal) October 29, 2021
Walau bagaimanapun, persembahan beliau dalam saingan Champions League sepertinya masih berada di tahap yang terbaik, dengan Messi telah berjaya menjaringkan tiga gol dari tiga penampilan setakat ini.
Pemain penyerang PSG itu berjaya menjaringkan gol debutnya ketika beraksi bertemu Manchester City, dan turut berjaya menjaringkan dua lagi gol ketika aksi kemenangan 3-2 menewaskan RB Leipzig.