5 Pemain Yang Menyinar Pada Aksi Sulung Mereka Di Pentas Liga Perdana Inggeris

Perlawanan pembukaan minggu pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2018/19 telah pun selesai.

Kebanyakan pasukan pilihan menepati ramalan apabila tiada masalah untuk menumbangkan lawan masing-masing.

Di sebalik keputusan tersebut, kemunculan pemain yang baru merasai bahang beraksi di liga paling popular di dunia itu turut mencuri tumpuan.

Di sini, kami akan bawakan kepada anda, 5 pemain yang menyerlah dalam penampilan sulung mereka dalam kancah EPL.

1. Naby Keita (Liverpool)

LIVERPOOL, ENGLAND – AUGUST 12: Liverpool’s Mohamed Salah celebrates scoring his side’s second goal with Naby Keita and Sadio Mane during the Premier League match between Liverpool FC and West Ham United at Anfield on August 12, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Rob Newell – CameraSport via Getty Images)

Naby Keita telah membuktikan mengapa Jurgen Kloop amat berminat untuk mendapatkan beliau dari RB Leipzig.

Pemain tengah berusia 22 tahun dari Guinea itu menampilkan persembahan yang menarik pada aksi pertama The Reds ketika melayan kunjungan West Ham di Anfield pada Ahad lalu.

Liverpool memulakan kempen Premier League dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan West Ham dengan jaringan besar 4-0.

Percaturan Kloop dengan membawa masuk Keita untuk bergandingan bersama James Milner dan Georginio Wijnaldum membuahkan hasil positif di bahagian tengah pasukan.

Keita telah memberikan impak kepada kemenangan The Reds, meskipun keempat-empat gol tersebut dijaringkan oleh Mohamed Salah, Sadio Mane dan Daniel Sturridge.

Beliau menjadi penggerak pada gol pertama Liverpool yang dihasilkan oleh Mohamed Salah.

Aksi Keita tersebut turut mendapat pujian dari Klopp dan rakan sepasukan.

Baca juga: Jurgen Klopp Tak Terkejut Dengan Persembahan Cemerlang Naby Keita

2. Raul Jiménez (Wolverhampthon)

WOLVERHAMPTON, ENGLAND – AUGUST 11: Raul Jimenez of Wolverhampton Wanderers celebrates after scoring a goal to make it 2-2 during the Premier League match between Wolverhampton Wanderers and Everton FC at Molineux on August 11, 2018 in Wolverhampton, United Kingdom. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Raul Jiménez merupakan pemain pinjaman dari Benfica.

Jiménez antara 19 muka baru skuad Wolves yang dibawa masuk oleh Nuno Espírito Santo pada musim ini.

Beraksi di laman sendiri memberi semangat buat Wolverhampthon untuk mengikat Everton pada perlawanan pertama mereka.

Jiménez muncul sebagai penyelamat pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan tersebut.

Beliau menyempurnakan hantaran lintang yang kemas dari Rúben Neves menerusi tandukan yang gagal diselamatkan Jordan Pickford pada minit ke-80.

3. Jean Michaël Seri (Fulham)


Ketumpulan jentera serangan Fulham menjadi faktor utama menyebabkan mereka tewas 0-2 keatas Crystal Palace dalam perlawanan pertama.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pemain baru Fulham, Jean Michaël Seri.

Serri didatangkan dari Nice dengan nilai perpindahan sebanyak £25 juta (RM 130 juta).

Pemain berusia 27 tahun itu mula menjadi tumpuan apabila beliau diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh Slaviša Jokanović untuk berada dalam kesebelasan utama.

Hasilnya, Seri berjaya membalas kepercayaan tersebut apabila berjaya mempamerkan aksi yang menyakinkan di bahagian tengah pasukan.

Beliau dilihat berjaya menyekat gerakan tengah yang dilakukan Andros Townsend dan Luka Milivojevic.

Statistik dari Premier League menunjukan, Seri telah melakukan 93 hantaran pendek dan 7 hantaran lintang.

Beliau juga berjaya melakukan 6 kali terjahan dengan kadar kejayaan 67%, serta 4 kali pintasan.

4. Jorginho (Chelsea)

during the Premier League match between Huddersfield Town and Chelsea FC at John Smith’s Stadium on August 11, 2018 in Huddersfield, United Kingdom.

Sebelum ini, Jorginho pernah menegaskan bahawa dia akan membawakan corak permainan segar dan baharu bersama Chelsea.

Ternyata keyakinan tinggi yang ditunjukan pemain Itali itu telah memberi kesan yang baik di bahagian tengah The Blues.

Mourizio Sarri memasukkan beliau untuk bergandingan bersama N’Golo Kante pada perlawanan bertemu Huddersfield Town.

Bahagian tengah menunjukkan penguasaan bola yang cemerlang selepas menguasai hampir 90% gerakan sepanjang perlawanan.

Kante berjaya membuka tirai perlawanan sebelum The Blues menjarakkan lagi kedudukan mereka menerusi jaringan penalti yang disempurnakan oleh Jorginho.

5. Jannik Vestergaard (Southampton)

SOUTHAMPTON, ENGLAND – AUGUST 12: Jannik Vestergaard of Southampton during the Premier League match between Southampton FC and Burnley FC at St Mary’s Stadium on August 12, 2018 in Southampton, United Kingdom. (Photo by Matt Watson/Southampton FC via Getty Images)

Perlawanan di St. Mary’s Stadium menyaksikan tuan rumah, Southampton terpaksa berkongsi mata dengan Burnley selepas kedua-kedua pasukan tersebut mengakhiri perlawanan dengan mencatat keputusan tanpa jaringan.

Bagaimanapun, Southampton harus berpuas hati dengan aksi cemerlang yang dipamerkan pertahanan baru mereka, Jannik Vestergaard.

Beliau acap kali dilihat berjaya mematahkan serangan serta gerakan yang dilakukan penyerang Burnley sehingga memaksa pengurus mereka mengeluarkan dua penyerang utama, Chris Wood dan Heff Hendrick pada separuh masa kedua bagi merencana strategi baru pasukan.

Vestergaard yang didatangkan dari Borussia Monchengladbach telah menunjukkan aksi menyakinkan untuk mengemudi benteng terakhir skuad The Saints pada penampilan pertamanya di Premier League.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN