5 Pengurus Terhebat Dunia Yang Pernah Menolak Manchester United

Manchester United tidak dinafikan lagi sememangnya antara salah sebuah pasukan terbesar dan paling berjaya dalam dunia bola sepak.

Gergasi dari saingan Premier League itu berjaya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris, selepas memenangi pelbagai gelaran domestik.

Kelab berada di tahap kemuncak mereka ketika berada di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, dengan mereka berjaya memenangi 13 gelaran Premier League dari 26 tahun karier pengurus dari Scotland itu.

Walau bagaimanapun, sejak Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada tahun 2013 yang lalu, Manchester United sudah tidak lagi menjadi pasukan digeruni seperti sebelumnya.

Sir Alex telah meninggalkan legasi yang sangat besar sebagai pengurus Manchester United, dan sangat sukar untuk mana-mana pengurus lain mengisi kekosongan yang beliau tinggalkan.

Ferguson sendiri telah memilih calon penggantinya ketika beliau bersara sebelum ini, dengan beliau melantik rakan senegaranya, David Moyes untuk mengendalikan Red Devils.

Moyes pada ketika itu sedang mengendalikan Everton dan beliau kemudiannya melengkapkan perpindahan untuk menyertai United.

Man Utd gagal untuk mempertahankan gelaran Premier League yang mereka menangi pada musim pertama tanpa Sir Alex Ferguson, dan lebih teruk lagi mereka terlepas aksi Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab sejak 1996.

Ekoran dari itu, pihak kelab memutuskan untuk memecat David Moyes, dan melantik Ryan Giggs sebagai pengurus sementara.

Giggs kemudiannya menjadi pembantu jurulatih dengan United pada ketika itu melantik Louis Van Gaal sebagai pengurus kelab dari tahun 2014 hingga 2016.

Pengurus dari Belanda itu turut berdepan nasib yang sama, dengan beliau juga dipecat oleh pihak kelab kerana dianggap gagal mencapai standard yang kelab mahukan.

Manchester United kemudiannya melantik Jose Mourinho sebagai pengurus kelab dengan pengurus dari Portugal itu berjaya membantu Red Devils untuk memenangi gelaran Europa League pada musim 2016/17.

Kemenangan itu berjaya membawa Manchester United untuk kembali beraksi di pentas UEFA Champions League pada musim berikutnya.

Walau bagaimanapun, Jose Mourinho turut dipecat oleh pihak kelab pada tahun 2018 yang lalu, dengan Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara.

14 kemenangan dari 19 perlawanan pertamanya menyebabkan United segera menawarkan kontrak selama empat tahun kepada pengurus dari Norway itu.

Walau bagaimanapun, Ole Gunnar Solskjaer turut dipecat kerana gagal membantu United memenangi sebarang kejuaraan, dan gagal memimpin United dengan baik hingga beberapa kali diaibkan sepanjang musim ini.

Manchester United kemudiannya melantik Michael Carrick sebagai pengurus sementara, dengan legenda kelab itu hanya mengendalikan kelab sebanyak tiga perlawanan sahaja.

Beliau berjaya merekodkan pencapaian yang cemerlang dengan mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri, sebelum mengumumkan pengunduran dirinya baru-baru ini.

Carrick terpaksa mengundurkan diri kerana Man Utd sudah melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim, yang akan mengendalikan kelab sehingga penghujung musim ini nanti.

Dari kesemua pengurus yang datang ke Old Trafford selepas era Sir Alex Ferguson, sebenarnya ada lima lagi pengurus berkelas dunia yang dipanggil, tetapi mereka menolak untuk datang.

Berikut merupakan senarai lima pengurus berkelas dunia yang pernah menolak tawaran untuk menjadi pengurus Manchester United.

5. Jurgen Klopp

Jurgen Klopp merupakan salah seorang pengurus yang sangat bersemangat dan lantang dalam menyuarakan pendapat beliau.

Pengurus dari Jerman itu cemerlang ketika mengendalikan Borussia Dortmund, dengan beliau berjaya membantu kelab memenangi kejuaraan Bundesliga.

Beliau merupakan antara pengurus yang mampu menghentikan dominasi Bayern Munich dalam saingan Bundesliga dan beliau juga berjaya membawa Borussia Dortmund mara ke aksi perlawanan akhir Champions League pada tahun 2013.

Kemampuan Klopp dalam merencana taktikal, memilih pemain dan mengembangkan bakat pemain telah berjaya membuatkan Manchester United jatuh hati padanya.

Sir Alex Ferguson sendiri bahkan turut pernah menghubungi Klopp sendiri untuk menawarkan jawatan sebagai pengurus kelab kepadanya.

Klopp walau bagaimanapun menolak tawaran tersebut, dengan beliau pernah mendedahkan sendiri hal ini ketika bercakap kepada Sky Sports pada tahun 2016 yang lalu.

Klopp mendedahkan yang beliau pernah bercakap dengan Sir Alex Ferguson, namun beliau tidak pernah terima tawaran rasmi dari Manchester United sendiri.

Pengurus dari Jerman itu kemudiannya mendedahkan tentang kesetiaan beliau kepada Dortmund telah menyebabkan beliau menolak tawaran tersebut.

“Kami bercakap, kami bercakap tak begitu banyak, tapi, bagi saya ia sudah cukup banyak. Jujur saya katakan, ia merupakan satu penghargaan untuk saya dapat bercakap dengan dia.”

“Tapi saya tak boleh tinggalkan Dortmund, kami ketika itu baru masuk April, dan kamu sedang separuh jalan dalam persiapan untuk musim baru. Kamu ada pemain ini pemain itu yang datang, tapi lepas tu kamu sudah tidak ada di situ? Itu tak boleh. Saya tak suka macam itu.”

“Saya tak ada dengar tentang tawaran rasmi dari United, tapi memang ada, cuma saya tak boleh. Saya perlu selesaikan tugas saya bersama Dortmund dan kemudian baru saya boleh fikir hal lain.”

Klopp kemudiannya telah menerima tawaran untuk mengendalikan Liverpool, dan beliau berjaya membantu The Reds untuk memenangi pelbagai kejuaraan.

Seandainya beliau menerima tawaran United ketika awal-awal ditawarkan oleh Sir Alex Ferguson, keadaan dalam saingan Premier League pada ketika ini tentunya berbeza.

4. Carlo Ancelotti

Carlo Ancelotti merupakan seorang lagi pengurus yang ada dalam senarai pendek untuk menggantikan Sir Alex Ferguson pada tahun 2013 yang lalu.

Pengurus dari Itali itu berjaya menstabilkan dirinya untuk menjadi antara pengurus terbaik di benua Eropah, selepas memenangi empat Piala kejuaraan Champions League bersama AC Milan, Chelsea dan Real Madrid.

Beliau juga pada ketika itu merupakan antara pengurus yang mempunyai rekod terbaik di pentas bola sepak Eropah.

Ancelotti sangat terkenal dengan sistem 4-4-2 dan sering berjaya untuk membantu pemain-pemain berbakat untuk lebih bersinar ketika beraksi di bawah kendaliannya.

Beliau selain mahir dalam taktikal bertahan, Ancelotti juga turut dianggap pakar dalam mengubah taktikal dalam setiap perlawanan beliau kendalikan.

Atas rekod beliau yang cemerlang itu, Manchester United terus mengangkat beliau sebagai calon untuk menggantikan Sir Alex Ferguson.

Bercakap kepada The Independent pada tahun lalu, Ancelotti mendedahkan alasan mengapa beliau menolak tawaran dari Sir Alex Ferguson dan Manchester United.

Ancelotti turut mendedahkan yang beliau pada ketika itu sudah diberikan projek baru oleh Real Madrid, dalam usaha mereka untuk memburu kejuaraan Champions League ke-10 kelab.

“Kamu mahu tahu dari saya? Saya boleh katakan yang saya masih ada hubungan yang menakjubkan dengan Sir Alex, dan kami bertemu ketika dia memutuskan untuk bersara.”

“Tapi saya sudah bersama Real Madrid dan kami ada tugasan yang perlu dilakukan, jadi saya hargai tawaran dari mereka. Dan itu saja, tidak ada tawaran lain.”

Ancelotti bahkan turut berjaya memenangi gelaran La Liga bersama Real Madrid pada musim tersebut, dengan beliau kini sekali lagi kembali ke Santiago Bernabeu selepas menamatkan karier singkat bersama Everton sebelum ini.

3. Roberto Mancini

Roberto Mancini mungkin dianggap nama yang agak mengejutkan untuk ada dalam senarai ini, apa lagi selepas melihat sejarah beliau sebagai antara legenda Manchester City.

Pengurus dari Itali itu berjaya membantu Man City memenangi gelaran Premier League pertama mereka pada musim 2011/12, dengan mereka pada ketika itu menewaskan skuad Man Utd di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Ramai yang akan terus kenang perlawanan tersebut, dan ia juga dianggap sebagai titik mula dominasi Manchester biru mendominasi merah dalam saingan Premier League.

Roberto Mancini pada ketika ini merupakan pengurus untuk skuad kebangsaan Itali, dengan beliau berjaya mengendalikan skuad dengan sangat sempurna.

Beliau berjaya menaikkan semula skuad Itali yang awalnya pasukan yang gagal ke Piala Dunia, menjadi juara saingan Euro 2020.

Beliau telah ditawarkan jawatan sebagai pengurus tetap kelab untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer, namun Mancini menolak kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada skuad Itali.

Roberto Mancini percaya yang Itali masih berpeluang untuk melayakkan diri ke aksi saingan Piala Dunia Qatar pada tahun hadapan.

2. Zinedine Zidane

Zinedine Zidane merupakan salah seorang legenda terhebat dalam dunia bola sepak, baik sebagai pengurus mahupun sebagai pemain.

Zidane ketika karier sebagai pemain, beliau telah berjaya memenangi gelaran Piala Dunia, Eropah, Champions League dan pelbagai lagi gelaran domestik yang lain.

Zidane juga turut pernah dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or pada tahun 1998 yang lalu.

Selepas mengakhiri kariernya sebagai pemain bersama Real Madrid, Zidane kemudiannya mendapat lesen sebagai jurulatih seterusnya terus melatih skuad Real Madrid B.

Beliau pada tahun 2016 telah dilantik sebagai pengurus skuad utama selepas berkhidmat sebagai pembantu untuk Carlo Ancelotti sebelum itu.

Zizou berjaya memenangi tiga gelaran UEFA Champions League secara berturut-turut dan turut membantu Real Madrid merampas gelaran La Liga dari Barcelona pada musim 2019/20.

Pengurus dari Perancis itu memiliki rekod 100% ketika beraksi di pentas perlawanan akhir, dan kerana itulah beliau menjadi antara pengurus paling diidamkan oleh kebanyakkan kelab.

Zidane pada ketika ini masih tidak mengendalikan mana-mana kelab selepas beliau meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim lalu.

Beliau telah ditawarkan untuk menjadi pengurus Manchester United bermula pada musim panas 2022, namun Zidane secara terang-terangan menolak tawaran tersebut.

Zidane mendedahkan yang beliau lebih berminat untuk menunggu tawaran dari Paris Saint Germain atau skuad kebangsaan Perancis berbanding pasukan lain.

1. Arsene Wenger

Arsene Wenger tidak dinafikan lagi sememangnya antara pengurus terhebat sepanjang zaman dalam sejarah dunia bola sepak.

Pengurus dari Perancis itu cukup dikenali dengan kemampuan dan kemahiran beliau dalam mencari pemain muda berbakat dan kembangkannya menjadi bintang besar.

Wenger memegang rekod sebagai pengurus pertama yang memenangi gelaran liga dengan tanpa merekodkan sebarang kekalahan sepanjang musim itu pada musim 2003/04.

Beliau membantu Arsenal muncul juara saingan Premier League tanpa merekodkan sebarang kekalahan dengan mencatatkan 26 kemenangan dan 12 keputusan seri.

Wenger pada ketika ini bertugas sebagai ‘FIFA’S head of global development’ selepas menamatkan kariernya selama empat dekad sebagai pengurus.

Skuad kendalian beliau dikenali sebagai sebuah pasukan yang bermain secara free-flowing dan turut memiliki rekod jaringan yang sungguh menakjubkan.

Di akhir kariernya bersama Arsenal, Wenger pernah mendedahkan yang bukan hanya skuad kebangsaan Perancis dan Paris Saint Germain sahaja yang pernah menawarkan beliau kontrak untuk menjadi pengurus.

Manchester United sendiri sebenarnya turut pernah menawarkan Wenger untuk menjadi pengurus kelab namun beliau menolak tawaran tersebut.

Wenger walau bagaimanapun tidak mendedahkan bila waktunya beliau ditawarkan oleh Sir Alex Ferguson untuk mengendalikan Manchester United.

“Saya tak nak beritahu kamu bila waktunya, tapi saya boleh beritahu kamu yang Manchester United pernah tawarkan saya kerja itu. Ah, kami pernah bersaing dengan sangat hebat.”

“Dia (Sir Alex) merupakan seorang individu yang sangat hebat. Kamu tak boleh ada karier dengan dia kalau kamu seorang yang bodoh.”

Arsene Wenger dilaporkan telah ditawarkan jawatan tersebut pada tahun 2001, yang mana Sir Alex pada ketika itu sudah bercadang untuk mengundurkan diri.

Walau bagaimanapun beliau tetap meneruskan kariernya sebagai pengurus sehingga 2013, dengan kedua-dua Sir Alex dan Arsene Wenger telah menyajikan persaingan yang menakjubkan untuk para peminat ketika karier mereka sebagai pengurus dalam saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN