5 Pemilik Kelab Bola Sepak Terkaya Di Dunia Pada Tahun 2018

Pemilik

Landskap bola sepak mengalami banyak perubahan seiring dengan peredaran zaman.

Terdapat banyak usahawan kaya yang mula melihat peluang perniagaan dalam bidang sukan bola sepak.

Dengan membeli sesebuah kelab, usahawan ini juga sanggup mengeluarkan banyak dana di setiap pasaran perpindahan pemain bagi membantu memperkuatkan pasukan miliknya.

Berikut merupakan lima pemilik kelab bola sepak terkaya di dunia pada tahun 2018 mengikut sumber yang dikemukakan oleh Forbes.

1. Dietrich Mateschitz – 26 bilion USD (RM107,656 billon)


Dietrich Mateschitz merupakan pemilik kelab bola sepak terkaya pada tahun 2018.

Mateschitz dilahirkan di Sankt Marein im Murztal (Steiermark) pada tanggal 20 Mei 1944.

Beliau seorang ahli perniagaan dari Austria yang merupakan pengasas bersama dan memegang 49% saham syarikat minuman bertenaga popular iaitu Red Bull.

Selain itu, Mateschitz juga merupakan pengasas perusahaan syarikat Co Founder Wings For Life Foundation.

Bersama Red Bull, Mateschitz memulakan penguasaannya dalam bidang sukan bermula dalam satu kempen pemasaran dengan mengedarkan minuman percuma kepada pelajar-pelajar kolej dan hasilnya, minuman tersebut menerima respon yang baik dikalangan pelajar.

Dengan menggunakan slogan “Red Bull Gives You Wings” dan “No Red Bull, No Wings”, keuntungan jualan syarikat Red Bull terus meningkat naik.

Sejak kempen pemasaran tersebut, tercetus idea untuk Mateschitz menggunkan platform Red Bull bagi menaja sukan-sukan ekstrem seperti terjunan jurang (cliff diving), basikal BMX, luncur ski dan banyak lagi.

Tidak terkecuali sukan permotoran turut mendapat tempat dalam tajaan dari Red Bull seperti pasukan KTM Factory Motocross Team, ABT Audi dan VW Race Touareg.

Red Bull juga turut terlibat dalam menaja pasukan F1 iaitu Red Bull Racing dan Toro-Rosso Honda.

Selain itu, Red Bull juga aktif dalam sukan bola sepak. Kekayaan dari keuntungan mennaja sukan telah membuatkan Mateschitz berminat untuk melebarkan empayarnya dalam sukan nombor satu di dunia itu dengan memiliki kelab-kelab di Amerika Syarikat, Jerman, Austria dan Brazil.

Kelab pertama yang dibeli Red Bull ialah SV Austria Salzburg pada 2005 dan kemudian dijenamakan semula dengan nama RB Salzburg.

Sejak diambil alih oleh Mateschitz pada tahun 2005, kelab ini telah muncul juara liga sebanyak tujuh kali, dan empat kali sebagai naib juara.

Pada tahun 2006, Red Bull turut membeli pasukan bola sepak Amerika Syarikat, New York Metrostars dan ditukar namanya kepada New York Red Bull.

Sejak dimiliki sepenuhnya oleh Red Bull, New York Red Bull telah berjaya menjuarai pelbagai kejuaraan domestik dan yang paling tertinggi apabila menjuarai gelaran Eastern Conference (MLS) pada tahun 2010, 2013, 2015 dan 2016.

Pada 2007, Red Bull menubuhkan pasukan bola sepak di Brazil yang diberi menamakan pasukan itu sebagai Red Bull Brasil yang bermain di Liga The Campeonato Brasileiro Série D.

Pada tahun 2009 pula, Red Bull telah membeli pasukan dari Jerman dan menjenamakan semula pasukan itu kepada RB Leipzig dan memiliki stadium yang turut dinamakan sebagai Red Bull Arena

Jika diikutkan, pengaruh Mateschitz dalam sukan tidak mampu .
terhitung banyaknya.

Syarikat konglomerat ini bukan sekadar menjana pendapatan dari jenama minuman itu sahaja, malah ianya turut berjaya menaikkan reputasi sukan dan pasukan tertentu di beberapa buah negara.

2. Philip Anschutz – 13 bilion USD (RM 53, 834 bilion)

Perkembangan bola sepak di Amerika Syarikat khususnya dalam pertandingan Major League Soccer (MLS) dilihat kelihatan pesat dalam beberapa tahun terakhir ini.

Hal ini sepertinya amat berkait dengan campur tangan Philip Anschutz dalam arena bola sepak di negara Uncle Sam itu.

Anschutz merupakan seorang broker saham yang juga menjadi pemilik kelab bola sepak Los Angeles Galaxy (LA Galaxy).

Populariti LA Galaxy meningkat naik apabila mereka berjaya membawa ramai bintang-bintang bola sepak terkenal menyertai pasukan mereka David Beckham dan Steven Gerard.

Kekayaan yang dimiliki Anschutz telah berjaya memberi keyakinan dari pelabur-pelabur asing untuk melabur bersama kelab tersebut.

Selain memiliki pasukan bola sepak, Anschutz juga turut terlibat dalam sukan hoki dengan menjadi pemilik kelab Liga Hoki Nasional Los Angeles (NHL).

3. Roman Abramovich – 10.8 bilion USD (RM44,723 bilion)


Nama Roman Abramovich tidak asing lagi dalam dunia bola sepak terutama bagi peminat EPL.

Sejak tahun 2003, lelaki kelahiran Rusia ini secara rasminya menjadi pemilik pasukan bola sepak Chelsea FC.

Abramovic merupakan seorang jutawan minyak/gas Rusia dan pemilik syarikat utama iaitu Millhouse Capital, yang disebut sebagai salah satu oligarki terkenal di negara Rusia.

Merujuk kepada majalah Forbes pada tahun 2006, bertarikh 13 Februari 2006, lelaki berusia 51 tahun ini mempunyai nilai harta sebanyak 18.2 bilion USD.

Kedatangan Abramovich ke Stamford Bridge telah membawa perubahan besar buat skuad The Blues.

Abramovich merupakan peminat bola sepak yang tegar.

Beliau dikenali di Inggeris dengan sikapnya yang sentiasa mahukan kejayaan dalam masa yang singkat.

Maka tidak hairanlah, bagi dirinya apabila sanggup menghabiskan wang dengan mengeluarkan dana yang banyak untuk mendatangkan pengurus dan pemain-pemain hebat di Chelsea.

Sejak Chelsea dimiliki olehnya, pasukan Inggeris itu menjadi salah satu pasukan antara yang digeruni dan dihormati di dunia.

Mereka juga telah berjaya memenangi pelbagai trofi berprestij antaranya empat kali menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris, lima Piala FA dan dua gelaran Eropah, iaitu Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Baca jugaRoman Abramovich Tak Mahu Jual Chelsea

4. Stanley Kroenke – 8.3 bilion USD (RM34,370 bilion)

Stanley Kroenke dikenali antara pemiliki kelab bola sepak terkaya di Inggeris dan Eropah.

Lelaki dari Amerika Syarikat ini memiliki 70 peratus saham bersama Arsenal sejak tahun 2011.

Stan Kroenke adalah pelabur dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan pemilik KSE (Kroenke Sport Enterprises).

Selain menjadi pemilik The Gunners, Kroenke juga merupakan pemilik kelab NFL, Los Angeles Rams, Colorado Avalance yang tampil di pertandingan National Hockey League (NHL) dan juga National Lacrosse League (NLL) Colorado Mammoth.

Baca jugaStan Kroenke Bida Untuk Ambil Alih Seluruh Pegangan Arsenal

5. Shahid Khan – 7.2 bilion USD (RM29,817)


Melihat pulangan pendapatan yang besar dalam sukan bola sepak membuatkan ahli perniagaan dari Amerika Syarikat, Shahid Kahn turut berminat untuk menceburi dalam arena sukan bola sepak pada tahun 2013.

Beliau yang berdarah campuran Amerika-Pakistan telah memutuskan untuk membeli sebuah kelab dari Inggeris iaitu, Fulham.

Sebelum meneroka ke dunia bola sepak, Kahn sudah mempunyai kelab Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Jacksonville Jaguars.

Sebagai maklumat tambahan, kejayaan Fulham melayakan diri ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2018/19 membuat pemilik kelab tersebut telah menghabiskan dana sebanyak hampir mencecah 98 juta pound.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN